SELAMAT TAHUN BARU 2015

Thursday, June 14, 2012

AKIBAT TERLEBIH TIDUR


Image:Google

  Sebelum ini aku buat entri tentang BAHAYANYA KURANG TIDUR.. Dimana aku ambik dari forwarded  e-mail. Dan aku kongsi dalam Blog aku dengan cara dan gaya aku.
  Ada pula kawan-kawan yang tanya.. Kalau terlebih tidur macam mana? Hah… Korang ni macam tau-tau saja… Memang soalan ini sangat tepat pada orangnya.. Aku pernah ada pengalaman tentang ini…
  Iaitu ketika aku masih belajar dahulu… Selepas habis kelas.. aku balik mandi dan makan.. Rehat sekejap saja aku terus masuk tidur. Petang bangun mandi, Makan dan rehat sekejap saja aku terus masuk tidur.. Korang percaya tak?  Aku masih lagi tidak puas-puas. Kadang-kadang aku sanggup ponteng kelas semata-mata kerana nak tidur…
  Setelah aku masuk alam alam pekerjaan. Aku pernah terima satu e-mail dari kawan aku. E-mail itu menyatakan bahawa kita akan menjadi ketagih jika kita tidur terlalu banyak. Badan kita sentiasa mengantuk walaupun kita tidur lebih banyak dari aktiviti lain. Malah badan kita akan menjadi lemah.. lesu dan tidak bermaya..
  Perkara ini memang betul-betul sama seperti aku ketika itu. Aku memang rasa seperti itu.. Nasib baik aku jadi macam itu hanya beberapa bulan saja. Tidak seumur hidup.. Kalau tidak… Korang hanya akan jumpa huruf seperti dalam gambar di atas saja apabila masuk dalam Blog aku… Kih..kih..kih..

9 comments:

Onitsuka_hana said...

a'a la kan baru perasan. mesti nak tido walaupun xmengantuk xpecialy dalam pukul 2 hingga 4. huhu

Anisa Hang Tuah said...

tidur itu memang nikmat

Cik Gadis ^^, said...

oh bahayanya terlebih tidur :)

Angah said...

lebih tidur lebih bahaya daripada kurang tidur...ikut lah cara tidur Rasullullah...

Mak Wardah said...

Knowledge yg baik

JunAina said...

Tidur sekadar keperluan untuk kerehatan badan...

pok amai-amai said...

Sy jenis tak ley tido lebih dr waktunye. entahlah...asal kul 7 je, mst mata automatik terbukak. Adehhh!

mama aini said...

ehem..WuMing mama skrg ni landa zzzz tu..ha2x..itulah yg terjadi lepas mama makan ubat..hu2x..

Misz Wati said...

Haha lawak.

Kite lalu cni. Dh follow awk.

Jemput ke

http://miszwati88.blogspot.com/2013/12/jom-jogging-puas-puas.html

Slm blogging. T kasih. (: