SELAMAT TAHUN BARU 2015

Monday, March 18, 2013

PERJUMPAAN BUAT KALI TERAKHIR.



Image:Google

  Kita sepatutnya perlu senantiasa bertutur atau bercakap dengan orang yang kita sayang dengan penuh hormat dan penuh kasih sayang.

  Kerana ia mungkin kali terakhir kita bertemu dengan mereka.

  Ini betul-betul terjadi dalam hidup aku. Kali terakhir aku berjumpa dengan ayah aku. Aku agak kurang gembira kerana ayah aku masuk Hospital. Dia pula merungut.. Lebih baik mati dari selalu sakit-sakit. Aku pula terus bersuara. Kenapa cakap begitu.. ?Apa perasaan orang lain apabila mendengar ayat macam tu…? Begitulah soalan kepada ayah aku masa itu..

  Aku bukan marah… Tapi aku tak gembira dengan ayat itu.. Lalu menegur ayah aku…

  Mana tahu selepas itu ayah aku terus masuk bilik ICU. Dan dia terus tak sedarkan diri sampai nafasnya yang  terakhir di dalam bilik ICU..

  Aku kongsi cerita ini. Supaya tidak ada orang mengalami pengalaman yang perit itu seperti aku… Itu pun kalau korang betul – betul sayang orang itu….





2 comments:

Mak Wardah said...

Benar wu ming tqvm for sharing

mama aini said...

ehem WuMing, spt ayah WuMing sudah tahu dia akan pergi !!..semuga kisah ini dpt dijadikan panduan buat semua.. :(