Apabila masuk ke bahagian ruang menyambut tetamu di sebuah hotel, penyambut tetamu Hotel itu terus menegur kelasi muda.
Penyambut Tetamu : Selamat pagi encik.
Kelasi Muda : Selamat pagi, saya sangat mengantuk dan nak daftar masuk cepat.
Penyambut Tetamu : Maaf encik, semua bilik telah penuh. Tapi kalau encik sanggup berkongsi ada satu bilik untuk dua orang. Seorang pak cik telah mengginap di Hotel ini beberapa hari. Dia pernah beritahu kami dia sanggup berkongsi bilik untuk menggurangkan kosnya.
Kelasi Muda : Tak jadi masalah. Saya dah tak terdaya nak mencari Hotel lain lagi. Letih dan sangat menggantuk.
Penyambut tetamu : Tapi pak cik itu berdengkur sangat kuat. Malah tetamu di bilik bersebelahan pun boleh dengar.
Kelasi Muda : Tak jadi masalah. Saya tak kisah.
Keeseokan pagi kelasi muda bangun pagi dengan ceria. Penyambut tetamu Hotel lihat sedemikian rupa, Ia sangat menghairankan, lalu bertanya kepada kelasi muda itu.
Pernyambut Tetamu : Encik kelihatan ceria dan bersemangat. Tidur lena ker semalam?
Kelasi Muda : Ya, tak pernah senyenyak semalam.
Penyambut Tetamu : Tak dengar pak cik itu berdengkur ker?
Kelasi Muda : Semalam semasa saya masuk bilik itu,kelihatan pak cik tidur dan berdengkur dengan kuat. Lalu saya cium di pipinya dan bisik perlahan - lahan di telinga pak cik itu. "Sayang... tidurlah puas - puas kekanda pergi telah berlayar selama enam bulan baru saja berlabuh. Dengan itu saja pak cik itu terus bangun dan duduk atas kerusi dan perhatikan saya . Malah semasa saya bangun tadi pun, dia masih duduk di atas kerusi itu sambil mata menenung tajam pada saya tanpa berkedip".
No comments:
Post a Comment