Image:Google |
Semalam aku
layan satu filem seram dari Thailand. Ia mengisahkan kes gugurkan anak yang
berleluasa di Thailand.
Ia mengisahkan
hantu bayi yang datang membalas dendam terhadap mereka yang terlibat.
Kerana
pergaulan yang terlalu bebas di kalangan pelajar di pusat-pusat pengajian
tinggi di Thailand. Maka banyaklah kes-kes seperti ini. Mereka telah terjebak
dan melakukan perbuatan yang terlarang ini.
Apabila dah
mengandung. Biasa laa… Jantan yang melakukan itu mesti tak mahu mengaku. Dengan
alasan belum bersedia… Tetapi semasa nak melakukan perbuatan terkutuk itu
mereka bersedia pulak.
Juga
jantan-jantan yang dah berumah tangga. Apabila perempuan simpanan mereka
mengandung. Dengan senang saja mereka suruh gugurkan kandungan itu. Juga dengan
alasan yang lebih kurang sama.
Sedih aku
tengok cerita ini(bukan seram). Apa nak jadi dengan generasi akan datang.
Manusia semakin tidak bertanggung jawab. Senang saja nak membunuh.
Bagi adik-adik
perempuan yang sedang membaca entri ini. Aku berharap korang jangan mudah terpedaya
dengan helah jantan-jantan ini. Mereka hanya seronok dan pandai buat saja. Tapi
mereka akan menghilangkan diri bila dah ada masalah.
Ikhlas dari
WuMing.
21 comments:
kt sbgai perempuan kena berhati-hati dengan ayat manis jantan..
Insaallah..mudah-mudahan d jauhkan dr segala larangan Allah..amin
hero lelaki itew mmg selalu berlakon cherita hantu ekk
last week pow my heroes tgk citer hantu siam dia gak berlakon...ai mmg x boley tgk citer hantu takutttttttttttt
moga dijauhkan dr cik suha (^_^)
kat malaysia ni pun bnyk kes mcm tu kan,beringat-ingat la
citer hantu thailand memang terbaik... menarik gak sipnosis citer nie..nak cari cd gak laaa
Walaupun berpelajaran tinggi, tidak bermakna manusia bijak menggunakan akal. Adakalanya tewas juga dengan nafsu. :(
mcm seram je crite ni......nasihat yg sememangnye ikhlas dari Wuming
hehe dari cara WuMing tulis, daripada cite seram, jadi cite sedih lak. hehe
kalo anak2 yg kna buang kt msia ni jd antu..grenti yg buang ank tu jd gila..xla nak bt bnda tkutuk lg..
nk tgk citer antu, kena ada teman :)
taw tape...kt M'sia pon gejala buang bayi,gugurkn kndungan da jd bnd biase...cdey la...bayi yg ta b'dosa jd mgsa...
Itu mmg Project Manager yan tak berguna tu
Petai Gergasi
kalau ada antu baby yg sudi cekik n teperanjatkan mereka yg buang baby sampai lumpuh pon bagus..
erm...btul.. sedih ngan gejala pmbuanagn bayi ni.. setiap hari ada je kes pmbuangan
same2 miang la kan wuming,,laga kepala baru taw! huh
saya lagi nak bby...diorg senang2 je buang2....sedih betul...
Bila perempuan mengandung, lelaki tak nak bertanggungjwb. Tp bila nak buat, tak bersedia pun sediakan diri gak. Adehhh!
Part yg Wu Ming tulis psl sedia tak sedia tu mmg kelakar!
citer hantu thailand banyak betol seram2..mmg menakutkan..harap2 jijah di jauhkan dr malapetaka ni..
apa-apa pun kena pandai jaga diri
tu la kes kes cenggini semakin berleluasa zaman skrg ni. nauzubillahiminzalik.
tak berani nak tgk hantu thailand. seram sangat kowt.
Post a Comment