SELAMAT TAHUN BARU 2015

Tuesday, October 2, 2012

TELUR PUTIH UBATI JERAWAT




Image:Google
 Ramai orang menghadapi masalah ini. Iaitu kulit muka berjerawat. Dah banyak sabun pencuci muka dah dicuba. Tetapi tidak berkesan. Wang ringgit dah banyak kehabisan. Tetapi kulit muka masih juga seperti dahulu….
  Sini aku ada satu cara lagi untuk korang cuba. Modal tak banyak. Korang masuk dapur dan curi sebiji telur dari peti sejuk mak korang (mencuri adalah satu amalan yang tidak baik).
  Langkah pertama, korang cuci muka bagi bersih. Lap sehingga kering. Ambil kapas dan celup dalam telur putih. Sapu di muka bagi rata. Kecuali di bahagian mata dan mulut.
  Biar sehingga telur itu kering. Lepas itu buang telur kering itu dari muka korang seperti mask. Amalkan selalu. Korang akan dapat kulit muka yang cantik dan sihat..

  Selamat mencuba…….