Image:Google |
Ada siapa takut
hantu tak di sini? Tak ada… ok laa tuu.. Dalam hidup aku, aku jumpa seorang
yang paling takut hantu. Dalam rumah sendiri(tingkat atas) di siang hari pun
tak berani masuk seorang diri. Orang itu tak lain dan tak bukan. Kakak aku sendiri.
Ok… masuk tajuk
kita. Aku nak cerita sikit tentang pengalaman aku… Masa itu aku di kampung. Aku
baru saja berusia 17 tahun kot masa itu. Lepas SPM. Sementara aku tunggu
result. Aku bekerja laa di sebuah restoran fast food. Korang mesti tau laa
kan.. Kerja fast food ini mesti kena balik kerja lewat malam.
Kebetulan jalan
nak masuk kampung aku agak gelap. Dalam 2 KM nak sampai rumah aku pula, aku
terpaksa lalu tanah perkuburan. Tanah perkuburan ini pula penuh dengan semak.
Penuh dengan pokok-pokok besar. Ramai pula orang kampung cerita, mereka nampak
macam-macam apabila melalui kawasan ini
di waktu malam.
Hari pertama
aku kerja shift petang. Aku habis kerja pukul 2330. Keluar minum dengan kawan-kawan
lagi. Sementara nak sampai di kawasan tanah kubur itu dah pukul 1 pagi.
Malam pertama
aku lalu di situ aku rasa semacam saja. Aku tak pasti perasaan itu. Aku balik
fikir sepanjang malam. Adakah aku takut? Adakah aku tak takut? Apakah perasaan
itu?
Aku bernekad
untuk find out apakah perasaan itu. Jadi pada malam ke 2 seperti biasa habis
kerja kami pergi lepak dulu sambil minum teh tarik. Kawan pula cerita pasal
hantu. Mereka dah tahu apa yang akan aku lalui. Tapi mereka tak tahu apa yang
aku nak buat malam itu.
Hampir pukul 1
pagi aku pun minta diri. Dalam hati aku tak fikir apa-apa. Aku hanya fikir
tentang apa yang akan aku lakukan saja nanti. Sampai di kawasan perkuburan itu
dah pukul 0130 pagi. Suasana sangat gelap. Tidak ada langsung cahaya. Hanya
cahaya dari motor aku sahaja.
Betul-betul di
tengah jalan di depan tanah perkuburan itu aku pun berhenti. Bila aku off
switch motor aku. Gelap… tak nampak apa langsung. Aku tak jalan jauh dari
motor. Takut cari motor tak jumpa. Bila aku diam. Juga tak dengar apa langsung.
Aku relax lebih kurang 5 minit…
Bila dah
tenangkan fikiran, aku pun toleh ke arah kebun getah bersebelahan dengan tanah
perkuburan dan berdiri kencing di situ. Sebab aku tahu selagi tak selesai,
apa-apa bunyi pun aku tak boleh lari. Dalam fikiran aku, aku cuba fikir benda
macam-macam seperti hantu yang putus kepala, keluarkan lidah panjang-panjang,
tinggi lampai dan macam-macam lagi..
Aku ulangi
aktiviti itu setiap kali aku kerja malam. Sampai kak aku kata aku gila. Aku
sengaja cerita kat dia supaya dia kuat semangat macam aku. Tapi dia kata kalau
orang bagi duit berjuta pun dia tak mau…
Di sini bukan
aku nak berlagak… Tapi Cuma aku nak buktikan pada orang kampung dan kak aku
bahawa kita tak perlu takut… Ia cuma perasaan kita saja. Kita takut pada
kegelapan sebenarnya.
26 comments:
stuju2..
yg xmerasainya,akn pkir mcm2..
bila dh rasa,tau la mcm mane..
huhu.. hantu ni kalau tanya kat budak2 baru blh berckp pun diorg akan takut kan.. sbb imaginasi kita terhadap hantu terlalu tinggi.. :)
Hahahah law aq lom trun dr moto aq da pengsan..bkn tkut p segan hahaha..
memang berani,saya pun pernah jumpa sorang yang takutnyer ntah apa2 tak lain tak bukan mak sedara saya hehehe
eerr..nsib bek tak leh nampak hantu..kalo tak, tak tenang idup.huhu.
mcm aku yg pnah nmpk ni mmg cuak jugak la
x sanggup nak tgk kali ke-2 ><
hantu segan nak datang kat ko sebab ko tgh kencing...hahahaha
Sebenarnya bukan tak takut langsung... Cuma tak laa takut tak tentu pasal...
eee...tak beranilah wuming..takuttt...
aku ni penakut gila macam kakak ko. kalu malam malam nak turun minum air kat dapur pon aku takut. nak kuar ke bilik air sebelah pintu bilik pun berani berani takut.
siyes beb ko buat bende tu. hhhmmm...memeng salute. kalau aku jadi ko aku bemalam je kat umah memeber aku.
aku pun penakut..kdg2 fkir bodo jga..tp siang aku brani..bila malam ja aku jd ayam..
wah bagus nye wuming..betul2 kite takut akan kegelapan sebenarnye,dan juga sbb perasaan sendiri yg suke pk bukan2 :)
Kite dr kecik dah dihidangkan dgn cerita2 tentang hantu bile dikaitkan dgn kegelapan malam....
..walau mcm ne pun, sy tak berani bt mcm Wu Ming tu..Hehehehe...
bila dlm kegelapan..mulalah kita pikir mcm2..ms tu lah berbagai perasaan timbul kan..
wlau ape pun ko ckp aku tetap takot antu. haha
tertiba jer tegak bulu roma..masih buat tak tau..bila bulu roma tegak tak turun turun, pasti dkna cabut lari....hahahahaaa
ekk tu cute macam tukang buat nye kan. kan.
saya seorang yang penakut..
Syabash kerana dapatn melawan takut tu dengan kekuatan mental. Tapi... ma pun penakut besar sebenarnya!
ak ada kawanyg takot hantu.. nk ajak tgk citer hn2 bonceng pon xnk.. hahhaha
jom baca sat..=)
http://lolz-l.blogspot.com/2011/09/beribadah-tp-xberakhlak.html
Kau tahu?
Aku lagikk takot pencuri@perompak drpd hantu neyh.
Kental tak jiwa aku?
(weii, angkat bakul sendiri pulak dah..:P)
haishh dlu kan masa kecik2 klau dlm kerte lalu tnh perkuburan je..mesti rasa takut semacam..sebab tmpt tu gelap gilaa..siap pejam mata tubduk bawah lagi..huhuu..
tapi tetap takut (^_^)
tapi tetap takut (^_^)
Bukanlah penakut sgt. Tapi kalo org asyik usik, ckp tmpat tu keras mau xmeremang bulu roma. hehe
tak sempat nak redakan perasaan dan cuak, berpeluh2 dah wuming,hahahah
Post a Comment