SELAMAT TAHUN BARU 2015

Thursday, November 17, 2011

CARA MENGESAN PETANDA AWAL PENYAKIT KANSER


Image:Google

KANSER PANGKAL RAHIM
Ketika anda belum sampai masa datang Haid. Tetapi anda mengeluarkan darah selepas melakukan hubungan seks. Pergi jumpa dengan Doktor untuk berbincang tentang ini. (Yang belum cukup umur tak payah ikut langkah ini.)

KANSER DALAM RAHIM
Pendarahan selepas melakukan hubungan seks. Atau terasa bengkak dalam Abdomen.

KANSER OVARI
Haid yang tidak menentu. Terasa sakit ketika melakukan hubungan seks.

KANSER DARAH (LEUKEMIA)
Berpeluh dan letih dari kebiasaan. Pendarahan pada kulit dengan mudah tanpa sebab. Juga ada gejala-gejala lain seperti sakit-sakit sendi, kembung perut dan kebengkakan dalam Abdomen.

KANSER PARU-PARU
Selalu batuk-batuk, darah keluar bersama air liur, sukar bernafas dan kerap mendapat asma.

KANSER HATI
Sakit perut, tiada selera makan, Hilang berat badan, mata dan kulit kekuningan.

KANSER PUNDI KENCING
Air kencing keluar bercampur dengan darah.

KANSER OTAK
Selalu sakit kepala dalam masa yang lama. Bersama-sama dengan muntah. Juga mempunyai kesan sampingan yang lain mempunyai pandangan yang kabur. Terlihat cahaya silau-silau kemerahan ketika sakit kepala. Malah keadaan semakin teruk jika angota badan lumpuh seketika.

KANSER MULUT
Mempunyai ketulan di dalam mulut. Lama kelamaan akan mengakibatkan kanser. Memakai gigi palsu dalam jarak masa yang lama juga boleh menjadi satu sebab.

KANSER DI LEHER
Suara bertukar menjadi serak. Terasa ada ketulan ketika menelan makanan.

KANSER DALAM PERUT
Pengurangan berat badan secara mendadak. Muntah darah dan selalu kembung perut selepas makan. Terasa senak dan ada ketulan di bahagian perut. Terasa seperti ada ketulan dalam perut walaupun berapa suap sahaja makanan dimakan.

KANSER PAYUDARA
Terdapat tanda-tanda darah atau cecair keluar dari bahagian puting. Terasa ada kelulan pada payudara atau ada bahagian yang bengkak. Jerawat tumbuh pada pada bahagian payudara dalam jarak masa yang terlalu lama. Perlu lebih berhati-hati kerana 9 dari 10 wanita akan mengalami ketumbuhan ini.
  Kerana perubahan hormon dalam badan akan mengalakkan ketumbuhan tumor ini di bawah kulit yang dipanggil sista.

KANSER KOLON
Pengurangan berat badan secara mendadak. Najis keluar bercampur dengan darah. Selalunya darah keluar bersama akan dikaitkan dengan buasir. Tetapi jika darah keluar berwarna agak kehitaman. Ia selalunya dikaitkan dengan Kanser Kolon.

LYMPHOMA
Mempunyai ketulan di bawah ketiak atau di pangkal paha. Ini merupakan kanser di bahagian kulit. Selain dari itu tahi lalat dan ketuat juga masuk dalam kumpulan ini. Ia boleh memudaratkan jika ia membesar dan menjangkiti bahagian lain.
Melanoma adalah tumor atau ketumbuhan yang merupakan percambahan otot dan pembentukan Melanin yang terkumpul. Seperti tahi lalat yang terlalu banyak atau bahagian kulit yang terlalu kasar seperti ketuat.


*WALAUPUN TAK BERI WANG PADA PEMBACA.. TETAPI MAKLUMAT INI ADALAH LEBIH BERNILAI DARI WANG. KERANA IA BOLEH MENYELAMATKAN NYAWA…

19 comments:

EyqaLuvender said...

nice info,at least bley taw tnda2 awal n cegah dr awal kn.
err,wuming da jd doctor ek?hik3

eliyaezlinalias said...

usefull info! thanks!!!

mama aini said...

thanks WuMing share info yg sangat berguna ini !!..hu2x..semakin ramai rakyat malaysia yg menghidap cancer..

☆♥L@dy @yU♥☆ said...

gerun baca
moga di jauhkan
tq bro share benda ni :))

Unknown said...

thanks share this info :)

lia said...

good info...

sal-nurbeena said...

Info yg bagus untuk dikongsi bersama.

Akue Achik said...

mmg info yg sgt2 bguna wuming..trima ksg sudi share..ade satu drpd knser kt ats yg mmg sy da concern dr dulu..huhu

~Sal Ismail~ said...

mintak dijauhkan sume ini~amiin

L said...

doktor wuming.. hek3...=)

MulutPayau said...

terima kasih wuming.....

Anonymous said...

thanks wuming.nice sharing.sharing is caring.

ieja amieja said...

syukur lah x de kategori dlm setiap penyakit tu..

btw thanx 4 info yg sgt2 membantu..

L said...

ait? aser macam dah komen semalam...

jom bacer sekejap=)
http://lolz-l.blogspot.com/2011/11/belajar-dari-alam.html

armouris said...

lagi info tentang kanser payudara - Pengesanan Awal Kanser Payudara

| SUE | said...

thx for sharing

Ban said...

penyakit seks dia ni....hahaha
yang orang puan saja tuu...
ish2 byk tol la..penyakit...hahaa

mummyrinazone beauty said...

take noted!tq

Anonymous said...

kanser yg memula sekali tu dah jadi sejarah keluarga.. :)