Image:Google |
Pertama: Susu
Susu adalah
makanan yang kaya dengan sumber Protien dan Kalsium. Badan wanita memerlukan
Kalsium pada kadar yang lebih tinggi dari lelaki untuk memelihara kesihatan
tulang(Terutama ketika mengandung, menyusu bayi dan selepas putus Haid). Juga
untuk mengelak masalah Osteoporosis di kemudian hari. Jadi wanita digalakkan
untuk minum susu sekurang-kurangnya 2 gelas sehari. Pilihlah susu yang rendah lemak.
Image:Google |
Kedua:Yogurt
Yogurt
mempunyai Bakteria yang membantu system Imun badan kita untuk berjalan dengan
lebih sempurna. Tetapi Yogurt haruslah yang asli. Yang tidak mengandungi awetan
buah-buahan dan gula tambahan. Kerana bahan-bahan ini bukan sahaja boleh
mengemukkan, ia juga boleh membahayakan kesihatan.
Image:Google |
Ketiga: Minyak Zaiton
Ia mengandungi
Lemak tak tepu yang berfaedah kepada kesihatan kita. Ia membantu mengurangkan
Kolesterol-Kolesterol LDL dalam arteri. Di mana ia merupakan Lemak berbahaya
yang ada dalam arteri kita.
Ia membantu
mengurangkan risiko saluran darah tersumbat. Malah ia mengandungi Vitamin E dan
bahan Antioksidan yang membantu untuk menyegarkan warna kulit.
Image:Google |
Keempat: Biji Bunga Matahari
Yang sangat
kaya dengan Vitamin E dan bahan Antioksidan. Di mana bahan ini akan membantu
mengurangkan kadar kedutan atau memperlahankan proses penuaan pada kulit. Jadi
ia membantu untuk kulit kelihatan cantik dan berseri.
Kandungan
Vitamin E juga membantu menghilangkan parut-parut pada wajah kita.
Image:Google |
Kelima: Brokoli
Sayur yang
lazat ini mempunyai Vitamin C, Kalsium dan zat Besi. Yang merupakan zat-zat
makanan yang sangat diperlukan oleh tubuh badan kita.
Selain dari itu,
ia mempunyai kandungan serat makanan yang tinggi, yang membantu dalam proses
penghadaman dan pembuangan.
Yang penting
Brokoli itu tidak perlu dimasak dengan keterlaluan. Kerana pemanasan yang melampau
akan merosakkan atau menghilangkan zat-zat makanan yang ada.
Image:Google |
Keenam: Tomato
Sebagai satu
sumber Beta Karotena, Vitamin C dan bahan Antioksidan. Membantu organ-organ
dalam badan bertugas dengan lebih sempurna, terutamanya system pencernaan.
Kajian mandapati bahawa makan tomato (segar berserta kulit) boleh mengelakkan
risiko mengidap kanser payudara.
Image:Google |
Ketujuh: Tauhu
Merupakan
sumber Protien tumbuh-tumbuhan. Mempunyai lemak yang kurang tapi kandungan
Kalsium yang tinggi. Sangat baik untuk system pencernaan. Baik untuk kesihatan
perut juga memberi keselesaan pada perut.
Selain dari itu
ia juga membantu untuk menyeimbangkan Hormon Estrogen dalam badan.
Kelapan: Air Bersih
60 % dari
bahagian badan adalah terdiri dari air. Maka air adalah merupakan keperluan
asas untuk system dalam badan kita berfungsi.
Kita perlu
minum air sekurang-kurangnya minum air sebanyak 8 gelas sehari.
Di atas adalah 8 jenis makanan asas yang kita perlu
untuk mengekalkan kesihatan badan kita..
Selamat mencuba…dan cantik selalu…
41 comments:
semua da makan kecuali minyak zaitun,biji bunga matahari tu,,,apelah rasa eh....hehe
smua d atas adlh fav.... tp biler ada anak, smua pon belikan utk anak sampaikan ibu nyer healthy food terabai ;p
Da 23thun idop kat dunia..susu & santan sy mmg xblh minum @ makan..:D
brokoli is my favourite!! air suam pun juga~
kene tunjuk kat bakal bini ak nieh.. huhu
jom kita solat?
http://lolz-l.blogspot.com/2011/09/6-jahanam-2.html
useful tips. thanks for sharing. mesti wife ko yang bagi tips tips ni kan.kan.
wa xlalu nak minum susu putih
blog uols okeeee ngeeee
tips yg bagus dan selalu mkn dan minun kt cini ngeee
Cik Azizah
Kuaci laa Cik Jijah oooo
@lia
Inilah pengorbanan
Cahaya Mata @ Nurul Are Inn
Hmm...
@dhiera
Bagus laa tuu
@L
Hah... best...
@Hanie_Dew
tak lah...Dari konsi e-mail
@KSWSK
Memang ada orang tak suka minum susu
@☆*♥L@dy @yU♥*☆
Kih..kih..kih..
waa..thnks kongsi..semua bnde CK leh telan..tapi tang susu uh lum sampai ank tekak dh terkuar balik hihi
wuming ni sume psl pmpuan die expert..haha
nway.nice info ;D
thanks info..suka sgt dpt info cmni
6 dari 8 merupakan kebiasaan...lepas ni kena beli minyak zaitun simpan...dan mana nak dapat biji bunga matahari tu...ermmm...makan kuaci?
owg laki xperlu ke mknanan-mkanan ni..?
eh..cam inocen jer soklan ni kan..?HAHA~
TENKS.. info yg bgus ;)
bt msa skg cma air bersih ja yg sy mmpu amalkn..huhu
@Cik kartun
Ramai tak suka minum susu laa.. Baru taw plak
@EyqaLuvender
He..he..he.. Tak perasan plak
@merahitujambu
Tq Gak
thanx letak ieyza kat bloglist..
ieyza dah letak dah link blog nie kat bloglist ieyza.. ;)
TEMPAHAN TIKET UNTUK KE DUNIA BARU ?
Dalam banyak2 senarai makanan kat atas hanya 4 je yg Hana amalkan iaitu susu, yogurt, brokoli dan air putih. Yg lain kurang tmbh2 tauhu, langsung xmkn. Btw, tq WuMing. ^_^
nice tips....
tapi yogurt 2 smpai sekarang x bleh diterima tekak.... :(
wuming, entry aku berat seblah ke. harus la sebab aku kan pompuan.mmuahahahahahaha...
sume mkn kecuali mnyak zaitun :)
Dari 8 itu yg jarang kakak makan yogurt dan biji bung matahari.... Lain semua kakak consume selalu...
kite suke..yogurt n tomato:)
ooooooooo yeker...hahaha kalau mcm tu pernah la makan..tp yg da siap bubuh perisa tu..kihkihkih
yg lain boleh terima lagi tp tang susu tu payah skit la....
nice info WuMing (:
dari senarai diatas sy kurang gemar dgn susu dgn yogurt je.
tq for sharing..semua pun blh mkn..tp, tu la susu mahal la skrg..heheh..
Saya sangat suka susu dan yoghurt dan tomato dan tauhu dan air kosong. Yang lain2 tu kena belajar terima pelan2 la nampaknya.
minyak zaitun tu je x penah try lagi..
saya suka makan tomato..bleh melicinkan kulit..oyeah...=]
thx beb for the info. antara smua tu, aku suka tauhu & air je hihihi
wah info menarik ni!
I also eat them!!!
kecuali minyak zaiton ngan biji sunflower...
pasnie carik.. thanks for sharing!! XD
air je yg aku boleh amal.. yg lain semua kelaut
smua feveret akak kcuali susu heheh
sminggu ada la 2x mnum
zana kurang suka tauhu, tp zana akan cuba belajar untuk suka makan tauhu.. hihihi..
thanks sbb sudi share info ni..
waaa...napa...kepci...ngan pizza ta tersenarai neh..huh.....;p.../...nice info..thanks...;d
sangat suka makan tauhu...peberet tu...=D
bagus info ni!!..thanks WuMing..
akak tk minum susu malah air dicampur dgn susu pun tidak minum
thanks for sharing! like sejuta kali.. =)
Post a Comment