SELAMAT TAHUN BARU 2015

Tuesday, November 22, 2011

KEGAGALAN AKU DALAM BIDANG JUALAN


Image:Google


  Ramai yang tak tahu aku menjalani satu perniagaan secara “part Time”. Aku bukan saja tidak Berjaya. Malah aku pula selalu ditegur oleh pelanggan-pelanggan aku. Aku rasa tak boleh panggil pelanggan kot... Kerana mereka tak pernah buat sebarang pembelian pun.
  Aku tak tahu laa apa kekurangan aku. Aku memang jujur dan rajin. Tapi tak juga Berjaya. Aku tak pernah pun boleh jual walaupun satu botol produk itu.
  Sebagai pengetahuan korang… Aku sedang menjual satu produk kesihatan. Makanan kesihatan yang membantu meningkatkan daya ingatan.
  Mari kita baca salah satu situasi yang pernah aku jumpa.

WuMing: Selamat tengah hari Bang…

Prospek: Selamat Tengah Hari.

WuMing: Nama saya WuMing… siapa nama Abang?

Prospek: Zainal…

WuMing: Ok… sebenarnya.. saya ada mengedar sejenis produk kesihatan.   Iaitu makanan kesihatan yang baik untuk meningkatkan daya ingatan kita.

Prospek: Ooo.. gitu… Apakah bahan-bahan yang terkandung dalam satu-satu tablet itu?

WuMing: Hah….nanti saya tengok…ada tercatat dalam buku ni..Pagi tadi saja saya dah tengok…

Prospek: Tak apa..tak apa… Produk ini berasal dari negara mana?

WuMing: Dari… dari…Err…Err…dah tak pasti pulak dari Jepun atau dari Taiwan… Tadi saja baru baca dari buku ni…

Prospek: Biarkan..biarkan…Berapa harga satu botol..

WuMing: Nanti saya tangok buku…tak pasti pulak RM50 untuk 1 botol atau RM10 untuk 5 botol dah..

Prospek: Adik..Adik dah tenat dah ni… Abang cadangkan adik berhenti laa makan Makanan kesihatan ini… Nanti bukan saja  adik akan lupa jalan balik rumah… Nanti lama-lama nama adik  sendiri pun tak ingat dah…

WuMing: Terima kasih Bang...Err apa nama abang tadi?


Prospek:........................................




13 comments:

| SUE | said...

Wu Ming ni wat lawak plak...TQ menceriakan pagi ni

sal-nurbeena said...

Hahaha...lawak lah..
Akak pon takde bakat gak mende2 cam ni.

lia said...

ha3......

speechless...

faraherda.razalan said...

Hahahahaha! Wu Ming bt pagi sy indah dan ceria! Lawak okeh entri nie! Selamba je!

mummyrinazone beauty said...

mmg haruslah pelanggan tu blah.hahaha

☆♥L@dy @yU♥☆ said...

memula naca mcm nak kecian
rupa2 nyer patik tertipu ngeeee

Kakzakie Purvit said...

Kakak ingatkan betulah WuMing buat direct sales tadi... acah je ye hihi...

Tapi betul kalau nak berjaya kena faham betul apa yg nak dijual baru org confident nak beli...

JunAina said...

hahhaaa...saya minat berniaga tp bukan berniaga yg macam tu. biar berniaga nasi lemak tepi jalan lagi baikkk...

Akue Achik said...

wuming, sy pun cdgkn jgn mkn lg ubt tu..ke wuming gugup ngan plggn tu?hehe

Unknown said...

hahaha jangan lah makan..da la pelupa terus hilang ingatan pulak kang..muahaha^^

mama aini said...

WuMing..tahniah !!!..pandainya wat lawat..sebab tu mama selalu dtg sini..tgk entry WuMing..

MulutPayau said...

adoiiiii lawak betul....!!!!!!!pergi main bola lagi baik lah Wuming....

suha said...

hahaha wuming patot makan supplement tu..adeih (^_^)

nice joke!