SELAMAT TAHUN BARU 2015

Monday, April 18, 2011

Pemandu Mabuk

  Entry aku kali ini mungkin tidak ada kaitan secara langsung dengan korang tapi, jangan tak baca pula… Memang tak secara langsung tetapi kesan secara tak langsungnya pun parah juga beb….
  Cuba kita perhatikan ketika musim-musim perayaan atau hujung-hujung minggu. Kadar kemalangan meningkat. Sebenarnya pemandu mabuk juga adalah salah satu puncanya kemalangan ini. Korang tak percaya? Pergi balai dan tanya(maksud aku Balai Polis bukan Balairongseri).
  Aku pernah tengok(kat TV) satu ujian dijalankan terhadap anak-anak muda berusia 20an(tentu sekali kat Negara barat). Mereka ambil sekumpulan anak muda ini buat drive test kat track yang disediakan bersama dengan rintangan-rintangan seperti patung yang keluar mengejut, jalan basah, halangan kotak dan sebagainya. Keputusannya, semua orang lulus ujian tersebut. Mereka tidak langgar apa-apa halangan itu.
  Apa jadi selepas mereka dijamu dengan minuman beralkohol semasa rehat? Mereka ini masih boleh bertutur dengan baik. Masih boleh berjalan dengan elok. Tapi korang tahu tak selepas mereka memandu kereta dalam track yang sama semasa mereka memandu sebelum rehat tadi, apa yang terjadi?
  Kotak-kotak bertaburan dilanggar. Patung orang yang keluar mengejut tu jangan cakaplah… Hancurrrrr…. Bayangkanlah jika anak-anak muda ini memandu di atas jalanraya…
  Apa korang rasa… adakah hukuman yang sedia ada kepada pemandu-pemandu yang mabuk ini setimpal?   Aku taklah menuduh siapa-siapa dalam isu ini… Tapi aku kesian terhadap mangsa-mangsa kemalangan jalanraya, terutamanya mereka yang tidak bersalah tetapi dilanggar oleh pemandu mabuk.

Sunday, April 17, 2011

Kain Cadar

Ramai orang memang concern atau sangat mengambil berat dengan tempat tidur. Ada yang tak kisah pun.. Macam mana pun boleh tidur.
  Aku pun tak lah kisah sangat. Asalkan tempat tidur tu bersih, ada tilam sikit dan tak bising. Boleh lena punya.
  Tapi ada orang yang mengambil berat sampai kain cadar pun kena ikut warna yang diminati. Bersesuaian dengan konsep bilik (selalunya wanitalah). Lelaki macam aku ni tak kisah sangat bab itu.
  Di sini aku ada gambar kain cadar yang member aku hantar ke dalam mail box aku. Yang aku pasti ada satu tu…. comfirm perempuan yang dah kahwin tak mau pakai punya…


Thursday, April 14, 2011

Parking

 Parking atau di bahasa Malaysiakan “parkir”. Memang banyak orang tension pasal parking ni. Aku taklah sampai tahap tension. Sebab aku dah mangli atau dah biasa dah dengan keadaan ini. Banyak bangunan menyediakan pelbagai perkhidmatan. Tetapi tak cukup tempat parking. Seperti kedai makan, pusat membeli belah, Hospital dan sebagainya.
  Di Ipoh contohnya. Dalam pusat Bandar. Banyak kedai makan. Tapi tak da tempat parking(selalu penuh). Di Penang pun sama. Kedai nasi kandar orang beratur berjela-jela. Tapi sekeliling tu kalau nak cari pempat parking kosong, Minta maaflah bang.
  Di Hospital Kangar lagi teruk. Sepanjang jalan depan Hospital ada orang parking. Tempat parking dalam perkarangan Hospital memang susah nak cari. Kalau you all nak parking kat dalam juga, betul-betul kena nasib baik. Ataupun masuk seawal  6 pagi.
  Aku rasa sama juga keadaan ini di Bandar-bandar besar yang lain. Sebab aku jumpa keadaan yang sama setiap tempat yang aku pergi. Seperti Shah Alam, Kuala lumpur, Ipoh, Penang, Sungai Petani, Alor Setar dan Kangar. Maksud aku tempat tumpuan orang lah. Kalau tempat “Jin” beriadah tuu.. jangan sebut lah… Aku pun tak pergi…
  Tetapi yang aku betul-betul tak tahan adalah orang yang tak tahu berfikir. Mereka parking ikut suka hempedu mereka sahaja. Buat macamlah dalam dunia ini mereka sahaja yang pakai kereta. Parking ikut dan saja. Kalau tempat itu banyak tempat parking kosong aku tak lah kisah sangat. Tapi di situ tempat parkingnya terhad. Orang pula ramai. Aku melilau cari, dah setengah jam tak ada. Kerja nak kena buat. Ni yang buat aku tension ni… Cuba tengok gambar kat atas tu. Aku ambik dengan Phone saja.Tak berapa cantik… Tapi you all boleh lah tengok dan nilai sendiri mentality pemandunya…...

Wednesday, April 13, 2011

Facebook

Jenis manusia dalam FACEBOOK

  Hai….orang lain berbincang tentang FACEBOOK. Aku pun nak cakap tentang FACEBOOK juga lah. Biasalah trend masa kini.  Saja nak share kat sini dan aku olah ikut cara aku..

1.      FACEBOOK  golongan pertama, adalah golongan yang frust menonggeng atau mat dan minah jiwa. Golongan ini akan post isi liver atau hati mereka berjela-jela dan meleret-leret. Mereka akan lesap dari dunia FACEBOOK apabila mereka dapat laki atau bini baru. Mungkin mereka akan tukar masuk ke golongan kedua pula.
2.      Golongan angau. Faham-faham sajalah golongan ini. Asyik post gambar mereka keluar bersama. Gambar mereka makan(selalunya minum sahaja) di restoran-restoran makanan segera. Selalunya post-post mereka dalam FACEBOOK akan jawab menjawab antara satu sama lain.Orang lain jarang masuk campur.
3.      Golongan DJ. Mereka ini merupakan DJ tidak bergaji atau sukarelawan DJ. Mereka akan selalu post lagu, video clip. Kalau lagu sempoi tak pa lah. Ini lagu ikut kepala mereka lah…..Mereka jarang layan orang lain. Tak komen sapa-sapa dan juga tak jawab komen sapa-sapa…..Nasiblah
4.      Golongan yang perasan model. Hah… golongan ini anda sendiri dah boleh agakdah.  Aku tambah sikit saja. Mereka pasti akan post gambar dalam FACEBOOK hanya gambar yang cun saja tau. Yang muka berminyak boleh goreng ikan masin.. comfirm tak post punya.
5.      Golongan gila awek atau pak we cun. Golongan ni  sempoi jugak… Aku pernah buat juga dulu… Skarang dah padam dah akaun tu…. Tak syok pun… Mereka tak kira kenal atau tak kenal. Asalkan muka cun. Mereka akan add. Nak jadi kawan… Lepas tu mulalah nak hantar personal message. Nak kenal laa, nak apa laa… Nasiblah siapa yang terjerat…
6.      Golongan reporter… Mereka akan selalu buat laporan… Tak kisah mereka buat apa. Mereka akan lapor dalam FACEBOOK. Tak kisahlah katau setakat makan apa, jalan ker mana. Boleh juga kita tengok gambar lawa-lawa. Ini kalau masuk toilet 5 kali pun nak lapor dalam FACEBOOK.. Apa kessssss…..
7.      Golongan GAME addict. Hah… ni yang letih ni… mereka suka main game kat FACEBOOK tu. Lepas tu mereka add kita. Ajak kita main sekali. Malas nak ignore dah… kerap sangat. Kita bukan ada masa banyak sangat nak main game kat FACEBOOK ni…..
8.      Golongan kuiz maniac. Mereka selalu post carta-carta yang memerlukan orang menjawab. Dalam wall FACEBOOK aku kurang golongan ini. Boleh dikatakan tiada langsung. Ini juga termasuk survey-survey yang boleh meramal sikap, masa depan dan sebagainya.
9.      Golongan missing in action. Golongan ini agak misteri. Sebenarnya mereka akan buka akaun lepas tu tak update apa-apa. Soal tidak, jawab pun tidak.
 Sebenarnya list golongan FACEBOOK ini bukan aku yang buat survey. Aku baca dari mail box aku. Cuma tajuk nya saja aku ambik. Isinya aku cerita ikut pengalaman aku sendiri.


Photo from:http://www.google.com.my/imglanding?q=facebook&hl=en&biw=1276&bih=567&gbv=2&tbm=isch&tbnid=j9GkZEHrSzcgaM:&imgrefurl=http://www.india365.org/how-to-increase-facebook-friends/&imgurl=http://www.india365.org/wp-content/uploads/2010/03/facebook.jpg&w=512&h=294&ei=OlCmTYqKCs6qrAeEte3jCQ&zoom=1

Monday, April 4, 2011

Budak Kembar Berbual

Telefon Peribadi Dalam Pejabat

  Telefon peribadi yang kitagunakan setiap hari yang terletak di penjuru meja kita di dalam pejabat merupakan tempat berkumpul segala bacteria. Apabila kita bercakap dan bernafas ketika berbual bengannya. Secara tidak sengaja kita telah menyedut bacteria ini ke dalam badan kita melalui salur pernafasan. Ini akan menyebabkan kita mudah untuk mendapat penyakit.

PUNCA LELAKI LEMAH

1.    Selalu kencing dalam keadaan berdiri adalah tidak baik untuk kesihatan zakar anda. Ini kerana apabila anda kencing berdiri, air kencing akan bertakung dalam saluran kencing dan lama -  kelamaan saluran kencing akan kembang dan otot kemut akan menjadi lemah. Malah ia merupakan  punca kepada kanser prostat.
2.    Kurang bersenam. Terutamanya senaman seks yang meliputi teknik pernafasan yang betul. Senaman yang kerap dan betul bukan sahaja dapat mengekalkan kekuatan seks anda, ia juga membantu agar anda boleh bertahan lebih lama ketika bersama.
3.    Pemakanan yang tidak betul. Makanan pada zaman sekarang terdapat terlalu banyak bahan pengawet. Bahan – bahan ini adalah tidak baik untuk kekuatan seks anda juga kesihatan badan pada keseluruhannya.