SELAMAT TAHUN BARU 2015

Monday, November 28, 2011

AJARAN IBU DAN BAPAKU


Image:Google

  • Ibu dan bapa ku selalu mengajar ku nilai wang tetapi tidak pernah mengajar aku untuk menjadi seorang yang tamak.


  • Ibu dan Bapaku selalu mengajar aku agar berjimat cermat tetapi mereka tidak pernah mengajar aku menjadi seorang yang kedekut.


  • Ibu dan Bapaku selalu mengajar aku agar menyintai diri sendiri tetapi mereka juga mengajar aku agar menyintai orang lain.


  • Ibu dan Bapaku tidak pernah mengajar aku untuk mengaku kalah tetapi mereka juga mengajar supaya menerima kekalahan.


  • Ibu dan Bapaku selalu mengajar ku agar bersabar tetapi mereka juga mengajar ku agar tidak ada siapa membuliku.


  • Ibu dan Bapaku selalu mengajar ku agar menjadi tekun dan sentiasa berusaha tetapi mereka tidak pernah mengajar aku menjadi seorang yang terlalu taksub.


  • Ibu dan Bapaku selalu mengajar ku supaya menjadi seorang yang tenang tetapi bukan seorang yang lemah.


  • Ibu dan Bapaku tidak pernah mengajar aku menghina siapa kerana semua orang adalah manusia yang sama taraf.


  • Ibu dan Bapaku mengajar aku agar sentiasa jaga kebajikan diri sendiri tetapi jangan lupa pada kebajikan untuk semua.


  • Ibu dan Bapaku selalu mengajar ku agar terus maju ke hadapan tetapi jangan lupa pada asal usul.


  • Ibu dan Bapaku selalu mengajarku agar mencari kebahagiaan untuk diri sendiri tetapi jangan lupa pada batasan yang ada.


  • Ibu dan Bapaku selalu mengajarku agar jangan percaya kepada orang asing tetapi jangan menjadi seorang yang kuat curiga.


  • Ibu dan Bapaku mengajarku agar mempunyai impian dan usaha supaya impian itu tercapai.


  • Ibu dan Bapaku mengajar ku supaya percaya tetapi bukan menjadi pak turut.


  • Ibu dan Bapaku mengajarku menjadi seorang yang berani tetapi jangan menjadi seorang yang terlalu yakin pada diri sendiri(over confident)


  • Ibu dan Bapaku mengajar ku menjadi seorang yang sentiasa bersaing untuk Berjaya tetapi bukan seorang yang penuh dengan hasrat dengki. 

19 comments:

Abit Zulpadzle said...

Betul tu : ) , datang lah blog saya and komen komen lah ehh : )

Unknown said...

:) itulah.....tapi yang menentukannya adalah kita sendiri

adwafarahin said...

mcm2 ibu bapa kite ajarkan..kite sbg anak mmg ptt ikut slagi mana ia tidak melampaui batasan agama :)

Unknown said...

banyak yang kita belajar dari kedua ibubapa kita, dan tugas kita untuk melaksankannya dengan betul atau tidak.

faraherda.razalan said...

....penuh motivasi dan inilah masanya bermuhasabah diri. Walau ibu dan bapa sudah mengajar kita tapi kita tetap spt 'kurang diajar'.

Sendiri mau ingatlah, kan?

Anonymous said...

like ....

CintaZulaikha said...

sangatlah betul..nilah peranan ibu bapa yg sebenar yg harus kita ikuti..

Kakzakie Purvit said...

Betapa tajam mata dan hati manusia bernama ibu-bapa. Hendaknya dapatlah kita perturunkan pada anak-cucu kita juga...

AyiLarimA said...

Byk p'kara yg parent kita ajar.. sume nye ke arah kebaikan.. So kpd anak2, kenang n ingatlah jasa ibu dan ayah kita :D

☆♥L@dy @yU♥☆ said...

ibu bapa ada penasihat terbaek buat semua :))

mama aini said...

bertuah jika punya ibubapa yg mengajar & mendidik anknya utk menjadi sempurna ..

Akue Achik said...

dgrlah kta ibu bpa, insyaAllah syurga tujuny.. :)

AMIN..

MulutPayau said...

Semua ibu bapa ingin memberikan yang terbaik utk anak2......

Unknown said...

nasehat orang tua memang yg terbaik.. dan smoga kita pun selalu ingat :)

mummyrinazone beauty said...

semuanya betul..ada ker ibu bapa yang tak mo anak dia menjadi insan berguna?

Anonymous said...

faktor persekitaran juga memberikan pengaruh kpd anak2 kan... jadi, kalau ade something happened, not only point at their parents, but also, pengaruh persekitaran anak2 tu sendiri...


kan kan? hehe..

Honey Kumicky said...

Wow..nice entry....

Hiddy Asri said...

Pesanan baek utk diri sendiri :)

deeya said...

ibu bapa kita adalah penasiha yg terbaek buat kite :)