SELAMAT TAHUN BARU 2015

Tuesday, November 6, 2012

TEGUR ANAK-ANAK

Image:Google

  Ramai ibu-bapa atau hampir 100% suka lihat kejayaan anak-anak mereka.
  Jadi pelbagai teguran atau nasihat yang mereka beri kepada anak-anak  mereka. Tetapi masing-masing mempunyai pendekatan yang berbeza.
  Walau apa sekali pun cara atau pendekatan yang kita ambil. Kadang-kadang kita terlupa memberitahu anak-anak kita bahawa kita sayang dan bangga dengan diri mereka. Kita bangga kerana memiliki mereka dalam hidup mereka.
  Kita harus ingat , bukan semua kanak-kanak tahu berfikir. Kadang-kadang mereka mengganggap kita sedang berleter. Diri mereka adalah beban kepada kita.
  Maka mereka akan mencari jalan untuk lari dari masalah itu. Mereka cuba tidak menjadi beban kita dengan bergaul dengan remaja yang tidak bersekolah. Yang sudah mencari atau mendapat pendapatan sendiri.
  Di mana mereka mempunyai pekerjaan yang kurang menjaminkan masa depan. Tetapi kanak-kanak kurang berfikir tentang perkara ini.
  Jadi kita sebagai ibu-bapa perlu beritahu
Pada anak-anak  kita bahawa kita sayang mereka. Tegur bukan marah. Tetapi inginkan yang terbaik untuk mereka. Mereka bukan beban tetapi adalah satu kebanggaan keluarga.




5 comments:

Maria Menado~ said...

okay. InsyaAllah. thanks.

KuNanGKuNanG said...

sy suka cara mak sy tegur anak2 dia, lembut je xpenah nak marah2 atau membebel..:)

Eiqa Almond said...

Betul, kadang2x kita perlu jugak pantau aktiviti anak2x..

Mak Wardah said...

Wu Ming, ingatan yang sangat baik...Kita jarang sekali menghargai anak2 sebaliknya sering meletakkan perasaan marah dan letih kita pada mereka....

hnahdy said...

biar anak anggap ibu bapa sebagai kawan. sbb anak2 suka dengar cakap kawan. kawan lebih terpengaruh