SELAMAT TAHUN BARU 2015

Monday, April 18, 2011

Pemandu Mabuk

  Entry aku kali ini mungkin tidak ada kaitan secara langsung dengan korang tapi, jangan tak baca pula… Memang tak secara langsung tetapi kesan secara tak langsungnya pun parah juga beb….
  Cuba kita perhatikan ketika musim-musim perayaan atau hujung-hujung minggu. Kadar kemalangan meningkat. Sebenarnya pemandu mabuk juga adalah salah satu puncanya kemalangan ini. Korang tak percaya? Pergi balai dan tanya(maksud aku Balai Polis bukan Balairongseri).
  Aku pernah tengok(kat TV) satu ujian dijalankan terhadap anak-anak muda berusia 20an(tentu sekali kat Negara barat). Mereka ambil sekumpulan anak muda ini buat drive test kat track yang disediakan bersama dengan rintangan-rintangan seperti patung yang keluar mengejut, jalan basah, halangan kotak dan sebagainya. Keputusannya, semua orang lulus ujian tersebut. Mereka tidak langgar apa-apa halangan itu.
  Apa jadi selepas mereka dijamu dengan minuman beralkohol semasa rehat? Mereka ini masih boleh bertutur dengan baik. Masih boleh berjalan dengan elok. Tapi korang tahu tak selepas mereka memandu kereta dalam track yang sama semasa mereka memandu sebelum rehat tadi, apa yang terjadi?
  Kotak-kotak bertaburan dilanggar. Patung orang yang keluar mengejut tu jangan cakaplah… Hancurrrrr…. Bayangkanlah jika anak-anak muda ini memandu di atas jalanraya…
  Apa korang rasa… adakah hukuman yang sedia ada kepada pemandu-pemandu yang mabuk ini setimpal?   Aku taklah menuduh siapa-siapa dalam isu ini… Tapi aku kesian terhadap mangsa-mangsa kemalangan jalanraya, terutamanya mereka yang tidak bersalah tetapi dilanggar oleh pemandu mabuk.

No comments: