SELAMAT TAHUN BARU 2015

Thursday, October 28, 2010

Segarkan Badan Selepas Bangun Pagi

Kita selalu rasa keletihan apabila bangun pagi. Lenguh sana, lenguh sini dan rasa malas. Di sini saya ada cara untuk menyegarkan badan anda pada waktu pagi selepas bangun. Mulakan pagi anda dengan segelas air masak yang telah sejuk atau masih suam. Kerana air akan dapat membantu menyegarkan badan dan minda anda. Ia akan dapat mengantikan air yang telah hilang semasa anda tidur semalaman. Air ini juga akan menyegarkan otak anda.
  Selepas minum air luangkan 5-10 minit untuk merenggangkan angota badan anda. Dengan bersenam dan tumpukan pada angota badan anda yang selalu digunakan tiap hari. Dengan senaman ini badan anda dapat menghilangkan ketegangan dan dapat membantu pengaliran darah.
  Selepas bersenam amalkan makanan hijau seperti sayur – sayuran. Zaman sekarang kita bertuah kerana terdapat pelbagai makanan kesihatan dalam bentuk tablet yang cukup mudah untuk kita makan. Seperti spirulina dan sebagainya.
  Sarapan pagi juga adalah sangat penting. Kita boleh makan banyak pada waktu pagi dan kurang pada waktu tengahari dan sangat kurang pada waktu malam.Kita juga boleh bertukar dari minum kopi kepada teh halia.
  Dengan petua ini saya berharap dapat mengubah hidupan harian anda kepada lebih baik dan ceria.

No comments: