Seorang lelaki muda berusia 25 tahun sangat runsing dengan berat badannya. Suatu hari, atas nasihat dari kawan – kawannya. Dia pergi ke satu pusat kecerdasan untuk mendapat nasihat cara untuk mengurangkan berat badan.
Wakil dari syarikat itu beritahu pemuda itu bahawa mereka ada 3 pakej yang menarik.
1. Kurangkan berat badan dalam masa 1 hari sebanyak 5Kg
2. Kurangkan berat badan dalam masa 1 hari sebanyak 10Kg
3. Dan akhir sekali ialah kurangkan berat badan sebanyak 30 Kg dalam satu hari.
Pemuda itu berfikir sebentar dan dia pun bersetuju untuk mencuba pakej yang pertama.
Seperti yang telah dijanjikan, pemuda itu pun ke pusat kecerdasan itu pada keesokan hari. Dia diarah untuk masuk ke dalam satu dewan yang agak besar dan tunggu. Dalam dewan itu hanya ada satu pintu sahaja. Setelah 3-5 minit dia menunggu, datang seorang gadis yang berusia 19 tahun yang memakai pakaian yang sangat menghairahkan. Gadis itu memberi surat dan terus berjalan jauh sedikit dari pemuda itu.
Surat itu berbunyi, “ Saya akan jadi milik awak jika awak dapat menangkap saya”.
Apabila pemuda itu habis membaca, dia terus mengejar gadis itu. Setelah setengah jam dia mengejar dengan penuh semangat, dia pun mengalah.
Lima hari selepas itu pemuda itu pergi sekali kagi ke pusat kecerdasan itu. Kali ini dia ingin mencuba pakej yang ke dua. Setelah buat timbangan dan mendapati berat badannya telah kurang sebanyak 5Kg dia pun seperti biasa pergi tunggu di dalam dewan.
Selepas lima minit datang seorang gadis yang sangat cantik. Gadis itu hanya memakai pakaian dalam sahaja dan kasut sukan. Gadis itu memberi sepucuk surat pada pemuda itu dan beredar jauh sedikit dari pemuda itu.
Surat itu berbunyi, “Saya akan menjadi milik kamu jika kamu berjaya menangkap saya”. Apabila habis membaca, pemuda itu pun terus mengejar gadis jelita itu. Setelah 1 jam pemuda itu mengejar, tetapi dia tidak berjaya, dia pun berhenti.
Lima hari selepas itu, pemuda itu pergi ke pusat kesihatan itu lagi. Dia menjadi semakin ramping. Wakil dari pusat kecerdasan itu pun bawa pemuda itu pergi timbang dan memdapati beratnya telah berkurangan sebanyak 9Kg. Pemuda itu sangat gembira dan dia beritahu wakil pusat itu bahawa dia ingin mencuba pakej yang ke tiga pula…
Wakil pusat itu agak perperanjat lalu bertanya, “ Betul ker kamu hendak mencuba pakej yang ke tiga ini? Pakej ini merupakan pakej yang sangat intensif dari syarikat kami.” “Ya, saya sangat pasti dan saya dah tak boleh sabar nak melakukannya sekarang” Jawab pemuda itu.
Setelah buat perjanjian dengan pihak pusat kesihatan, pemuda itu terus pergi tunggu di dalam dewan itu.
Selepas lima minit, datang 3 orang wanita yang sangat besar dan kelihatan sangat sihat bersama sepucuk surat.
Surat itu berbunyi “ Jika kami bertiga dapat tangkap awak, awak akan menjadi milik kami…..”
No comments:
Post a Comment