SELAMAT TAHUN BARU 2015

Thursday, September 23, 2010

MINUM AIR MASAK UNTUK KESIHATAN

  Walaupun kita memang tahu bahawa minum air masak itu adalah baik untuk kesihatan. Tapi ramai diantara kita yang masih tidak berapa suka untuk minum air masak. Mungkin kerana air masak kosong itu tidak ada rasa enak seperti jus buah - buahan atau air tin.
  Tetapi khasiat air masak kosong adalah sangat tinggi. Di sini saya ada beberapa tip bagaimana kita dapat memupuk tabiat minum air.

  • Terus minum selepas bangun tidur - Apabila kita bangun dari tidur pada waktu pagi, terus saja minum air masak walaupun bermula dengan secawan kecil. Ia akan membantu rasa ingin minum air sepanjang hari. Malah ia juga sangat baik untuk sistem penghadaman.
  • Perah sedikit air limau - Dengan perah sedikit air limau ke dalam air masak ia akan dapat membantu untuk menambahkan rasa ingin minum air. Kerana bau limau ini akan memberi rasa segar pada minda kita.
  • Perhatikan najis kita - Kita akan tahu bahawa badan kita kekurangan air jika najis kita berwarna gelap.
  • Minum air ketika runsing dan marah - Bila kita berasa runsing atau marah kita terus ambil segelas air masak dan minum. Ia akan membantu melegakan atau mengurangkan perasaan runsing dan marah.

2 comments:

myzziema said...

ziema selalu minum air kalau terasa dahaga je. jarang sangat bangun2 pagi terus cari air. tapi lepas ni boleh lah dipraktikkan. thanks for info! :D

p/s : thanks letak blog ziema dalam bloglist! ziema pun dah letak blog ni dalam my bloglist. hehe :)

WuMing said...

Tq..Tq...sporting laa Ziema ni...