SELAMAT TAHUN BARU 2015

Monday, October 18, 2010

Kesihatan Gigi

 Banyak cara bagi kita untuk menjaga kesihatan gigi. Tapi kali ini saya ingin sentuh tentang satu perkara sahaja. Iaitu berus gigi sebelum tidur. Kalau kita bertanya kerada orang ramai, jika anda diberi masa untuk berus gigi sekali sahaja dalam satu hari. Masa mana anda pilih?. Kebanyakan orang akan terus menjawab tanpa berfikir panjang. Waktu pagi selepas bangun tidur.
  Tetapi adakah anda tahu waktu yang paling penting untuk kita berus gigi adalah pada waktu malam sebelum tidur. Kerana kita makan berbagai makanan dari pagi hingga malam. Sudah pasti ada sisa makanan yang terlekat di celah gigi. Walaupun tidak banyak tapi sudah pasti ada sedikit. Malah selepas berus gigi pun kadang - kadang masih ada lagi sedikit sisa makanan yang terlekat. Inikan pula langsung tidak berus.
  Sisa makanan yang terlekat pada celah gigi ini dan berada di dalam mulut kita sepanjang malam. Apabila kita tutup mulut lama kerana kita tidur, sisa makanan tadi akan menjadi basi. Dan ia bersifat asid. Asid ini akan menghakis permukaan gigi (Enamel). Lama kelamaan gigi kita akan berlubang.
  Jadi seelok - eloknya kita harus memberus gigi sekurang - kurangnya 2 kali sehari iaitu pagi (selepas bangun tidur) dan malam (sebelum tidur).

No comments: