SELAMAT TAHUN BARU 2015

Tuesday, October 5, 2010

Bahaya Ubi Kentang Goreng

Ubi kentang goreng merupakan makanan kegemaran muda – mudi masakini. Kebanyakan restoran berjenama dari barat menyediakan menu panas ini.
  Sebenarnya tiada apa – apa keistemewaan pun pada menu ini. Malah makanan tradisi masyarakat kita seperti kuih- muih dan lain – lain makanan tempatan ledih sedap dan berkhasiat. Kerana ubi kantang goreng ini tiada rasa lain selain dari lemak dan masin.
  Ini bukanlah satu dakwaan kosong yang tidak berasas. Tetapi kajian yang terperinci telah dijalankan untuk kebaikan pengguna oleh sebuah organisasi di Thailand. Contoh ubi kentang goreng diambil sebanyak 3 kali dari 30 tempat berasingan pada bulanAugust 2009 sehingga bulan April 2010.   
Dan pada bulan August 2010 sebuah majalah untuk pengguna di Thailand telah mendedahkan keputusan kajian tersebut. Keputusan itu menunjukkan sukatan garam atau Sodium di dalam Ubi kentang goreng adalah sangat tinggi. Boleh mendatangkan bahaya jika terlalu kerap dimakan dalam jangka masa yang lama.
Kajian menyatakan pemakanan ubi kentang yang banyak dan terlalu kerap akan mengakibatkan penambahan penghasilan Kolesterol tidak baik (LDL: Low Density Lipoprotien) dalam darah dan mengurangkan penghasilan Kolesterol baik (HDL : High Density Lipoprotien) dalam darah. Keadaan ini boleh menambahkan risiko untuk mengidap penyakit lemah jantung.
  Untuk ujian asid (Acid Value) pula adalah untuk diuji pada bahan yang digunakan untuk mengoreng ibu kentang itu. Iaitu minyak yang digunakan. Jika kadar asid rendah menunjukkan minyak yang digunakan  berkualiti tinggi dan jika asid yang dikesan adalah tinggi,  menunjukkan minyak yang digunakan berkualiti rendah dan telah digunakan banyak kali.Keputusan menunjukkan ketinggian asid tidak sama. Sampel minyak diambil disesetengah kedai menunjukkan kadar asid dalam minyak berada pada tahap selamat dan ada yang tidak selamat.
  Kajian ini bukan untuk  menghalang kita makan ubi kentang goreng. Cuma jika selalu makan ubi kentang dengan banyak dan terlalu kerap adalah perlu dielakkan. Selalu makan ubi kentang goreng dengan kadar yang banyak juga boleh membahayakan buah pinggang. Kerana ubi kentang goreng mempunyai kandungan Sodium yang tinggi.  Juga menambahkan risiko mengidap penyakit kanser dan tekanan darah tinggi.

No comments: