 |
Image:Google |
Ada tak siapa
kenal lelaki di dalam gambar di atas?…. Aku tahu… aku tahu… ramai yang tak
kenal… atau hampir semua orang tak kenal… Saja laa aku nak tanya sebagai
mukadimah….
Kitano Takeshi… Beliau adalah seorang
artis lawak Jepun yang terkenal. Dia juga merupakan seorang pengarah yang
berbakat. Malah telah menerima beberapa anugerah antarabangsa.
Beberapa tahun yang lepas, Ibu beliau telah
meninggal dunia. Beliau terpaksa balik ke kampung halaman. Untuk memberi
penghormatan yang terakhir kepada ibu beliau. Walaupun Kitano tidak berapa suka
pada ibunya. Kerana Ibunya selalu minta wang. Malah Kitano akan dimarahi teruk
teruk jika lambat atau tidak kirim wang balik kampung.
Ibunya juga akan minta jumlah yang lebih
banyak apabila ibunya tahu Kitano mendapat banyak peluang untuk mengarah filem.
Lebih-lebih lagi jika ibunya tahu
anaknya semakin popular.
Tetapi apabila sampai sahaja di rumah. Kitano
tetap berasa hiba dan terus menangis. Menangis keatas pemergian ibunya buat
selama-lamanya. Menangis kerana beliau tidak sempat menjaga ibunya dengan baik.
Walaupun hanya seorang ibu yang hanya tahu minta wang darinya.
Selepas majlis pengkebumia ibunya selesai.
Abang Kitano menghulur sebungkus sampul surat pada Kitano. Emaknya pesan agar
bungkusan itu haruslah diberi kepada Kitano apabila ibunya meninggal.
Didalam sampul surat itu terdapat sebuah buku
akaun dan sepucuk surat. Sebelum membuka buku itu. Kitano terus membaca surat
yang ditulis oleh emaknya.
“Kitano anakku, di antara anak-anak mak.
Kaulah orang yang emak paling bimbang. Sejak kecil lagi. Engkau adalah seorang
yang pemalas. Malah tidak pernah mendapat keputusan yang baik di sekolah. Seorang yang boros. Tidak tahu buat simpanan.
Malah seorang yang baik hati. Selalu sahaja belanja kawan-kawan. Walaupun
engkau tidak ada wang yang banyak.
Selepas anak pergi merantau di Bandar. Emak
sangat bimbang kamu akan menjadi seorang yang malas dan hidup merempat. Jadi
emak selalu minta wang dari kamu agar kamu rajin untuk berusaha dan di dalam
masa yang sama, emak dapat tolong buat simpanan untuk kamu.
Emak simpan semua wang yang kamu kirim pada
mak. Mak tidak pernah guna walaupun satu Yen. Abang kamu jaga emak dengan baik
disini. Kini wang simpanan kamu dah berjumlah jutaan Yen. Kamu gunalah sebijak
yang mungkin. Emak sesalu sayang kamu.
Selepas membaca surat itu, Kitano terus
terduduk di situ sambil lihat wang simpananya yang sangat banyak.
Ibu bererti
…. Memberi……Sayangilah ibu korang sebelum terlewat…