SELAMAT TAHUN BARU 2015
Monday, March 18, 2013
PERBUATAN
PERJUMPAAN BUAT KALI TERAKHIR.
![]() |
Image:Google |
Kita sepatutnya perlu senantiasa bertutur
atau bercakap dengan orang yang kita sayang dengan penuh hormat dan penuh kasih
sayang.
Kerana ia mungkin kali terakhir kita bertemu
dengan mereka.
Ini betul-betul terjadi dalam hidup aku. Kali
terakhir aku berjumpa dengan ayah aku. Aku agak kurang gembira kerana ayah aku
masuk Hospital. Dia pula merungut.. Lebih baik mati dari selalu sakit-sakit.
Aku pula terus bersuara. Kenapa cakap begitu.. ?Apa perasaan orang lain apabila
mendengar ayat macam tu…? Begitulah soalan kepada ayah aku masa itu..
Aku bukan marah… Tapi aku tak gembira dengan
ayat itu.. Lalu menegur ayah aku…
Mana tahu selepas itu ayah aku terus masuk
bilik ICU. Dan dia terus tak sedarkan diri sampai nafasnya yang terakhir di dalam bilik ICU..
Aku kongsi cerita ini. Supaya tidak ada orang
mengalami pengalaman yang perit itu seperti aku… Itu pun kalau korang betul –
betul sayang orang itu….
Subscribe to:
Posts (Atom)