Image:Google |
Ramai orang menghadapi masalah ini. Iaitu
kulit muka berjerawat. Dah banyak sabun pencuci muka dah dicuba. Tetapi tidak
berkesan. Wang ringgit dah banyak kehabisan. Tetapi kulit muka masih juga
seperti dahulu….
Sini aku ada satu cara lagi untuk korang
cuba. Modal tak banyak. Korang masuk dapur dan curi sebiji telur dari peti
sejuk mak korang (mencuri adalah satu amalan yang tidak baik).
Langkah pertama, korang cuci muka bagi
bersih. Lap sehingga kering. Ambil kapas dan celup dalam telur putih. Sapu di
muka bagi rata. Kecuali di bahagian mata dan mulut.
Biar sehingga telur itu kering. Lepas itu
buang telur kering itu dari muka korang seperti mask. Amalkan selalu. Korang
akan dapat kulit muka yang cantik dan sihat..
Selamat mencuba…….
2 comments:
tiba2 jerawat timbul. bukan satu tapi 2 3 gak.. mungkin sebab tension kot.. tension tu salah 1 faktor naik jarawat kn..
ehem..anak mama tu selalu je ada jerawat..thanks WuMing nanti beritahu dia petua ni tau !!!.. :)
Post a Comment