SELAMAT TAHUN BARU 2015

Thursday, October 28, 2010

MENDAPAT ANAK YANG CERGAS

Sebagai seorang ibu atau bapa, semua orang inginkan anak yang sempurna. Untuk mengelak dari mendapat anak yang agak lembab, selain dari factor  - factor lain seperti ketentuan takdir dan sebagainya. Kita juga perlu ikhtiar.
  Pasangan suami – isteri haruslah mengelak dari makan nasi sejuk (yang disimpan dan  digoreng  atau dipanaskan semula nasi sebelah pagi atau nasi semalaman)
  Jika teringin hendak makan nasi goreng, nasi mestilah dari nasi yang baru dimasak yang masih panas.

Tuesday, October 19, 2010

Kitaran Hidup Manusia

Kejayaan tertinggi bagi seseorang sepanjang hayat.
Ketika baru lahir kejayaan tertinggi adalah boleh bernafas tanpa bantuan.
Umur 1 tahun kejayaan tertinggi adalah berupaya mengingati semua orang di dalam rumah.
Umur 2 tahun kejayaan tertinggi adalah boleh berjalan.
Umur 4 tahun kejayaan tertinggi adalah tidak kencing di tempat tidur.
Umur 15 tahun kejayaan tertinggi adalah mempunyai sahabat handai yang banyak.
Umur 20 tahun kejayaan tertinggi adalah berjaya dalam urusan di atas katil.
Umur 30 tahun kejayaan tertinggi adalah berjaya dalam kerjaya dan mempunyai tahap kewangan yang kukuh.
Umur 50 tahun kejayaan tertinggi adalah berjaya dalam kerjaya dan mempunyai tahap kewangan yang kukuh.
Umur 60 tahun kejayaan tertinggi adalah mempunyai sahabat handai yang banyak.
Umur 65 tahun kejayaan tertinggi adalah berjaya dalam urusan di atas katil.
Umur 70 tahun kejayaan tertinggi adalah tidak kencing di tempat tidur.
Umur 75 tahun kejayaan tertinggi adalah boleh berjalan.
Umur 80 tahun kejayaan tertinggi adalah berupaya mengingati semua orang dalam rumah.
Umur 85 tahun kejayaan tertinggi adalah boleh bernafas tanpa bantuan.

Monday, October 18, 2010

Kesihatan Gigi

 Banyak cara bagi kita untuk menjaga kesihatan gigi. Tapi kali ini saya ingin sentuh tentang satu perkara sahaja. Iaitu berus gigi sebelum tidur. Kalau kita bertanya kerada orang ramai, jika anda diberi masa untuk berus gigi sekali sahaja dalam satu hari. Masa mana anda pilih?. Kebanyakan orang akan terus menjawab tanpa berfikir panjang. Waktu pagi selepas bangun tidur.
  Tetapi adakah anda tahu waktu yang paling penting untuk kita berus gigi adalah pada waktu malam sebelum tidur. Kerana kita makan berbagai makanan dari pagi hingga malam. Sudah pasti ada sisa makanan yang terlekat di celah gigi. Walaupun tidak banyak tapi sudah pasti ada sedikit. Malah selepas berus gigi pun kadang - kadang masih ada lagi sedikit sisa makanan yang terlekat. Inikan pula langsung tidak berus.
  Sisa makanan yang terlekat pada celah gigi ini dan berada di dalam mulut kita sepanjang malam. Apabila kita tutup mulut lama kerana kita tidur, sisa makanan tadi akan menjadi basi. Dan ia bersifat asid. Asid ini akan menghakis permukaan gigi (Enamel). Lama kelamaan gigi kita akan berlubang.
  Jadi seelok - eloknya kita harus memberus gigi sekurang - kurangnya 2 kali sehari iaitu pagi (selepas bangun tidur) dan malam (sebelum tidur).

Sunday, October 17, 2010

Khasiat Rumpai Laut

Sejenis tumbuhan dasar laut yang sangat berkhasiat untuk tubuh manusia. Rumpai laut mempunyai kandungan Iodine yang tinggi. Dimana ia bertugas untuk menghalang tubuh manusia menyerap logam berat yang berbahaya. Juga mengelak kesan dari penyerapan logam - logam berat seperti unsur – unsur plumbum dan sebagainya. Dimana logam logam berat tersebut boleh mengakibatkan kanser darah dan kanser tulang.
Khasiat dari rumpai laut itu juga juga boleh membantu limpa dan hati kita berfungsi dengan sempurna. Membantu untuk mengurangkan sakit - sakit sendi. Dan juga boleh mengelakkan dari jangkitan kuman semasa melakukan hubungan sex.
Memandangkan rumpai laut mengandungi kandungan Sodium yang tinggi ia mungkin memudaratkan pesakit Tekanan darah tinggi. Jadi pengambilan yang terlalu banyak adalah tidak digalakkan.

Limpa - Organ yang membantu penghadaman dan maembersih darah
Hati -  organ besar di dalam badan yang tugasnya mengeluarkan hempedu dan membersih darah.

Wednesday, October 13, 2010

10 Password Bahaya

Berikut adalah 10 password bahaya yang perlu dielak.

1. password
2. 123456
3. qwerty
4. abc123
5. letmein
6. monkey
7. myspace 1
8. password 1
9. blink182
10. Nama anda

Tuesday, October 12, 2010

KEKEJAMAN

Monday, October 11, 2010

Mutiara Kata 01


Selepas ribut langit pasti cerah.

Selepas lalui masalah baru tahu betapa kecilnya masalah itu.

Tidak apa tak menjadi Perdana Menteri, tetapi tidak boleh tidak menjadi manusia yang berguna.

Hanya hari bernilai, tiada semalam atau tiada esok.

Semalam terlalu lewat, esok terlalu awal.

Jangan berharap mendapat kasih sayang dari orang yang anda sayang, kerana tidak semua orang yang anda sayang itu menyayanggi anda.