![]() |
| Image:Google Mana singa nii... Tak nampak puuunnnn!!!!!................... |
SELAMAT TAHUN BARU 2015
Monday, February 4, 2013
Friday, January 11, 2013
JANGAN TERPERANGKAP
![]() |
| Image:Google |
Hanya beberapa kata-kata kesat dari mulut
orang bodoh. Buat kita hilang arah. Hilang pedoman. Marah sampai tidak tentu
arah. Susah hati sehingga tidur tak lena.
Ambil kisah sehingga sanggup bergaduh.
Sanggup membunuh. Tindakan yang boleh merugikan diri sendiri. Ditangkap dan di
penjara sehingga merana seumur hidup.
Inilah kisah pelik yang benar-benar berlaku
pada makhluk yang menggelarkan diri mereka manusia atau haiwan yang paling
bijak dan mulia..
Perlu difikirkan semula…….
Wednesday, January 9, 2013
Monday, January 7, 2013
JENAKA YANG PERLU DITANGISI
![]() |
| Image:Google |
Ada tak siapa
kenal lelaki di dalam gambar di atas?…. Aku tahu… aku tahu… ramai yang tak
kenal… atau hampir semua orang tak kenal… Saja laa aku nak tanya sebagai
mukadimah….
Kitano Takeshi… Beliau adalah seorang
artis lawak Jepun yang terkenal. Dia juga merupakan seorang pengarah yang
berbakat. Malah telah menerima beberapa anugerah antarabangsa.
Beberapa tahun yang lepas, Ibu beliau telah
meninggal dunia. Beliau terpaksa balik ke kampung halaman. Untuk memberi
penghormatan yang terakhir kepada ibu beliau. Walaupun Kitano tidak berapa suka
pada ibunya. Kerana Ibunya selalu minta wang. Malah Kitano akan dimarahi teruk
teruk jika lambat atau tidak kirim wang balik kampung.
Ibunya juga akan minta jumlah yang lebih
banyak apabila ibunya tahu Kitano mendapat banyak peluang untuk mengarah filem.
Lebih-lebih lagi jika ibunya tahu
anaknya semakin popular.
Tetapi apabila sampai sahaja di rumah. Kitano
tetap berasa hiba dan terus menangis. Menangis keatas pemergian ibunya buat
selama-lamanya. Menangis kerana beliau tidak sempat menjaga ibunya dengan baik.
Walaupun hanya seorang ibu yang hanya tahu minta wang darinya.
Selepas majlis pengkebumia ibunya selesai.
Abang Kitano menghulur sebungkus sampul surat pada Kitano. Emaknya pesan agar
bungkusan itu haruslah diberi kepada Kitano apabila ibunya meninggal.
Didalam sampul surat itu terdapat sebuah buku
akaun dan sepucuk surat. Sebelum membuka buku itu. Kitano terus membaca surat
yang ditulis oleh emaknya.
“Kitano anakku, di antara anak-anak mak.
Kaulah orang yang emak paling bimbang. Sejak kecil lagi. Engkau adalah seorang
yang pemalas. Malah tidak pernah mendapat keputusan yang baik di sekolah. Seorang yang boros. Tidak tahu buat simpanan.
Malah seorang yang baik hati. Selalu sahaja belanja kawan-kawan. Walaupun
engkau tidak ada wang yang banyak.
Selepas anak pergi merantau di Bandar. Emak
sangat bimbang kamu akan menjadi seorang yang malas dan hidup merempat. Jadi
emak selalu minta wang dari kamu agar kamu rajin untuk berusaha dan di dalam
masa yang sama, emak dapat tolong buat simpanan untuk kamu.
Emak simpan semua wang yang kamu kirim pada
mak. Mak tidak pernah guna walaupun satu Yen. Abang kamu jaga emak dengan baik
disini. Kini wang simpanan kamu dah berjumlah jutaan Yen. Kamu gunalah sebijak
yang mungkin. Emak sesalu sayang kamu.
Selepas membaca surat itu, Kitano terus
terduduk di situ sambil lihat wang simpananya yang sangat banyak.
Ibu bererti
…. Memberi……Sayangilah ibu korang sebelum terlewat…
Friday, January 4, 2013
SEGALANYA TIDAK BERKEKALAN
![]() |
| Image:Google |
Manusia akan
menjadi alpa dan riak apabila mempunyai rupa dan paras yang sempurna. Malah ada
yang sanggup menghina sesama manusia. Hanya kerana rupa paras orang lain tidak setanding
mereka.
Ada pula yang sanggup memperdagangkan tubuh
mereka. Kerana mereka sedar diri mereka cantik dan rupawan.
Tetapi adakah mereka sedari… Inilah rupa
mereka setelah mereka kehilangan nyawa…
Adakah mereka sedar… bukan semua semua bunga
itu akan layu setelah ia mekar. Bukan semua daun akan gugur hanya setelah ia
tua.
Wednesday, January 2, 2013
AZAM TAHUN BARU
Azam tahun
baru…?!!! Biasa laa.. hampir setiap orang akan menetapkan satu azam baru untuk
setiap tahun.
Nama pun “Azam baru”. Mesti laa azam yang
baru...Kan?..Kan?.. Tetapi persoalannya. Apa terjadi dengan azam tahun lepas. Dua tahun lepas
atau sepuluh tahun yang lepas.
Adakah kita telah berjaya capai apa yang telah kita tetapkan. Atau azam tinggal cuma azam sahaja.
Fikir-fikirkan lah…
Bagi akulah… Setiap hari aku bangun dengan
azam aku sendiri setiap hari.. Aku tidak meletak azam aku yang terlalu tinggi
untuk aku capai. Juga tidak terlalu rendah sehingga membuat aku menjadi seorang
pemalas.
Tetapi satu azam aku yang aku selalu
tetapkan. Malah setiap detik dan saat yang aku sedari. Iaitu aku ingin menjadi
seorang anak yang baik. Maklumlah aku dah tak ada ayah. Hanya tinggal seorang
Mak sahaja untuk aku bermanja.
Aku juga ingin menjadi seorang bapak dan
seorang suami yang baik.
Maka dengan ini, segala perbuatan aku akan
terkawal. Kerana seorang anak yang baik , kita terpaksa memenuhi pelbagai
syarat. Seperti menjadi seorang yang baik, rajin dan sebagainya. Agar tidak
membuat perkara yang memalukan ibu bapa. Dan juga sebagainya.
Terima kasih dan SELAMAT TAHUN BARU.
Subscribe to:
Posts (Atom)







