SELAMAT TAHUN BARU 2015

Monday, December 6, 2010

Banyakkan Susu Ibu 01

Susu ibu adalah susu yang dihasilkan secara semulajadi apabila seseorang wanita itu melahirkan bayi. Tetapi adakala susu ibu yang dikeluarkan tidak mencukupI keperluan bayi . Khususnya apabila wanita itu melahirkan bayi kembar.
  Cara untuk memperbanyakkan susu ibu adalah dengan sapukan sedikit minyak kelapa pada daun sirih dan salai daun sirih tadi sehingga layu. Selelah agak kepanasan yang mampu ditahan oleh ibu maka tampalkan daun sirih itu tadi poada bahagian buah dada. Ulang langkah - langkah itu tiap tiap hari.

Wednesday, December 1, 2010

HILANGKAN PERUT BUNCIT

Atasi masalah perut buncit lepas bersalin
  Telah menjadi lumrah. Wanita akan mengalami masalah gemuk atau perut buncit selepas bersalin. Tetapi bergantung juga kepada individu. Ada wanita yang tak pernah mengalami masalah tersebut.
  Jika perut anda masih buncit selepas bersalin. Usah bimbang,di sini saya ada beberapa petua ingin dikongsi  bersama.
1.       Tanak kalapa sehingga menjadi minyak. Biarkan minyak itu sejuk dan masukkan kedalam bekas. Ambil minyak itu sapu dan usap perlahan – lahan. Biarkan sekurang – kurangnya 10 minit. Lakukan tiap –tiap hari.
2.       Ambil segelas air panas campurkan dengan garam dan sedikit asam jawa. Embunkan semalaman. Minum air campuran itu pada keesokan pagi sebelum cuci muka. Lakukan sehingga perut anda tidak buncit lagi.
http://apa-apapunada.blogspot.com/

Monday, November 29, 2010

Susu Ibu Yang Berlebihan

Memang manusia ini tiada yang dilahirkan sempurna. Ada ibu mengandung yang tiada susu ketika melahirkan bayi ada pula yang berlebihan. Bagi mereka yang susu berlebihan juga bermasalah. Selepas selesai susukan bayi  tapi susu pula masih keluar tidak berhenti.
  Dalam kes ini si suami tidak perlu susah hati dan ingin habiskan susu itu. Anda hanya ambil segenggam bunga melati atau bunga mawar dan tumbuk sehingga lembut. Ambil bunga yang telah ditumbuk tadi dan tempelkan pada payu dara sebelum mandi. Masa ini kalau suami ingin bantu isterinya tidak menjadi masalah. Hanya perlu berbincang dengan isterinya sahaja.

Wednesday, November 24, 2010

Spirulina

Ramai yang pernah dengar perkataan alga hijau atau lebih dikenali sebagai Spurilina. Tetapi tidak ramai yang tahu asal – usul dan khasiat Spirulina ini.
Spirulina ini adalah sejenis tumbuhan laut yang mempunyai banyak khasiat atau Multi -  Vitamin.
ASAL USUL SPIRULINA
Sekitar tahun1960-an, terdapat sebuah kaum orang asli yang tinggal di tepi danau Cad Afrika. Mareka dikenali sebagai Kaum Ganimu. Mereka mempunyai kesihatan dan kekuatan fizikal yang mengkagumkan.
Kisah tentang kekuatan fizikal mereka telah mendapat perhatian seorang Professor yang bernama Perancis Crammond
Jadi pada tahun 1963, Professor Perancis Crammond telah mula membuat kajian tentang bagaimana kaum Ganimu ini mendapat gizi yang mencukupi dan kekal sihat sepanjang hayat. Hasil kajian mendapati kaum Ganimu gemar memakai sejenis alga berwarna hijau (Spirulina) yang terdapat di dalam danau di kawasan itu. Dari situlah bermulanya penyelidikan secara serious tentang Spirulina.Dan apabila kajian dibuat dan mendapati khasiat alga hijau atau lebih dikenali Spirulina ini adalah sangat banyak dan tinggi, maka ia pun dengan pendapat perhatian dengan cepat  dan penggunaannya telah meluas ke serata dunia.
Sejarah Spirulina juga dikatakan telah bermula pada kurun ke-16 dimana kaum Aztech telah mengamalkannya sebagai makanan harian mereka yang diambil dari Danau Texcoco.
KANDUNGAN SPIRULINA
Mengandungi Beta Karotin untuk menguatkan penglihatan.
Mengandungi Vitamin B-12 (25 kali lebih banyak dari hati lembu) yang membantu untuk membentuk sel darah merah dalam sum-sum tulang.
Mengandungi Zat Besi untuk membantu menguatkan sel darah merah dalam sistem pertahanan tubuh.
Klorofil (warna hijau) bagi membantu meningkatkan proses penyingkiran racun dan bertindak sebagai anti-penuaan.
Karotenoids yang bertindak sebagai fungsi anti-oksidan dan anti-kanser dalam tubuh.
Khasiat Spirulina
·         Memperbaiki sistem hati sebagai penyaring lemak dan toksid
·         Membantu mereka yang terdedah pada radiasi
·         Meneutralkan keracunan dalam ginjal
·         Meningkatkan pertumbuhan lactobacillus(Bakteria baik) yang terdapat di dalam usus yang membantu proses pencernaan
·         Mempercepatkan penyembuhan luka dalam dan luar
·         Mengatasi masalah kekurangan zat dan mineral
·         Mengatasi kelemahan tubuh badan bagi pengidap kencing manis
·         Menaikkan tahap imunisasi dalam tubuh
·         Mengurang risiko untuk terkena kanser
·         Kebaikan untuk kanak – kanak yang tidak gemar atau kurang makanan hijau(sayur – sayuran)
·         Sebagai anti virus dalam badan
·         Mengurangkan tahap kolestrol dalam badan
Selain dari itu Spirulina juga mempunyai khasiat lain. Dengan mengamalkan pemakanan Spirulina yang selalu juga boleh merawat penyakit – penyakit seperti:

·         Kencing Manis
·         Melecur
·         Sakit Jantung
·         Melegakan Batuk
·         Tonik Otak
·         Darah Tinggi
·         Gastrik
·         Radang Paru - Paru
·         Gout
·         Luka
·         Sakit Jantung
·         Mengeluarkan Kahak
·         Insomnia
·         Menyihatkan dan Mencantikkan Kulit
·         Tumbesaran Kanak - Kanak
·         Nyanyok(Alzheimer)
·         Kesihatan Usus
·         Menyegarkan Tubuh Badan
·         Lelah atau Asma
·         Parkinson
·         Melancahkan Pengaliran Darah
·         Migrain
·         Alergi
·         Membantu untukAwet
·         Stamina
·         Muda
·         Tekanan (Stress)
·         Buasir
·         Radang Hati
·         Anemia
·         Kesihatan Buah Pinggang
·         Barah
·         Lukemia
·         Membaiki Sistem Pertahanan Badan
·         Sindrom Putus Haid
·         Sakit – Sakit Sendi
·         Penyakit Cepat Sembuh



  Mengikut pengalaman saya, Spirulina yang terdapat di pasaran adalah hampir sama kualitinya. Tetapi harga yang agak murah atau berpatutan adalah produk yang dikeluarkan oleh syarikat COSWAY.
  Di bawah ini saya sertakan cara untuk membuat pengiraan untuk kita membuat perbandingan harga.
Contoh.
Harga satu botol Sirulina = 21.9
Berapa Tablet =120.
Mg per Tablet = 200
   Harga/ Jumlah mg(120x200
=21.9/24000
=1mg = 0.0009125 sen 

Jadi di sini anda boleh ambil produk dari semua syarikat yang anda ingin kira dan buat perbandingan dengan formula di atas.

Monday, November 22, 2010

Wanita Mengalami Keputihan

  Ambil daun sirih dan rebus. Mandi air rebusan tadi selama seminggu untuk membersihkan bahagian sulit. Keputihan dan kegatalan pada alat sulit akan beransur hilang. Daun sirih juga boleh dimakan untuk mengelakkan keputihan.  Selain itu daun sirih juga boleh diambil dan campur dengan kuning telur ayam hitam dan cendana yang telah diasah. Minum campuran tadi setiap pagi.

Sunday, November 21, 2010

Keajaiban Pada Nombor.

Pernahkah anda tahu tentang keajaiban pada nombor???

1 x 1 = 1
11 x 11 = 121
111 x 111 = 12321
1111 x 1111 = 1234321
11111 x 11111 = 123454321
111111 x 111111 = 12345654321
1111111 x 1111111 = 1234567654321
11111111 x 11111111 = 123456787654321
111111111 x 111111111=12345678987654321



1 x 9 + 2 = 11
12 x 9 + 3 = 111
123 x 9 + 4 = 1111
1234 x 9 + 5 = 11111
12345 x 9 + 6 = 111111
123456 x 9 + 7 = 1111111
1234567 x 9 + 8 = 11111111
12345678 x 9 + 9 = 111111111
123456789 x 9 +10= 1111111111

Wednesday, November 17, 2010

Ibu

Adakah anda tahu badan kita hanya mampu menerima kesakitan sehingga 45 Del(unit)  sahaja. Tetapi seorang ibu semasa melahirkan bayi(secara semulajadi) , akan menerima kesakitan sehingga 57 Del. Keadaan ini adalah sama dengan 20 batang atau ketul tulang anda mengalami keretakan pada masa yang sama…
Mum… I Love You….
Saya tidak tahu berapa umur anda …. Cuma dua soalan saya ingin tanya pada anda….
Sejak anda dilahirkan,pernahkah anda menyakiti hati  Ibu anda dan adakah anda pernah memohon maaf darinya?
 
http://apa-apapunada.blogspot.com/