SELAMAT TAHUN BARU 2015

Sunday, October 10, 2010

SEBAB KEROSAKAN OTAK

Lima faktor penyebab kerosakan otak

1.      Ketegangan atau tress yang disebabkan oleh beberapa factor
·         Terlalu banyak membaca atau belajar ( Melakukan perkara yang tidak disukai secara terpaksa)
·         Kurang bersenam
·         Melihat diri sendiri secara negative
·         Terlalu runsing atau terlalu banyak berfikir benda – benda yang membimbangkan

2.      Otak yang tidak digunakan selalu.Contohnya tidak langsung membaca, tidak langsung cuba untuk menyelesaikan masalah seperti Matematik dan sebagainya.

3.      Kekurangan makanan berkhasiat untuk kebaikan otak.

4.      Berada dalam keadaan marah dan tress yang terlalu lama. Akan membantutkan kecerdasan otak dan boleh merosakkan sel otak.

5.      Mendapat bahan yang boleh merosakkan otak seperti bahan - bahan yang terkandung dalam ubat –ubatan, rokok, dadah, arak dan sebagainya

Inginkan anak yang berkulit cerah atau putih

Apabila anda tahu bahawa anda sudah mengandung, amalkan minum air kacang soya sejak hari pertama anda tahu. Minum sekurang – kurangnya segelas setiap hari di waktu pagi. Ataupun pada bila – bila masa anda suka. Amalkan sehingga  bulan ke sembilan. Dan pada bulan terakhir amalkan minum air kelapa muda sekali seminggu sehingga anda bersalin.
  Selain dari air kacang soya dan air kelapa tadi , anda juga digalakkan makan sayur -  sayuran hijau terutamanya bayam.
   Anda juga tak digalakkan makan makanan berkicap.

Petua mendapat anak lelaki

  Semasa bersama, suami haruslah mengeluarkan air mani dahulu.  Selepas selesai isteri perlu tidur mengiring . Isteri tidur mengiring ke sebelah kanan seberapa lama yang mampu.

Tuesday, October 5, 2010

Bahaya Ubi Kentang Goreng

Ubi kentang goreng merupakan makanan kegemaran muda – mudi masakini. Kebanyakan restoran berjenama dari barat menyediakan menu panas ini.
  Sebenarnya tiada apa – apa keistemewaan pun pada menu ini. Malah makanan tradisi masyarakat kita seperti kuih- muih dan lain – lain makanan tempatan ledih sedap dan berkhasiat. Kerana ubi kantang goreng ini tiada rasa lain selain dari lemak dan masin.
  Ini bukanlah satu dakwaan kosong yang tidak berasas. Tetapi kajian yang terperinci telah dijalankan untuk kebaikan pengguna oleh sebuah organisasi di Thailand. Contoh ubi kentang goreng diambil sebanyak 3 kali dari 30 tempat berasingan pada bulanAugust 2009 sehingga bulan April 2010.   
Dan pada bulan August 2010 sebuah majalah untuk pengguna di Thailand telah mendedahkan keputusan kajian tersebut. Keputusan itu menunjukkan sukatan garam atau Sodium di dalam Ubi kentang goreng adalah sangat tinggi. Boleh mendatangkan bahaya jika terlalu kerap dimakan dalam jangka masa yang lama.
Kajian menyatakan pemakanan ubi kentang yang banyak dan terlalu kerap akan mengakibatkan penambahan penghasilan Kolesterol tidak baik (LDL: Low Density Lipoprotien) dalam darah dan mengurangkan penghasilan Kolesterol baik (HDL : High Density Lipoprotien) dalam darah. Keadaan ini boleh menambahkan risiko untuk mengidap penyakit lemah jantung.
  Untuk ujian asid (Acid Value) pula adalah untuk diuji pada bahan yang digunakan untuk mengoreng ibu kentang itu. Iaitu minyak yang digunakan. Jika kadar asid rendah menunjukkan minyak yang digunakan  berkualiti tinggi dan jika asid yang dikesan adalah tinggi,  menunjukkan minyak yang digunakan berkualiti rendah dan telah digunakan banyak kali.Keputusan menunjukkan ketinggian asid tidak sama. Sampel minyak diambil disesetengah kedai menunjukkan kadar asid dalam minyak berada pada tahap selamat dan ada yang tidak selamat.
  Kajian ini bukan untuk  menghalang kita makan ubi kentang goreng. Cuma jika selalu makan ubi kentang dengan banyak dan terlalu kerap adalah perlu dielakkan. Selalu makan ubi kentang goreng dengan kadar yang banyak juga boleh membahayakan buah pinggang. Kerana ubi kentang goreng mempunyai kandungan Sodium yang tinggi.  Juga menambahkan risiko mengidap penyakit kanser dan tekanan darah tinggi.

Monday, October 4, 2010

Migrain dan Sex

  Jika anda merupakan salah seorang yang mengidap penyakit Migrain anda perlu baca cacatan ini. Hasil kajian dari sebuah Universiti terkemuka di USA menyatakan bahawa orang yang selalu sakit kepala akibat Migrain, menunjukkan 20 peratus mempunyai permintaan sex yang lebih tinggi dari orang yang sakit kepala biasa.
  Ini kerana kehendak sex dan dan Migrain adalah akibat dari enzim Serotonin yang terhasil dalam badan.
  Maka selepas ini jika kekasih atau pasangan anda beritahu  bahawa mereka sakit kepala kerana Migrain, mungkin ada maksud yang tersirat yang ingin diberitahu pada anda.

Sunday, October 3, 2010

Keistimewaan Susu Kambing

Ramai yang tidak tahu apa khasiat susu kambing. Tetapi kegunaan susu kambing sebagai minuman harian bagi segilintir masyarakat Malaysia sejak turun temurun adalah menjadi kebiasaan .
Apakah khasiat susu kambing?
1.      Boleh mencegah penyakit barah dan sakit - sakit sendi.
2.      Dapat mengubati demam kuning, gastrik, insomnia,ulser,asma atau lelah dan juga mengubati penyakit kulit
3.      Mudah dihadamkan kerana kandungan lemak dalam susu kambing mempunyai zarah yang kecil
4.      Mempunyai kandungan Vitamin A yang tinggi juga kaya dengan enzim dan Protein
5.      Selain dari itu khasiat susu kambing juga tidak mudah berubah kualiti walaupun disimpan didalam petisejuk atau dibekukan.

Mengesan Madu Asli

 Seperti yang kita ketahui Madu lebah mempunyai khasiat yang sangat tinggi. Madu lebah yang asli sangat sukar diperolehi. Tetapi terdapat banyak madu tiruan di pasaran.
  Di sini saya ingin berkongsi cara bagaimana kita boleh menguji madu samada asli atau tiruan. Titiskan setitis madu ke atas  surat khabar. Jika titisan madu tersebut tidak merebak atau merekah  maka madu itu adalah asli. Dan madu asli juga tidak akan mengeluarkan buih jika dikacau. Madu asli juga tidak akan terbakar jika dinyalakan.