Seorang
pemuda yang berusia 25 tahun merupakan seorang yang periang. Hari-hari dia
tidak pernah buat apa selain dari berhibur dan deriadah bersama kawan-kawannya.
Dia tidak pernah ambil peduli apa yang
dilakukan oleh ibu dan bapanya. Dia tidak pernah teringin hendak menolong ibu
dan bapanya. Tidak pernah juga ingin belajar bagaimana ibu dan bapanya mencari
wang.
Dia rasa itu semua tidak penting. Kerana
harta benda yang dicari oleh ibu dan bapanya sangat banyak. Harta dan kekayaan
itu tidak akan habis walau pun dia tidak akan
bekerja seumur hidupnya.
Suatu hari Pemuda itu pergi beriadah dengan
kawan-kawan nya di dalam hutan. Semasa dalam perjalanan. Mereka telah terpisah
dan pemuda itu tersesat.
Dia terus berjalan walaupun hari sudah hampir
gelap. Perut semakin lapar. Badan pula letih. Semasa dia berjalan dia ternampak
lampu samar-samar seperti rumah orang. Dia menjadi semakin bersemangat untuk
berjalan menuju kearah lampu itu.
Rumah itu milik sepasang suami isteri yang telah
tua. Selepas berbual dan bertanyakan asal-usul. Pasangan itu membenarkan pemuda itu untuk menumpang di
rumah mereka.Selepas mandi , pemuda itu pun diajak untuk makan malam bersama. Pemuda
itu berasa sangat puas hati. Dia pun masuk tidur dengan nyenyak.
Keesokan hari pemuda itu pun bangun awal-awal
pagi. Selepas mandi dan bersiap untuk bertolak pulang ke rumah. Pemuda itu pun
menggucapkan terima kasih kepada pasangan itu.
“Terima kasih Tok.. Tok tak kenal pun saya,
tapi tok dah beri saya makanan dan tempat tidur pada saya.
“Tak
Usah nak berterima kasih nak. Balik lah
terima kasih pada kedua-dua ibu dan bapa kamu. Atok Cuma beri makan kamu satu
kali saja. Hanya beri tempat tidur kepada kamu satu malam sahaja. Tapi ibu dan
bapa kamu telah sara hidup kamu sepanjang hayat kamu. Beri segala-gala kepada
kamu.” Jawab orang tua itu.
Moral dari cerita ini
adalah: Kita mudah sangat berterima kasih kepada orang luar. Walau hanya sekali
mereka membantu kita. Tetapi ibu dan bapa kita telah beri segala-galanya kepada
kita. Kita masih kurang menghargai mereka. Sebelum segala-galanya terlewat.
Lakukan lah sesuatu untuk ibu dan bapa kamu…