SELAMAT TAHUN BARU 2015

Wednesday, July 20, 2011

KERABU NASI - MASAKAN THAI

Image:Google

Hah… kali ini aku nak bagi resipi masakan plak lah Kan??... Baik puan-puan.. Hari Ini Cik WuMing nak bagi resipi yang mudah untuk kita cuba.

  Klasss Gituu…..
  Korang boleh lah try kat mana-mana korang suka…Tepi pantai, belakang rumah atau di dapur rumah Ketua Kampung

Bahan-bahannya adalah;
Nasi yang telah siap dimasak 2 Mangkuk.(Ingat… sesedap mana lauk..tak akan gunanya jika nasi mentah)
Sotong yang telah dipotong 4 keping.
Udang yang telah dibuang kulit dan buang urat hitamnya di belakang 4 ekor.
Kepah 4 ekor
Daging ikan yang telah dipotong 4 keping.
Bawang besar 1/2 biji.
Saderi yang dipotong pokok – 1 pokok.
Tomato jenis kecil 5-6 biji.
Cili 2-3 biji.(potong kecil atau pecahkan.) Ikut sedap rasa… Nak taruh 15 kg pun tak apa. Tapi kena tukar nama ke Kerabu Cili lah pulak.
Air Limau 1 sudu teh.
Kicap 2 sudu teh.
Gula pasir 1 sudu teh.
Kicap 1 sudu teh.

Langkah pertama: Kukus kicap(2 sudu) dan masukkan daging(ikan,sotong,kepah,udang) satu persatu ke dalam mangkuk. Apabila sudah masak. Naikkan dan letak tepi dulu.
Langkah kedua:Sekarang buat perencahnya atau kuahnya. Masukkan Kicap(satu sudu), Air limau,Gula Pasir,Cili dan gaulkan agar sebati dan letak tepi dulu.
Akhir sekali masukkan nasi tadi ke satu bekas besar(agak-agak boleh gaulkan semua bahan tadi). Masukkan semua daging(seafood) itu, bawang besar, Saderi, Tomato, dan air kuah tadi.
  Lepas itu gaulkan kesemua bahan-bahan itu bagi rata. Maka siaplah hidangan korang untuk petang ini…
Last skali.. Hantaq mai Penang…
Selamat mencuba…Terima kasih kerana menonton Rancangannn….

Masak-masak bersama WuMing…..



28 comments:

Afikah Aziz said...

yg last sekali ayat xleh tahan..hantaq mai penang hahaha

nuyui a.k.a miss NUSHA said...

wah..t dh masik kasi pos okay..hukhuk..

Cahaya Mata @ Nurul Are Inn said...

Ari2 msk bosan la wuming..
tu wuming msk meh sy tlg ase mna taw xsedap ke @ lbh garam hohohoh...:D

WuMing said...

@Afikah Aziz
Yang tu laa mahal..

@nuyui a.k.a miss NUSHA
Ye ker...

@Cahaya Mata @ Nurul Are Inn
Ok laa tuu.. Nurul Mesti pandai masak...

LINDAHERY said...

aslmkum...wah wuming..buat rancangan masak2 pulak ke..hiihihi...ada masa nanti linda cuba ye...i suke masak2 ni :)

azam said...

ish...nasi goreng kerabu nih...hehehe

misya said...

nak try la

WuMing said...

@LINDAHERY
Ya... tengah mencuba...Linda Cuba laa

@azam
Cuba laa...

@misya
Try laa... sedap woo

cik sakura said...

nak try jugak lar..owh masa begitu cemburu sekali..

Umiey said...

wahhhh caya...wuming dh kuaqkan skill memsk dia...

menu nie mmg xpenah try...
wuming penang kt mn?

pCL [p@kcikLie] said...

baca n3 ni waktu nk pi lunch..pergh..sedap sangat ni...ala thai lg tu.. mmg suka pedas2.

☆*♥L@dy @yU♥*☆ said...

pandai masak....
mcm sedap let try nanty...senang jer khen...owh u kat penang ek...FIL ai org penang gak...kat jelutong

merahitujambu said...

ok.akan di cuba..thanks...

yatt said...

wah Wuming plak bagi resepi... sukaaa... hihi.. nanti ajar bnyk2 resepi tau..

MamaEma said...

hantar kat sini sikit..nak masak malas laa...hehe

Shima Md. Zahar said...

wow.. cik Wuming buat sessi memasak.. harus try nie :)

WuMing said...

@cik sakura
Try laa.. simple saja nii..

@Umiey
Kat Seb. Jaya

@pCL [p@kcikLie]
Cuba laa buat sendiri...Boleh buat ikut selera sendiri.

@☆*♥L@dy @yU♥*☆
WuMing kat Seberang saja

@merahitujambu
Cuba laa...

@yatt
Boleh..boleh...

@MamaEma
Ambooiiii....

@Shima Md. Zahar
Hah... Klasss Gituu...

Qaseh dalia adelia said...

wahh hebat ah .. hahaha

nuyui a.k.a miss NUSHA said...

p/s: yui mintak wuming tlg poskan ke perak ni..hehehe..

WuMing said...

@Qaseh dalia adelia
He...he...he

@nuyui a.k.a miss NUSHA
Aahh... buat apa nak post... WuMing hantar saja lah... Dekat saja tuu..

☆*♥L@dy @yU♥*☆ said...

ingatkan kat pulau....dulu selalu lepak kat megamall tue b4 berhijrah tinggal kat japan

Cik TeN10 said...

den tengah lapo ni haa.. takyah pos ke penang.. terbangkan ke ngra matahrai terbit nih haa.. kih2 =)

WuMing said...

☆*♥L@dy @yU♥*☆
Syoknya kat Japan...Jealous betul laa..

@Cik TeN10
Ini lagi seorang yang WuMing jealous ni.. Tapi bukan dengki laa.. Syok gak kenal orang kat Jepang nii.. Buat laa sendiri.... Senang saja... Jangan ganti cili tu dengan WASABI sudah lah...

Alin said...

igtkn tersilap masuk blog ke tetiba ada resepi. auw~

zOeY zAu YaH said...

wuming jadik chef pulak? bgus2 haha

Cik Azizah said...

jd chef pulak? bagusnya...hehe ajar jijah yg tak reti masak ni. haha

Niena Pengembara Ilahi said...

salam ziarah.. sorry sempat senyum jer kt sini :D

nurfatiha blacky said...

amboiii. ajar memasak pulak :p