SELAMAT TAHUN BARU 2015

Wednesday, April 13, 2011

Facebook

Jenis manusia dalam FACEBOOK

  Hai….orang lain berbincang tentang FACEBOOK. Aku pun nak cakap tentang FACEBOOK juga lah. Biasalah trend masa kini.  Saja nak share kat sini dan aku olah ikut cara aku..

1.      FACEBOOK  golongan pertama, adalah golongan yang frust menonggeng atau mat dan minah jiwa. Golongan ini akan post isi liver atau hati mereka berjela-jela dan meleret-leret. Mereka akan lesap dari dunia FACEBOOK apabila mereka dapat laki atau bini baru. Mungkin mereka akan tukar masuk ke golongan kedua pula.
2.      Golongan angau. Faham-faham sajalah golongan ini. Asyik post gambar mereka keluar bersama. Gambar mereka makan(selalunya minum sahaja) di restoran-restoran makanan segera. Selalunya post-post mereka dalam FACEBOOK akan jawab menjawab antara satu sama lain.Orang lain jarang masuk campur.
3.      Golongan DJ. Mereka ini merupakan DJ tidak bergaji atau sukarelawan DJ. Mereka akan selalu post lagu, video clip. Kalau lagu sempoi tak pa lah. Ini lagu ikut kepala mereka lah…..Mereka jarang layan orang lain. Tak komen sapa-sapa dan juga tak jawab komen sapa-sapa…..Nasiblah
4.      Golongan yang perasan model. Hah… golongan ini anda sendiri dah boleh agakdah.  Aku tambah sikit saja. Mereka pasti akan post gambar dalam FACEBOOK hanya gambar yang cun saja tau. Yang muka berminyak boleh goreng ikan masin.. comfirm tak post punya.
5.      Golongan gila awek atau pak we cun. Golongan ni  sempoi jugak… Aku pernah buat juga dulu… Skarang dah padam dah akaun tu…. Tak syok pun… Mereka tak kira kenal atau tak kenal. Asalkan muka cun. Mereka akan add. Nak jadi kawan… Lepas tu mulalah nak hantar personal message. Nak kenal laa, nak apa laa… Nasiblah siapa yang terjerat…
6.      Golongan reporter… Mereka akan selalu buat laporan… Tak kisah mereka buat apa. Mereka akan lapor dalam FACEBOOK. Tak kisahlah katau setakat makan apa, jalan ker mana. Boleh juga kita tengok gambar lawa-lawa. Ini kalau masuk toilet 5 kali pun nak lapor dalam FACEBOOK.. Apa kessssss…..
7.      Golongan GAME addict. Hah… ni yang letih ni… mereka suka main game kat FACEBOOK tu. Lepas tu mereka add kita. Ajak kita main sekali. Malas nak ignore dah… kerap sangat. Kita bukan ada masa banyak sangat nak main game kat FACEBOOK ni…..
8.      Golongan kuiz maniac. Mereka selalu post carta-carta yang memerlukan orang menjawab. Dalam wall FACEBOOK aku kurang golongan ini. Boleh dikatakan tiada langsung. Ini juga termasuk survey-survey yang boleh meramal sikap, masa depan dan sebagainya.
9.      Golongan missing in action. Golongan ini agak misteri. Sebenarnya mereka akan buka akaun lepas tu tak update apa-apa. Soal tidak, jawab pun tidak.
 Sebenarnya list golongan FACEBOOK ini bukan aku yang buat survey. Aku baca dari mail box aku. Cuma tajuk nya saja aku ambik. Isinya aku cerita ikut pengalaman aku sendiri.


Photo from:http://www.google.com.my/imglanding?q=facebook&hl=en&biw=1276&bih=567&gbv=2&tbm=isch&tbnid=j9GkZEHrSzcgaM:&imgrefurl=http://www.india365.org/how-to-increase-facebook-friends/&imgurl=http://www.india365.org/wp-content/uploads/2010/03/facebook.jpg&w=512&h=294&ei=OlCmTYqKCs6qrAeEte3jCQ&zoom=1

Monday, April 4, 2011

Budak Kembar Berbual

Telefon Peribadi Dalam Pejabat

  Telefon peribadi yang kitagunakan setiap hari yang terletak di penjuru meja kita di dalam pejabat merupakan tempat berkumpul segala bacteria. Apabila kita bercakap dan bernafas ketika berbual bengannya. Secara tidak sengaja kita telah menyedut bacteria ini ke dalam badan kita melalui salur pernafasan. Ini akan menyebabkan kita mudah untuk mendapat penyakit.

PUNCA LELAKI LEMAH

1.    Selalu kencing dalam keadaan berdiri adalah tidak baik untuk kesihatan zakar anda. Ini kerana apabila anda kencing berdiri, air kencing akan bertakung dalam saluran kencing dan lama -  kelamaan saluran kencing akan kembang dan otot kemut akan menjadi lemah. Malah ia merupakan  punca kepada kanser prostat.
2.    Kurang bersenam. Terutamanya senaman seks yang meliputi teknik pernafasan yang betul. Senaman yang kerap dan betul bukan sahaja dapat mengekalkan kekuatan seks anda, ia juga membantu agar anda boleh bertahan lebih lama ketika bersama.
3.    Pemakanan yang tidak betul. Makanan pada zaman sekarang terdapat terlalu banyak bahan pengawet. Bahan – bahan ini adalah tidak baik untuk kekuatan seks anda juga kesihatan badan pada keseluruhannya.

Thursday, March 31, 2011

SEKS

Seks adalah aktiviti yang perlu dan penting bagi semua pasangan yang telah sah berkahwin. Bagi mereka yang mempunyai seorang isteri yang berkerjaya. Kadang – kadang hubungan kelamin agak kurang. Ini kerana masing – masing sibuk dan letih bekerja.
  Tetapi jika suami ingin mengadakan hubungan kelamin dengan isteri, tetapi isteri menolak dengan alasan letih. Jangan paksa mereka. Anda boleh merangsang isteri anda perlahan – lahan. Dan akhirnya isteri anda akan layan anda. Yang penting anda haruslah bersabar.
  Dibawah ini ada beberapa bahagian tubuh wanita yang mudah terangsang.
1.    Bahagian pipi dan sekitarnya.
2.    Sekeliling atau berdekatan dengan bahagian kening.
3.    Hidung.
4.    Telinga dan kawasan – kawasan sekitarnya.
5.    Mulut (luar iaitu kawasan berdekatan bibir dan juga bahagian dalam mulut).
6.    Lidah.
7.    Bahagian bawah dagu.
8.    Bahagian leher.
9.    Tengkuk.
10. Payudara terutamanya bahagian putting.
11. Perut.
12. Bahagian sekitar pusat.
13. Pangkal peha
14. Peha.
15. Bahagian kemaluan dan dalam faraj(tentu sekali setelah isteri anda mula terangsang atau bahagian sentuhan yang terakhir)

Tuesday, March 29, 2011

Petua Untuk Mudah Bersalin

  Pernah orang berkata sakit ketika bersalin adalah sama seperti ketika semua tulang kita dipatah – patahkan serentak.
  Petua untuk mengurangkan kesakitan semasa bersalin ialah dengan meminum satu sudu kecil minyak tanak. Iaitu minyak yang diperbuat dari buah kelapa. Amalkan sekurang  - kurangnya tiga kali seminggu bermula dari bulan keenam kehamilan. Dan minum satu sudu kecil setiap hari pada bulan ke sembilan iaitu pada bulan terakhir dan sampai waktu bersalin.

Sunday, March 20, 2011

Petua Ketika Tidur

 Semasa tidur anda disarankan supaya memakai pakaian yang longgar. Anda juga tidak digalakkan memakai seluar dalam(juga baju dalam untuk wanita). Ini adalah bertujuan untuk melancarkan peredaran darah dalam tubuh badan anda. Bukan sahaja untuk kekalkan kekuatan  batin, malah juga untuk kesihatan keseluruhannya. (Lelaki dan Perempuan)