Tetapi adakah anda tahu waktu yang paling penting untuk kita berus gigi adalah pada waktu malam sebelum tidur. Kerana kita makan berbagai makanan dari pagi hingga malam. Sudah pasti ada sisa makanan yang terlekat di celah gigi. Walaupun tidak banyak tapi sudah pasti ada sedikit. Malah selepas berus gigi pun kadang - kadang masih ada lagi sedikit sisa makanan yang terlekat. Inikan pula langsung tidak berus.
Sisa makanan yang terlekat pada celah gigi ini dan berada di dalam mulut kita sepanjang malam. Apabila kita tutup mulut lama kerana kita tidur, sisa makanan tadi akan menjadi basi. Dan ia bersifat asid. Asid ini akan menghakis permukaan gigi (Enamel). Lama kelamaan gigi kita akan berlubang.
Jadi seelok - eloknya kita harus memberus gigi sekurang - kurangnya 2 kali sehari iaitu pagi (selepas bangun tidur) dan malam (sebelum tidur).
No comments:
Post a Comment