SELAMAT TAHUN BARU 2015

Sunday, August 21, 2011

MADU DI HUJUNG PEDANG

Seorang pemotong kayu telah masuk ke dalam hutan untuk mencari kayu api untuk dijual. Dalam perjalanan dia terserempak dengan seekor harimau yang sangat ganas. Harimau itu mengejar pemuda itu. Pemuda itu pun lari tinggalkan semua perkakasnya di belakang.
Image:Google
  Semasa dia berlari itu dia ternampak sebuah perigi buruk. Dia terfikir “Hah.. aku dah selamat”. Dia pun cepat-cepat turun kedalam telaga dengan memegang pada akar-akar kayu yang terjuntai masuk ke dalam telaga buruk  itu.
Image:Google
  Malang sekali didasar telaga itu terdapat 3 ekor ular berbisa sedang menunggu. Dia sangat takut. Dia bergayut pada akar-akar kayu itu. Dia tak berani turun. Semasa dia melangut ke atas ternampak pula 3 ekor tikus sedang menggigit akar kayu yang dia sedang bergayut itu. Pemuda itu sangat takut.
Image:Google
  Sekarang bahaya berada disekeliling pemuda itu. Di atas ada harimau. Di bawah ada ular bisa. Tikus pula sedang gigit akar kayu yang dia sedang bergayut.
Image:Google
  Pada ketika itu datang 5 ekor lebah. Lebah ini dan  menitiskan madunya yang sangat manis. Ia betul-betul masuk ke dalam mulut pemuda itu. Pemuda itu sangat suka dengan kemanisan madu itu. Dia sangat gembira. Dia pejamkan matanya dan melepaskan tangan.

  Moral dari cerita ini adalah: Kita jangan mudah terlupa apabila kita mencapai sedikit kejayaan. Kerana kejayaan yang sedikit itu akan menyebabkan kita leka. Maka kita akan kembali kepada keadaan yang dulu.
  Semasa kita berada di puncak jangan lupa pada onak duri yang kita telah lalui. Jangan lupa dan leka. Kerana ia adalah punca kepada malapetaka dalam hidup.



ENTRI SEBELUM INI:CAHAYA MATA @ NURUL ARE INN





21 comments:

Unknown said...

ye.. jika da berjaya, jgn lupa ygita pernah gagal daulu.. :) benarkn?

eLL said...

thx wuming...

Shima Zahar said...

yer betul tu wuming.. kita terlalu cepat lupa .. bila kita dah berjaya...

Mek Nab said...

Insaallah takkn lupa..

nurshaf said...

omg! dia lepaskan tali tu ???? tidak.........................


*wuming,kita tak boleh tgk gambar u***, apatah lagi cerita ni sgt serammmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmm..

*baca entry ni sambil tutup gambar u***


huhuhuhu

Hana Soffelia said...

Setuju dgn moral of the story yg WuMing cakap. kadang2 manusia cpt lupa dan leka dgn kesenangan.

☆♥L@dy @yU♥☆ said...

curlasttt ai suka n3 ni
simple dan mudah paham....
selalu org selalu lupa nikmat yg diberi walaupun kejap

faraherda.razalan said...

Wow! Moral di dalam fiksyen!

Anonymous said...

betul betul :)

Unknown said...

hehehe...canggih ni

Afikah Aziz said...

nice entry,terima kasih wuming,byk pengajaran dlm cite ni :)

asnizaziz said...

kita selalu leka, dpt kenikmatan sikit terus leka..itulah manusia :(

Kakzakie Purvit said...

Kisah ini selalu pihak motivator jadikan point utk diberikan kepada yg hadir. Bagus sebagai panduan...

emarieys said...

terima kasih atas entri in..yea saya tak akan lupa..if saya kaya..hehe

yatt said...

betul Wuming.. tp biasa la manusia bila dah jatuh terduduk baru la tersedar... mcm saya jugak.. hihi

yatt said...

wuming bagi alamat awak.. saya tak de apa nak bagi kat awak...tp saya ada la Fridge Magnet yang tak seberapa dari bandung.. bg alamat nanti saya pos k..

merahitujambu said...

bagus ingat mengingati ini...thanks

LALABIELA said...

menarik cerita ni. ada makna tersirat lg tersurat

Anonymous said...

ia betul.. jangan hanya lihat di langit, sekali sekala jenguk2 la rumput di bumi... =)

Niena Muhammad said...

thanks :)

nuyui a.k.a miss YUI said...

sgt setuju!!

kt perlu slg ingat...