SELAMAT TAHUN BARU 2015

Wednesday, April 13, 2011

Facebook

Jenis manusia dalam FACEBOOK

  Hai….orang lain berbincang tentang FACEBOOK. Aku pun nak cakap tentang FACEBOOK juga lah. Biasalah trend masa kini.  Saja nak share kat sini dan aku olah ikut cara aku..

1.      FACEBOOK  golongan pertama, adalah golongan yang frust menonggeng atau mat dan minah jiwa. Golongan ini akan post isi liver atau hati mereka berjela-jela dan meleret-leret. Mereka akan lesap dari dunia FACEBOOK apabila mereka dapat laki atau bini baru. Mungkin mereka akan tukar masuk ke golongan kedua pula.
2.      Golongan angau. Faham-faham sajalah golongan ini. Asyik post gambar mereka keluar bersama. Gambar mereka makan(selalunya minum sahaja) di restoran-restoran makanan segera. Selalunya post-post mereka dalam FACEBOOK akan jawab menjawab antara satu sama lain.Orang lain jarang masuk campur.
3.      Golongan DJ. Mereka ini merupakan DJ tidak bergaji atau sukarelawan DJ. Mereka akan selalu post lagu, video clip. Kalau lagu sempoi tak pa lah. Ini lagu ikut kepala mereka lah…..Mereka jarang layan orang lain. Tak komen sapa-sapa dan juga tak jawab komen sapa-sapa…..Nasiblah
4.      Golongan yang perasan model. Hah… golongan ini anda sendiri dah boleh agakdah.  Aku tambah sikit saja. Mereka pasti akan post gambar dalam FACEBOOK hanya gambar yang cun saja tau. Yang muka berminyak boleh goreng ikan masin.. comfirm tak post punya.
5.      Golongan gila awek atau pak we cun. Golongan ni  sempoi jugak… Aku pernah buat juga dulu… Skarang dah padam dah akaun tu…. Tak syok pun… Mereka tak kira kenal atau tak kenal. Asalkan muka cun. Mereka akan add. Nak jadi kawan… Lepas tu mulalah nak hantar personal message. Nak kenal laa, nak apa laa… Nasiblah siapa yang terjerat…
6.      Golongan reporter… Mereka akan selalu buat laporan… Tak kisah mereka buat apa. Mereka akan lapor dalam FACEBOOK. Tak kisahlah katau setakat makan apa, jalan ker mana. Boleh juga kita tengok gambar lawa-lawa. Ini kalau masuk toilet 5 kali pun nak lapor dalam FACEBOOK.. Apa kessssss…..
7.      Golongan GAME addict. Hah… ni yang letih ni… mereka suka main game kat FACEBOOK tu. Lepas tu mereka add kita. Ajak kita main sekali. Malas nak ignore dah… kerap sangat. Kita bukan ada masa banyak sangat nak main game kat FACEBOOK ni…..
8.      Golongan kuiz maniac. Mereka selalu post carta-carta yang memerlukan orang menjawab. Dalam wall FACEBOOK aku kurang golongan ini. Boleh dikatakan tiada langsung. Ini juga termasuk survey-survey yang boleh meramal sikap, masa depan dan sebagainya.
9.      Golongan missing in action. Golongan ini agak misteri. Sebenarnya mereka akan buka akaun lepas tu tak update apa-apa. Soal tidak, jawab pun tidak.
 Sebenarnya list golongan FACEBOOK ini bukan aku yang buat survey. Aku baca dari mail box aku. Cuma tajuk nya saja aku ambik. Isinya aku cerita ikut pengalaman aku sendiri.


Photo from:http://www.google.com.my/imglanding?q=facebook&hl=en&biw=1276&bih=567&gbv=2&tbm=isch&tbnid=j9GkZEHrSzcgaM:&imgrefurl=http://www.india365.org/how-to-increase-facebook-friends/&imgurl=http://www.india365.org/wp-content/uploads/2010/03/facebook.jpg&w=512&h=294&ei=OlCmTYqKCs6qrAeEte3jCQ&zoom=1

2 comments:

Anonymous said...

dan jugak golongan yg bnyak masa free. time kasih. (:

WuMing said...

Cik Gee ni golongan mana agaknya...:)