SELAMAT TAHUN BARU 2015

Monday, November 12, 2012

IBU DAN BOSS AKU


  Korang perlu baca sampai habis… Aku harap ia dapat memberi sedikit pengajaran atau pedoman buat korang..  Supaya kita tidak leka… Dan bukan aku beranggapan korang buat perkara ini… Cuma ingin dikongsi bersama 

Image:Google

  Aku bangun lewat.. Semalam terlupa pula kunci Jam… Marah pada diri sendiri kerana terlalu cuai… Hari ini ada meeting.. Kena masuk ofis awal pagi. Banyak persiapan yang perlu dibuat.

  Tok!!..Tok!!.. Kedengaran bunyi pintu diketuk… “Nak.. baru bangun ker?.. Mari makan nak. Mak dah masak bubur bagi nak makan”Suara Mak aku.. “Mak.. kenapa mak tak gerak saya awal-awal?” Aku bercakap dengan nada tinggi…

  Aku terus masuk bilik air dan mandi. Selepas siap mandi dan siap berpakaian. Aku terus keluar dari bilik untuk ke pejabat. “Nak.. mari la makan dulu nak..”Pelawa mak aku.  Aku terus ke kereta dan terus pergi ke pejabat tanpa memberi sebarang jawapan.

  Di tempat kerja.. 

“Ina… Kenapa kamu lewat? Semua orang tunggu kamu.” Tanya Boss aku. Sambil tunduk hormat dan senyum, aku menjawab “ Maaf Boss. Saya salah”. “Ok..ok..tak apa. Pergi buat persiapan cepat. Saya dah tukar  waktu meeting ke pukul 11 Pagi”Jawab Boss aku... "Terima kasih Boss" Jawab aku dengan penuh hormat.

  Aku terus buat kerja walaupun perut aku kuat berbunyi kerana perut kosong. Selepas Meeting aku terus bersiap sedia untuk keluar makan. “Ina… awak lapang tak? Tolong saya cari sapu tangan sekejap. Entah jatuh di mana pula.” Boss aku minta tolong. “Lapang Boss. Tak apa. Saya tolong cari kan” Jawab aku dengan penuh hormat juga beserta dengan senyuman.

  Krrringgg…Krrringgg.. “Hello… Kenapa mak..” Soal aku dengan nada agak marah. “Nak.. di mana kamu letak kunci rumah. Mak nak ke pasar?” Tanya Mak aku.. “Entah laa Mak… saya sibuk nii…” Jawab aku dan terus letak phone.

  Selepas waktu kerja. Boss suruh aku sambung buat kerja lagi.. Seperti biasa aku akan turut tanpa sebarang soal.

  Sampai di rumah. Aku betul-betul letih. Mak aku terus buka pintu dan ambik bag di tangan aku. Pelawa aku makan bersama.. “ Nak.. jom makan.. Mak tunggu makan bersama kamu.. “ Mak makan lah.. saya letih ni.. nak mandi dan terus tidur dah…”
  Krringgg…Krringg.. “Hello.. ada apa Boss…….Ya Boss.. Lapang Boss… Boleh Boss” Selepas terima panggilan dari Boss aku terus buka Laptop dan terus buat kerja yang disuruh oleh Boss aku…

  Rasa dahaga pula… Aku ke dapur.. Tak Nampak mak aku.. Ke mana dia menghilang.Di bilik pun tak ada. Buka pintu dapur hendak tengok.. Kelihatan Mak aku sedang duduk termenung sambil menangis…

  Tentu mak kecik hati dengan perbuatan aku… Aku betul-betul rasa bersalah…

  Adakah korang pernah buat begitu dengan mak korang?.. Jika pernah…Jangan ulangi… Jika sedang.. Hentikan lah… Sebelum segala-galanya terlalu lewat…

  Ini bukan kisah aku… Hanya aku buat suasana ini supaya korang memahami situasi yang sebenar…

  Kalau korangrasa info atu post ini dapat membantu orang untuk berubah... Kongsi/share lah dengan rakan-rakan blogger yang lain...

Terima Kasih





8 comments:

Anonymous said...

aku pernah dan banyak kali. tapi aku tak jugak carik ape yang bos aku suruh. so, aku layan diri aku je. selfish kan?

Angah said...

faham.

Mak Wardah said...

Aduhhhh akak ni kelewatan ni...

Unknown said...

ooo..rasenye situasi mcm ni dah byk dah jadi..

mama aini said...

ehem sedih mama baca entry ni..thanks WuMing mengingatkan..harap setiap perbuatan mama tidak membuat `mak` mama bersedih.. :(

azhariahzuber said...

mmg berlaku pun

NORSHAHFEZA HAMSAN said...

xpenah wat lagi,hehe sbb belom ade bos,,
tp cerita ni ade pengajaran nya,,=)

sudipVSsenduk said...

tak pernah buat & mudah-mudahan tak akan buat. Entry yg sangat bagus