SELAMAT TAHUN BARU 2015

Tuesday, May 24, 2011

Hasrat Dengki Dan Cemburu

Pernah tak korang ada perasaan ini?.. Hah..?!!! Tak pernah?!!..Hah….?!! Pernah…..?!! Masing-masing dengan jawapannya. Tapi apa-apa pun diri sendiri saja yang tahu mengenainya. Kita boleh berpura-pura di depan orang. Tapi hakikat adalah hakikat.
  Mengikut kajian yang telah dibuat oleh Prof.Dr.(Tak Bertauliah) WuMing semua orang ada perasaan ini dan pernah mengalaminya. Bezanya adalah sikit atau banyak, kerap atau jarang-jarang. Itu saja. Tak ada langsung?!!!  Aku tak mau jawab disini.
  Perasaan hasrat dengki ini selalunya terjadi apabila kita Nampak orang tepi rumah beli TV baru, Kawan tukar kereta baru, rakan sekerja naik pangkat dan sebagainya. Dan selalunya kepada orang yang kita tak suka atau orang yang kita benci.
  Bagi aku lah kan… kita tak perlu pun ada perasaan ini. Tapi kalau ada pun kita perlu kurangkan dan tak perlu layan sangat perasaan ini. Perasaan ini sentiasa membakar dan membara dalam hati kita. Kerana kita akan jadi marah dan geram apabila timbulnya perasaan ini. Samalah dengan batang mancis yang membakar dirinya sendiri. Betapa panas dan terangnya pun, akhirnya batang mancis itu akan bertukar menjadi arang. Tetap akan dibuang…
  Kalau kita ingin Berjaya, kita sepatutnya berusaha keras atau berjimat –cermat. Bukan dengan lihat kejayaan orang lain dan dengki… Itu kerja orang cetek ilmu.
  Cemburu pula berbeza…. Selalunya  perasaan ini akan kita rasa kepada orang yang kita sayangi, orang yang kita rapat, orang yang kita sanjunggi dan juga orang yang kita cintai.
  Malah, kita akan berasa sedih dan menangis apabila timbulnya perasaan ini. Kita akan murung dan berdiam diri. Kita tidak berani bersuara. Kerana  ia wujud terhadap orang yang kita sayangi.
  Perasaan cemburu ini akan wujud ketika kita lihat atau tahu bahawa orang yang kita sayangi itu lebih rapat atau mesra dengan orang lain. Seperti kekasih kita berbual dengan gadis atau jejaka lain, emak atau ayah kita lebih rapat dengan adik-beradik kita yang lain dan sebagainya.
  Aku pernah terbaca orang berkata… Perasaan cemburu itu perlu untuk menambahkan lagi asam-garam dalam satu-satu percintaan, tetapi cemburu yang membuta tuli hanya mencemarkan alam percintaan itu.
   Apa-apa pun aku berharap, agar pengunjung blog ini dan pembaca setia dapat memikir dengan bijak. Jangan terlalu ikutkan hati dan perasaan. Ini adalah niat baik aku, sebagai balasan kepada jasa korang yang sentiasa menggunjungi blog aku yang tak seberapa ini… Terima kasih…J

15 comments:

Anonymous said...

lumrah hidup..cemburu & dengki sesama sendiri.. harap kita tak mcm tu..tp dulu2 ada gak dengki2 nie...sekarang dah hilang perasaan tu...hidup aman & damai... :)

WuMing said...

Memang smua orang ada... Tapi orang bijak tak terpedaya dengan perasaan ini... kerana ia bagaikan barah dalam hati kita... Langsung tak ada faedahnya... Lebih baik kita berusaha untuk maju... Bukan dengan buang masa lihat orang lain berjaya dan dengki....

sarah mohamad said...

kalau dengki utk kebaikan takpe jugak. contohnya kita dengki dia dapat result tinggi. kita pun pasni usaha lagi nak up daripada dia. yg tu okay. kalau yg lain, tak perlu kot. hiks

Nenek Fasola said...

kena pandai guna akal kawal cemburu dan beragak la kalau nk berdengki.takde faedah.baik usaha tingkatkn diri sdri..kn?

jemput singgah blog nenek http://penglipurlarafasola.blogspot.com kalau nk follow pun buleh! hehe ;)

WuMing said...

@Sarah
Tak pasti pula itu namanya dengki...Ok lah tuu...

@Nenek
Ya lah...betul tuu

Alin said...

untungkan jadi manusia ;P

Nenek Fasola said...

singgah skali lg dan follow ;)

WuMing said...

@Alin
Ada orang tak rasa untung... kerana cinta monyet dengan kera pun boleh bunuh diri..

@Nenek
Ya...sila...sila...Jangan malu jangan segan...TQ

akubukankau said...

cemburu yang positif dalam pelajaran is gud :P

WuMing said...

Kita tukarkan perasaan -ve itu kepada motivasi kepada diri sendiri untuk maju dan bersaing secara sihat....

suha said...

sila dengki2 belog cik suha dan tunjukkan kedengkian anda dengan selalu mengkomen di sana..nnti cik suha pon akn terasa dengki gak hahaha

WuMing said...

@Suha
Tak dengki pun dah lawat dan komen selalu dah....

Raihanah said...

biasalah tu kan..manusia..tiada yg sempurna..
jgn smpi tmbul pergaduhan disebabkan kedengkian dan kecemburuan sudah la.. :)

WuMing said...

@Rye..
Betul... tetapi orang dengki selalunya dia simpan dalam hati saja... Lepas tu makan dirinya sendiri...Tak ada faedah langsung...

Raihanah said...

tulah pasal..bahaya betul sifat dengki ni. kena berdoa selalu agar Allah buang sifat dengki dalam diri kita..