SELAMAT TAHUN BARU 2015

Wednesday, January 2, 2013

AZAM TAHUN BARU






Azam tahun baru…?!!! Biasa laa.. hampir setiap orang akan menetapkan satu azam baru untuk setiap tahun.

  Nama pun “Azam baru”. Mesti laa azam yang baru...Kan?..Kan?.. Tetapi persoalannya. Apa terjadi dengan azam tahun lepas. Dua tahun lepas atau sepuluh tahun yang lepas.

  Adakah kita telah berjaya capai apa yang telah kita tetapkan. Atau azam tinggal cuma azam sahaja.

  Fikir-fikirkan lah…

  Bagi akulah… Setiap hari aku bangun dengan azam aku sendiri setiap hari.. Aku tidak meletak azam aku yang terlalu tinggi untuk aku capai. Juga tidak terlalu rendah sehingga membuat aku menjadi seorang pemalas.

  Tetapi satu azam aku yang aku selalu tetapkan. Malah setiap detik dan saat yang aku sedari. Iaitu aku ingin menjadi seorang anak yang baik. Maklumlah aku dah tak ada ayah. Hanya tinggal seorang Mak sahaja untuk aku bermanja.

  Aku juga ingin menjadi seorang bapak dan seorang suami yang baik.

  Maka dengan ini, segala perbuatan aku akan terkawal. Kerana seorang anak yang baik , kita terpaksa memenuhi pelbagai syarat. Seperti menjadi seorang yang baik, rajin dan sebagainya. Agar tidak membuat perkara yang memalukan ibu bapa. Dan juga sebagainya.




  Sebenarnya, ini adalah pendapat peribadi aku. Mungkin tidak sama dengan orang lain. Aku tidak kisah kalau orang tidak setuju dengan cara aku. Asalkan aku tidak mengganggu orang lain. Juga tidak mempertikaikan impian atau azam orang lain.

 Terima kasih dan SELAMAT TAHUN BARU.



9 comments:

a.R said...

dah boleh join segmen blogwalking saya dah ni..jom la join..!!

Angah said...

Selamat Tahun Baru kawan...

hnahdy said...

selamat tahun baru

Mak Wardah said...

Sangat suka idea n corak pemikiran Wu Ming n yakin anda pasti mencapai azam anda dgn izin Allah

JunAina said...

Aina letak AZAM untuk 5 tahun satu azam sudah tercapai tinggal lagi 3 azam untuk lagi 4 tahun tambah lagi satu azam untuk 5 tahun akan datang.

Unknown said...

selamat tahun baru..
mun xde azam lagi..hoho

ieja amieja said...

setuju!! selamat tahn baru ye..

Anonymous said...

azam 2013 saya adalah utk sambung balik azam tahun2 lepas yg belum tercapai lagi tu.. keh3.. *joking

yang sebenarnyer, sy x pernah ada azam. I just go with the flow je. dan yg pasti sy juga serupa dgn org lain, mahu hidup sy menjadi lebih baik dan baik berbanding sebelumnya..

selamat tahun baru wuming. ^^

mummyrinazone beauty said...

selamat tahun baru wuming=)