Hujan…hujan…hujan….Hari ini dari pagi sampai lah sekarang ini. Hujan… Boring betul lah. Memanglah aku duduk main internet saja kat dalam ofis… Tapi boring juga bila nak keluar tengok hujan saja memanjang.
Tiba-tiba….Teringat pula satu pepatah Mat Saleh yang berbunyi “ Life Isn’t About Waiting For The Storm To Pass, It’s About Learning To Dance In The Rain”. Bagus maksud ayat ini. Kadang-kadang bila hidup kita dilanda ribut kehidupan. Ia banyak membantu. Walau kita sedang menghadapi masalah tapi kita tetap akan cool bila kita teringatkan ayat ini.
Bila difikirkan, bukan kita saja yang pernah menghadapi masalah. Malah semua orang pernah dilanda masalah. Bezanya besar atau kecil masalah itu. Dan bagaimana setiap orang itu menghadapi masalah itu sahaja. Bergantung pula kepada kebijaksanaan masing-masing. Ada orang yang menggunakan pengalaman hidup masing-masing untuk menyelesaikannya.
Tetapi kita harus ingat bahawa panic dan takut yang melampau tidak membantu langsung. Kita tetap kena tenang ketika dilanda masalah… Dan setiap masalah itu tetap akan datang dan pergi… Bagai juga air hujan yang sedang turun…
Kalau sekarang aku keluar belajar menari dalam hujan, syok juga ni… Boleh masuk Showdown 2012. Tapi takut pula….. nanti orang tangkap aku masuk Hospital Bahagia dulu…. Aargh.. kensel laahhh..
1 comment:
dah lama tak datang sini....=D
Post a Comment