SELAMAT TAHUN BARU 2015

Tuesday, April 19, 2011

Direct Selling

Baru-baru ini aku terima call dari kawan lama. Sekarang ni dia berkecimpung dengan dunia MLM. Bukan dunia “MALAM” tetapi dunia “Multi Level Merketing”
  Biasalah ayat orang dari dunia MLM ini. Kawan yang tak berjumpa bertahun-tahun akan call tiba-tiba dan tanya hujung minggu ni lapang tak. Kalau kita jawab lapang mereka akan terus ajak kita keluar minum(minum saja tau, tak berani labor banyak lagi nanti kita tak join).
  Hah…. Bila dah jumpa di kedai makan… biasalah, mereka mesti tidak datang seorang. Mesti bersama mantor-mentornya (Aku juga pernah ada pengalaman sikit dulu). Kita terpinga-pinga lah nanti bila mereka keluar ayat. Sorang kiri, sorang lagi kanan…. Fuhhh… jenuh menepis…
 Ada satu ayat yang aku tak tahan nak dengar tuu…tak tahu betul-betul ker atau perli aku… Tapi aku dah kembang dah… Tapi aku boleh control juga akhirnya.
  Mereka kata aku pandai cakap. Percakapan aku ada fakta dan mudah diikut…Perrrgh…. Power tu ayat… boleh lembik tengkok aku…
  Tapi aku jawab satu kali saja sampai hari ini mereka tak call-call aku pun.
 Aku jawab macam ini. Aku kata “Direct Selling” ini memang boleh buat duit. Malah ada ramai orang yang telah berjaya pun. Aku pun kenal juga seorang dua. Tapi kita kena ingat, ramai juga yang tersungkurrrr… Banyak fakta yang menyokong kita untuk berjaya dalam dunia “Direct Selling” ini. Seperti pandai bercakap, ramai kenalan, rajin berusaha dan banyak lagi. Aku kata lagi, “Aku memang pandai cakap, tapi aku tak rajin keluar malam-malam jumpa orang. Nak keluar beli burger pun malas. Apa guna satu Engin kereta yang berkuasa tinggi, tinggi kuasa kuda… tapi tak ada body. Mengerang kat situ sajalah jawabnya….”

  Selepas aku jawab macam tu, mereka saling pandang memandang lepas tu bayar air teh tarik kat aku dan hantar aku balik… Sampai sekarang hilang tanpa khabar dan berita…
  Orang yang tengah buat Direct Selling jangan marah yer… Aku tak kata Direct Selling tak boleh buat ok!!... Jika korang tengah buat… teruskan…

2 comments:

aRaN said...

1000 ribu orang.satu saja yg kaya hahahha. aku tak suka MLM ni. kalau ada jalan lain nak cari makan. buat la kerja lain. hehehhe

WuMing said...

Yalah.. dulu aku pun pernah buat gak... Buat rugi duit minyak saja angkut orang ke sana-ke sini meeting...Last -last tak berjaya pun... Tapi ada orang yang boleh buat, buat lah.. Kita tak mampu buat...nak buat macam mana...