SELAMAT TAHUN BARU 2015

Monday, January 7, 2013

JENAKA YANG PERLU DITANGISI

Image:Google

Ada tak siapa kenal lelaki di dalam gambar di atas?…. Aku tahu… aku tahu… ramai yang tak kenal… atau hampir semua orang tak kenal… Saja laa aku nak tanya sebagai mukadimah….

  Kitano Takeshi… Beliau adalah seorang artis lawak Jepun yang terkenal. Dia juga merupakan seorang pengarah yang berbakat. Malah telah menerima beberapa anugerah antarabangsa.

  Beberapa tahun yang lepas, Ibu beliau telah meninggal dunia. Beliau terpaksa balik ke kampung halaman. Untuk memberi penghormatan yang terakhir kepada ibu beliau. Walaupun Kitano tidak berapa suka pada ibunya. Kerana Ibunya selalu minta wang. Malah Kitano akan dimarahi teruk teruk jika lambat atau tidak kirim wang balik kampung.

  Ibunya juga akan minta jumlah yang lebih banyak apabila ibunya tahu Kitano mendapat banyak peluang untuk mengarah filem. Lebih-lebih lagi jika  ibunya tahu anaknya semakin popular.

  Tetapi apabila sampai sahaja di rumah. Kitano tetap berasa hiba dan terus menangis. Menangis keatas pemergian ibunya buat selama-lamanya. Menangis kerana beliau tidak sempat menjaga ibunya dengan baik. Walaupun hanya seorang ibu yang hanya tahu minta wang darinya.

  Selepas majlis pengkebumia ibunya selesai. Abang Kitano menghulur sebungkus sampul surat pada Kitano. Emaknya pesan agar bungkusan itu haruslah diberi kepada Kitano apabila ibunya meninggal.

  Didalam sampul surat itu terdapat sebuah buku akaun dan sepucuk surat. Sebelum membuka buku itu. Kitano terus membaca surat yang ditulis oleh emaknya.

  “Kitano anakku, di antara anak-anak mak. Kaulah orang yang emak paling bimbang. Sejak kecil lagi. Engkau adalah seorang yang pemalas. Malah tidak pernah mendapat keputusan yang baik di sekolah.  Seorang yang boros. Tidak tahu buat simpanan. Malah seorang yang baik hati. Selalu sahaja belanja kawan-kawan. Walaupun engkau tidak ada wang yang banyak.

  Selepas anak pergi merantau di Bandar. Emak sangat bimbang kamu akan menjadi seorang yang malas dan hidup merempat. Jadi emak selalu minta wang dari kamu agar kamu rajin untuk berusaha dan di dalam masa yang sama, emak dapat tolong buat simpanan untuk kamu.

  Emak simpan semua wang yang kamu kirim pada mak. Mak tidak pernah guna walaupun satu Yen. Abang kamu jaga emak dengan baik disini. Kini wang simpanan kamu dah berjumlah jutaan Yen. Kamu gunalah sebijak yang mungkin. Emak sesalu sayang kamu.

  Selepas membaca surat itu, Kitano terus terduduk di situ sambil lihat wang simpananya yang sangat banyak.

Ibu bererti …. Memberi……Sayangilah ibu korang sebelum terlewat…



6 comments:

CaDLyNN said...

gud story to share with...

Anonymous said...

sedihnye cerita ni :(

mak aku pun selalu buat bnd yang sama.

skuterlady.blogspot.my said...

alahai...

Angah said...

insaf...

Mak Wardah said...

Wuming, anda selalu buat akak berfikir...akak respect kamu..

Anonymous said...

dia ibu.. dan sudah pasti dia tahu apa yg terbaik utk anaknya..

cuma kita kadang2 buta.. :'(