SELAMAT TAHUN BARU 2015

Monday, July 23, 2012

PENGALAMAN DI MAHKAMAH


Image:Google

  Tadi aku ada urusan pergi ker Mahkamah… Nak buat surat sumpah untuk satu urusan… Kebetulan waktu itu hampir waktu rehat pukul 12:30.. Jadi di situ tak ada orang… Cuma aku seorang sahaja.
  Aku pun pergi ke kaunter untuk buat urusan. Petugas di kaunter itu pun ambil surat aku untuk buat pengesahan.
  Sambil menunggu , Aku pun duduk di kerusi di depan kaunter itu… Beberapa minit kemudian datang seorang anak gadis memakai baju kurung bersama baju kot di tangan.
  Dia ke kaunter untuk mengajak kawannya keluar rehat. Kerana kawannya sedang buat kerja belum siap. Gadis comel itu pun duduk di kerusi berhampiran dengan aku…
  Dia senyum memandang aku.

WuMing: Tunggu kawan nak keluar rehat ker?

Gadis Itu: Ya…Dia sedang sibuk… tak apa boleh tunggu…

WuMing: Kamu bertugas di sini ker?

Gadis itu: Ya… Saya seorang peguam..

WuMing: Ishhh… Nampak Peguam comel macam ni… teringin pulak nak buat salah..

Gadis Itu: Eh… jangannn… (Sambil tersenyum)

  Nasib baik laa aku ni seorang suami Mithali…. Kalau tidak aku pun nak join mereka keluar ronda-ronda tadi…He..he..he..
  Saja nak cerita… untuk menceriakan hari Isnin… Tapi kisah benar taw…..


* Sebenarnya awek itu bukan lah gedik atau apa-apa... dia baik orangnya.. Cuma aku laa yang lebih-lebih... Bukan apa...saja nak tegur-tegur saja..Boring juga tunggu lama...



6 comments:

sudipVSsenduk said...

no komen...

lamanya tak singgah sini, moga WuMing sekeluarga sihat sejahtera

Eye_nee said...

Berbaju kurung???..kdg2 boleh dipakai oleh yg bukan Islam..kalau melayu dan beragama Islam brgkali keuzuran dan ketidakingatan Ramadan telah bermula...Berprasangka yg baik2 sudah....

Kerabu Jantung said...

La ni susah nak jumpa orang yang peramah macam tu....

sudipVSsenduk said...

WuMing, jangan peguam tu saman u sudah.. hihihi

Maria Menado~ said...

comel sangat lah tu. tu boleh tersasul~ ehee.

WuMing said...

Jangan laa sampai nak saman Dik Non oo...