SELAMAT TAHUN BARU 2015

Wednesday, November 24, 2010

Spirulina

Ramai yang pernah dengar perkataan alga hijau atau lebih dikenali sebagai Spurilina. Tetapi tidak ramai yang tahu asal – usul dan khasiat Spirulina ini.
Spirulina ini adalah sejenis tumbuhan laut yang mempunyai banyak khasiat atau Multi -  Vitamin.
ASAL USUL SPIRULINA
Sekitar tahun1960-an, terdapat sebuah kaum orang asli yang tinggal di tepi danau Cad Afrika. Mareka dikenali sebagai Kaum Ganimu. Mereka mempunyai kesihatan dan kekuatan fizikal yang mengkagumkan.
Kisah tentang kekuatan fizikal mereka telah mendapat perhatian seorang Professor yang bernama Perancis Crammond
Jadi pada tahun 1963, Professor Perancis Crammond telah mula membuat kajian tentang bagaimana kaum Ganimu ini mendapat gizi yang mencukupi dan kekal sihat sepanjang hayat. Hasil kajian mendapati kaum Ganimu gemar memakai sejenis alga berwarna hijau (Spirulina) yang terdapat di dalam danau di kawasan itu. Dari situlah bermulanya penyelidikan secara serious tentang Spirulina.Dan apabila kajian dibuat dan mendapati khasiat alga hijau atau lebih dikenali Spirulina ini adalah sangat banyak dan tinggi, maka ia pun dengan pendapat perhatian dengan cepat  dan penggunaannya telah meluas ke serata dunia.
Sejarah Spirulina juga dikatakan telah bermula pada kurun ke-16 dimana kaum Aztech telah mengamalkannya sebagai makanan harian mereka yang diambil dari Danau Texcoco.
KANDUNGAN SPIRULINA
Mengandungi Beta Karotin untuk menguatkan penglihatan.
Mengandungi Vitamin B-12 (25 kali lebih banyak dari hati lembu) yang membantu untuk membentuk sel darah merah dalam sum-sum tulang.
Mengandungi Zat Besi untuk membantu menguatkan sel darah merah dalam sistem pertahanan tubuh.
Klorofil (warna hijau) bagi membantu meningkatkan proses penyingkiran racun dan bertindak sebagai anti-penuaan.
Karotenoids yang bertindak sebagai fungsi anti-oksidan dan anti-kanser dalam tubuh.
Khasiat Spirulina
·         Memperbaiki sistem hati sebagai penyaring lemak dan toksid
·         Membantu mereka yang terdedah pada radiasi
·         Meneutralkan keracunan dalam ginjal
·         Meningkatkan pertumbuhan lactobacillus(Bakteria baik) yang terdapat di dalam usus yang membantu proses pencernaan
·         Mempercepatkan penyembuhan luka dalam dan luar
·         Mengatasi masalah kekurangan zat dan mineral
·         Mengatasi kelemahan tubuh badan bagi pengidap kencing manis
·         Menaikkan tahap imunisasi dalam tubuh
·         Mengurang risiko untuk terkena kanser
·         Kebaikan untuk kanak – kanak yang tidak gemar atau kurang makanan hijau(sayur – sayuran)
·         Sebagai anti virus dalam badan
·         Mengurangkan tahap kolestrol dalam badan
Selain dari itu Spirulina juga mempunyai khasiat lain. Dengan mengamalkan pemakanan Spirulina yang selalu juga boleh merawat penyakit – penyakit seperti:

·         Kencing Manis
·         Melecur
·         Sakit Jantung
·         Melegakan Batuk
·         Tonik Otak
·         Darah Tinggi
·         Gastrik
·         Radang Paru - Paru
·         Gout
·         Luka
·         Sakit Jantung
·         Mengeluarkan Kahak
·         Insomnia
·         Menyihatkan dan Mencantikkan Kulit
·         Tumbesaran Kanak - Kanak
·         Nyanyok(Alzheimer)
·         Kesihatan Usus
·         Menyegarkan Tubuh Badan
·         Lelah atau Asma
·         Parkinson
·         Melancahkan Pengaliran Darah
·         Migrain
·         Alergi
·         Membantu untukAwet
·         Stamina
·         Muda
·         Tekanan (Stress)
·         Buasir
·         Radang Hati
·         Anemia
·         Kesihatan Buah Pinggang
·         Barah
·         Lukemia
·         Membaiki Sistem Pertahanan Badan
·         Sindrom Putus Haid
·         Sakit – Sakit Sendi
·         Penyakit Cepat Sembuh



  Mengikut pengalaman saya, Spirulina yang terdapat di pasaran adalah hampir sama kualitinya. Tetapi harga yang agak murah atau berpatutan adalah produk yang dikeluarkan oleh syarikat COSWAY.
  Di bawah ini saya sertakan cara untuk membuat pengiraan untuk kita membuat perbandingan harga.
Contoh.
Harga satu botol Sirulina = 21.9
Berapa Tablet =120.
Mg per Tablet = 200
   Harga/ Jumlah mg(120x200
=21.9/24000
=1mg = 0.0009125 sen 

Jadi di sini anda boleh ambil produk dari semua syarikat yang anda ingin kira dan buat perbandingan dengan formula di atas.

No comments: