Parking atau di bahasa Malaysiakan “parkir”. Memang banyak orang tension pasal parking ni. Aku taklah sampai tahap tension. Sebab aku dah mangli atau dah biasa dah dengan keadaan ini. Banyak bangunan menyediakan pelbagai perkhidmatan. Tetapi tak cukup tempat parking. Seperti kedai makan, pusat membeli belah, Hospital dan sebagainya.
Di Ipoh contohnya. Dalam pusat Bandar. Banyak kedai makan. Tapi tak da tempat parking(selalu penuh). Di Penang pun sama. Kedai nasi kandar orang beratur berjela-jela. Tapi sekeliling tu kalau nak cari pempat parking kosong, Minta maaflah bang.
Di Hospital Kangar lagi teruk. Sepanjang jalan depan Hospital ada orang parking. Tempat parking dalam perkarangan Hospital memang susah nak cari. Kalau you all nak parking kat dalam juga, betul-betul kena nasib baik. Ataupun masuk seawal 6 pagi.
Aku rasa sama juga keadaan ini di Bandar-bandar besar yang lain. Sebab aku jumpa keadaan yang sama setiap tempat yang aku pergi. Seperti Shah Alam, Kuala lumpur, Ipoh, Penang, Sungai Petani, Alor Setar dan Kangar. Maksud aku tempat tumpuan orang lah. Kalau tempat “Jin” beriadah tuu.. jangan sebut lah… Aku pun tak pergi…
Tetapi yang aku betul-betul tak tahan adalah orang yang tak tahu berfikir. Mereka parking ikut suka hempedu mereka sahaja. Buat macamlah dalam dunia ini mereka sahaja yang pakai kereta. Parking ikut dan saja. Kalau tempat itu banyak tempat parking kosong aku tak lah kisah sangat. Tapi di situ tempat parkingnya terhad. Orang pula ramai. Aku melilau cari, dah setengah jam tak ada. Kerja nak kena buat. Ni yang buat aku tension ni… Cuba tengok gambar kat atas tu. Aku ambik dengan Phone saja.Tak berapa cantik… Tapi you all boleh lah tengok dan nilai sendiri mentality pemandunya…...
1 comment:
Saya setuju..
Post a Comment