SELAMAT TAHUN BARU 2015

Monday, July 25, 2011

TIP KETIKA MEMAKAI CONTACT LENS

Image:Google

Kerana inginkan kehidupan yang simple, selesa dan juga tuntutan kepada perubahan fesyen. Kini memakai “Contact Lens” telah menjadi satu kebiasaan.

  Terutama bagi golongan remaja yang ingin kelihatan menarik dan bergaya. Mereka lebih suka memakai Contact Lens berbanding dengan cermin mata.
  Tetapi mereka kurang berpengetahuan tentang bahayanya memakai contact lens ini jika ia tercemar atau tidak mengikut cara yang betul.
  Ia boleh mencederakan mata kita. Malah ia juga boleh merosakkan mata kita. Di bawah ini ada 5 tip untuk mengurangkan risiko memakai contact lens.

  1. Letakkan(dimata) Kanta mata sentuh(contact lens) tiap-tiap kali sebelum make up. Juga keluarkan setiap kali sebelum cuci muka. Kerana jika kita tidak keluarkan dahulu kanta mata sentuh ini sebelum cuci muka. Sisa-sisa alat make up mungkin akan terkena pada kanta mata itu. Maka ia akan terkena mata kita masa kita pakai nanti.
  2. Pakai alat make up yang berunsur air. Untuk mengelak dari sebarang gangguan pada mata.
  3. Jangan guna Maskara yang kalis air. Kerana ia boleh merosakkan kanta mata dan terus mencacatkannya buat selama-lamanya. Juga elak pakai mascara yang mempunyai unsur fiber, tambah ketebalan dan tambah panjang. Kerana ia boleh merosakkan permukaan kanta sentuh. Permukaan kanta mata sentuh yang kasar boleh menimbulkan keradangan pada mata.
  4. Elakkan dari memakai Eye shadow dalam bentuk serbuk(tepung/debu).Pilih untuk memakai jenis liquid atau cream. Juga elak dari pakai bahan make up yang ada campuran serbuk berkelip-kelip. Kerana ia boleh terlepas masuk dalam mata.
  5. Elak dari mamakai alat make up dalam bentuk semburan. Ia sangat bahaya kerana ia sangat mudah terkena pada mata kita.

  Di atas adalah langkah-langkah berjaga-jaga jika kita memakai “Contact Lens” atau “Kanta mata sentuh”.
  Jika kita tak pakai atau menggunakannya tak apa… Juga usah peduli petua di atas jika kita tak kisah mata kita akan rosak kerana pakai assesori tersebut.

28 comments:

Liyana Zahim said...

Uih seksanyaaa!

Atiah Zainal said...

pakai lens ni kena rajin lebih sikit. bagi mereka2 yg malas tu, tak usah lah pakai. Rosak mate je nnty. btw, entry ni best :)

yatt said...

dulu masa bujang sangat rajin la pakai... purple la, grey la... walaupun tak rabun... sudahnyer mata yg terang benderang ni, bila check jadi rabun skit sbb kerap pakai lens ..hehe

chiyaou said...

klau org yg krg jg kbersihan better xpyh pkai lens...susah kot..

Kakzakie said...

Kakak takut nak pakai lagi. Dah kena sekali serik!!

Afikah Aziz said...

ehehe nasib bek xpki contact lens..xreti dan takut huhu,bek pki cermin mata je senang :p

alieavea said...

SAYA DAH TAK PKI DA CONTACT LENS....GATAL MATE SY

WuMing said...

@iyana Zahim
Ini lah bayarannya..

@Atiah Zainal
Betul.. Kena fikir dulu baru pakai..TQ

@yatt
Tuu Laaa...

@chiyaou
Memang laa.. Kena sentiasa jaga kebersihan dia

@Kakzakie
Saudara WuMing pun penah masuk Hospital sebab ini..

@Afikah Aziz
Ok laa tuu.. WuMing juga sama..Malas aahh..

@alieavea
Memang ada orang ada alahan..

Umiey said...

Wuming...seram nk pakai lens, mata nie mmg sensitip la...walaupun rabun tp takot nk pakai lens..rs cam bijik mata tebal semacam...


WUMING ANDA DITAG OK...sila jengok rumah say ok..

Mommy Fara said...

Dulu rajin pki contact lens. Tapi sejak ada anak, spek sudah!

=D

azam said...

hehehe.....best ke pakai ni??
xpernah pakai pun

nuyui a.k.a miss NUSHA said...

erm,xpnh try pakai bnda tu..

p/s: huhuh,ngn anjingla tu wuming~

☆*♥L@dy @yU♥*☆ said...

ai pakai alhamdullah oke lagi mata
harap x der apa yg rosak :D

Nizam Ijam said...

cantiknya yang itu :)



” Nizam Ijam Dot Com”

Qaseh dalia adelia said...

hihi hai bro ..
mata masik hokey so tak perlu pakai lens ..

Cik Azizah said...

hish seksa la nak pakai..nasib baik jijah tak minat sgt!

Shima Md. Zahar said...

wuming,,

saya pemakai leans tegar.. dari tahun 2000... sebab hubby kata kalau pakai cermin nampak tua..

tapi bab sblm dan selepas make up serius tak tau.. sebelum nie main tarah jer...

info yang sangat berguna

ieka said...

teringin nk pakai contact lens..
kena jga2 la kn..
huhu...mcm leceh jew.

WuMing said...

Umiey
Dah buat entri tu tadi... tapi Blog tu but pc hang laa

@Mommy Fara
Asalkan boleh nampak... betul tak..

azam
Sama laa.. WuMing pun tak pernah...

@nuyui a.k.a miss NUSHA
Sama juga...

@☆*♥L@dy @yU♥*☆
Jaga kebersihan saja...

@Nizam Ijam said...
:)

@Qaseh dalia adelia
Yup....

@Cik Azizah
Memang pun..

@Shima Md. Zahar
Fuh.. lama tuu Tq..

@ieka
Betulll bukan tak boleh pakai

nuyui a.k.a miss NUSHA said...

p/s: haah,anak polis.. =) tp perangai gler2..tidak beretika..cewaaahh!!

GreenAppleKu.com said...

Datang melawat tuan blog. : )

zOeY zAu YaH said...

betul tu.kena disiplin jaga kebersihan.saya pun guna sbb rabun dn takleh pakai speck(sakit pala).jaga kebersihan n jaga mata =)

She's Gee said...

tak pakai dan tak terpikir akan pakai benda nih.. huhu.. :)

ajumohit said...

Akak tak pernah bcontact lens lagi mcm2 rupa Ada kan cantik2

fadlisabri said...

bagos tips!

visit here frm Egypt~

http://coretanfadlisabri.blogspot.com/2011/07/wanita-kental-peluru-pun-tak-tembus.html

LINDAHERY said...

aslmkum....linda first time pakai masa kawen..tu lah pertama & terakhir kot...sbb mata gatal2 lah bile pakai...lgpon tlalu byk kene bhati2...leceh...pakai saje spek..lebih cute...

*** kita bz lah...opis tgh renovate...online pon dlm stor..nsb ada wireless...hahahhaa

Siti Azlina said...

hye..thanx for the information . baru tahu penggunaan nye :)

Sarah Naiema said...

wah, info menari buat sarah yang jenis pakai contact len... hehe