SELAMAT TAHUN BARU 2015

Monday, October 31, 2011

MASA BUAT KEPUTUSAN


SAPA NAK BUAT KERJA PART TIME

Thursday, October 27, 2011

MENILAI ORANG


KEJAYAAN DAN KERJA


Image:Google

Hanya satu tempat sahaja “SUCCESS” datang dahulu sebelum “WORK”
Iaitu
Di dalam “DICTIONARY”

Monday, October 24, 2011

CANGKERANG KEHIDUPAN


Image:Google

KERANA MASYARAKAT MENILAI SESEORANG ITU DARI SEGI LUARAN
MAKA SESEORANG ITU MEMBINA CANGKERANG YANG CANTIK UNTUK DIPAKAI
JIKA  MASYARAKAT  MENILAI SESEORANG ITU DARI DALAMAN
MAKA SESEORANG ITU AKAN MENAIKKAN TARAF KEHIDUPANNYA DENGAN AKHLAK YANG MULIA

Sunday, October 23, 2011

CERMIN




Image:Google

Jika cermin bersih,
Apabila lihat atau pandang apa-apa,
Semuanya jelas,
Semuanya terang,
Menyenangkan hati,
Menceriakan minda.

Jika cermin kabur,
Apabila lihat atau pandang apa-apa,
Semuanya kabur,
Semuanya samar-samar,
Merunsingkan,
Hanya kedukaan yang terpancar.

Ingatlah teman-teman,
Kebahagiaan tidak jauh dari kita,
Hanya bersihkan cermin,
Bersihkan hati dan segala-galanya akan berlalu dengan indah.

Thursday, October 20, 2011

BAHAYA DALAM FACEBOOK


Image:Google

Siapa yang ada akaun FACEBOOK. Awas pada link-link di bawah. Jangan sesekali klik pada link ini. Mereka boleh mencuri data anda melalui link ini.

Are YOU Interested

Get Revealed

Friends Secrets

Ily or not

My Friend Secrets

Question Party

Friends Ville

Friend.ly

Tinychat

WAYN-Map Your Friends

Friends Photos

Daily Mood

21 Question

Love

21QUIZ12

Question

THE FRIEND FIGHTING QUIZ

Best Looking Contest,etc

Taq friends<3

Best Friends

Are you my best friends ???

Truth quiz

What Colour Are You!!!

Truth About You

Maklumat dari Facecrooks


Wednesday, October 19, 2011

KEBAHAGIAAN YANG SEBENAR


Image:Google

ORANG YANG BENAR-BENAR BAHAGIA
BUKANLAH ORANG YANG PALING KAYA
BUKANLAH ORANG YANG PALING BERKUASA
TETAPI
ADALAH ORANG YANG FAHAM APA ITU MEMADAI
TAHU ERTI KATA CUKUP
DAN PUAS HATI DENGAN APA YANG ADA.


Entri aku yang sebelum ini yang bertajuk KESABARAN adalah entri biasa yang langsung tiada kaitan dengan perasaan aku... Hanya untuk kita sama-sama berfikir. Aku tidak pernah buat entri tentang emosi atau perasaan aku. Juga tak akan aku buat.


Monday, October 17, 2011

KESABARAN



Image:Google
 BOLEH BERTAHAN…. TERUS BERTAHAN
BOLEH BERSABAR…. TERUS BERSABAR
TIDAK BOLEH BERTAHAN…..,  TIDAK BOLEH BERSABAR
PERKARA KECIL AKAN MENJADI BESAR


Sebenarnya ini tak melibatkan apa-apa tentang perasaan aku... Ini hanya kata-kata untuk kita renungi bersama

Thursday, October 13, 2011

RIWAYAT DUA ORANG PEMUDA MAT MOTOR


Image:Google

  Husin dan Wahab merupakan dua orang pemuda di sebuah kampung. Mereka tak ada kerja. Hari-hari hanya menunggang motor ke hulu dan ke hilir tanpa sebarang arah tujuan.
  Mereka akan kebas apa saja yang berharga hak milik orang kampung. Sekarang mereka mencuri getah di kebun orang kampung. Semua orang pun tahu. Tetapi mereka tak boleh berbuat apa-apa. Kerana tiada bukti. Semua orang pun hanya tunggu masa saja untuk membalas perbuatan jahat Husin dan kawannya Wahab.
  Satu malam, seperti biasa Husin dan Wahab keluar rumah pukul 11 malam. Mereka bercadang hendak mencuri getah di kebun Pak Leman. Mereka menunggang motor dengan laju tanpa memakai helmet.
  Semasa mereka melalui sebuah selekoh. Mereka nampak bayang-bayang seperti ada orang dalam hutan. Apabila mereka perhatikan betul-betul.. Orang itu tidak berkepala. Mereka sangat terkejut dan takut. Lalu mereka memecut dengan lagi dengan laju. Apabila mereka menoleh ke hadapan terdapat dawai tegang yang halus diikat pada dua batang pokok merentasi jalan. Regangan dawai itu betul-betul berada pada paras leher Husin dan Wahab..

Pussssss…Pussssss……………………..!!!!!!!!!!!!!!!!!!Tub..tub…

Monday, October 10, 2011

PERNAH TAK ANDA TAHU TENTANG INI?


Image:Google

Adakah korang tahu?
Tubuh badan kita mampu menahan kesakitan sehingga 45Del(unit) kesakitan.
Tetapi ketika memberi kelahiran kepada seorang bayi,
Seorang Ibu terpaksa menahan kesakitan sehingga 57 Del(unit) Kesakitan.
Ini adalah bersamaan dengan 20 ketul tulang kita pecah atau retak pada masa yang sama.

MUM … I LOVE YOU…….

Sunday, October 9, 2011

SALAH INGAT


Image:Google

Persatuan bangsa-bangsa bersatu ingin mencari seorang untuk menjalankan satu misi ke khutub utara. Iaitu kawasan artik yang penuh dengan salji. Bayaran yang sangat lumayan akan diberi kepada sesiapa yang berjaya.
  Tetapi seseorang itu haruslah lulus ujian yang disediakan dahulu. Iaitu
SATU: Minum “Vodga” habis satu liter skali gus
KEDUA: Perlu berjabat tangan dengan Beruang khutub.
KETIGA: Mesti ada hubungan sex dengan perempuan Eskimo.

  Maka pada hari yang telah ditetapkan ramailah penduduk dari seluruh pelusuk dunia datang untuk mencuba nasib.
  Lelaki pertama dari Amerika. Baru seteguk saja Vodga dia teguk, dah pengsan. Lalu dia dibatalkan dari menjalani ujian yang seterusnya.
  Pemuda kedua dari Mexico. Dia terus teguk Vodga itu habis sekali gus. Dia telah layak untuk ujian yang kedua.
  Masuk saja ke dalam Khemah di mana terdapat Beruang khutup. Hanya 2 minit saja dia masuk. Dia dah lari keluar tidak pandang belakang lagi. Dia juga telah dibatalkan dari meneruskan ujian itu.
  Pemuda ketiga pula datang dari India. Dia terus mencapai dan minum Vodga itu seperti kita minun air mineral. Dia berjaya untuk ujian yang kedua.
  Pemuda India itu masuk ke dalam Khemah yang Beruang khutub itu berada. Tidak ada siapa tahu apa yang berlaku.. Hanya seketika kedengaran bunyi dengusan Beruang Khutup itu selang-seli dengan suara pemuda india itu.
  Selepas dua jam lebih dia pun keluar dengan senyuman tanpa puas. Lalu dia pun berteriak dengan kuat

  “ Mana Perempuan Eskimo yang aku perlu berjabat tangan itu?!!!!!”

Thursday, October 6, 2011

HANYA SUDUT PANDANGAN YANG BERLAINAN MEMBERI PERBEZAAN YANG SANGAT BESAR


Image:Google

Cerita Pertama:
  Angkasawan Amerika mengalami masalah untuk membuat cacatan pada kertas semasa berada di ruang angkasa. Lalu mereka mengumpul beberapa saintis untuk membuat kajian.
  Mereka telah menghabiskan wang berjuta Dollar dan menggunakan masa beberapa tahun.
  Hasilnya mereka telah mencipta Pen yang boleh menulis di atas permukaan apa saja walaupun di dalam air.
  Angkasawan Russia mengalami masalah yang sama apabila mereka menghantarkan angkasawan mereka ke angkasa.
  Lalu mereka menulis dengan menggunakan Pencil… Selesai…….

Cerita Kedua:
  Sebuah kilang pengeluar sabun mendapat aduan bahawa mereka menerima barangan dimana ada barangan yang hanya kotak kosong saja. Tetapi tidak ada sabun di dalam.
  Pihak pengurusan kilang telah meletakkan  kelengkapan X-Ray pada mesin. Untuk mengesan kotak yang kosong.
  Mereka telah membelanjakan berjuta Yen untuk tujuan itu.
  Sebuah kilang sabun yang lebih kecil telah mengalami masalah yang sama.
  Lalu mereka telah meletakkan kipas pada laluan kotak sabun itu. Kotak sabun yang kosong telah ditiup angin. Jadi masalah mereka juga selesai. Mereka hanya keluar modal untuk beli beberapa kipas saja.

  Semasa mengalami masalah. Kebanyakan orang akan panic dan runsing untuk menghadapi masalah itu. Ada yang sampai bunuh diri.
  Tetapi jika kita ubah sudut pandangan. Kadang-kadang masalah yang kita hadapi itu hanyalah masalah yang remeh - temeh sahaja.
  Kepada kawan-kawan aku di sini. Korang jangan lah simpan masalah korang itu bersendirian… Bincanglah dengan saudara yang rapat.. Atau teman-teman yang boleh dipercayai.
   Tapi ingat… Masalah akan bertambah buruk jika kita berbincang dengan orang yang salah.. Gunalah akal dan fikiran yang matang untuk menilai kawan…

Wednesday, October 5, 2011

PERCAYA


Manusia kebanyakannya mudah percaya kepada 


perkara-perkara yang buruk,


Mereka akan bertanya berkali-kali apabila terdengar 


perkara yang baik,


Cuba belajar 


untuk mempercayai perkara yang baik


Maka kehidupan kita akan menjadi bertambah ceria.

Tuesday, October 4, 2011

SENYUM DAN TAK PERLU KATA APA-APA

Image:Google

Image:Google

Image:Google

Monday, October 3, 2011

TIDAK PENTING MEMPUNYAI PENDAPATAN YANG LEBIH..TETAPI BERBELANJA SECARA BIJAK ADALAH LEBIH PENTING


Image:Google

Ada faham?.. Aku tahu ramai orang yang faham.. ada yang samar-samar.. tak kurang juga yang hilang arah terusss…
  Sebenarnya mudah saja. Kerana tidak sedar dan tidak faham dengan hakikat inilah ramai yang menghadapi masalah.
  Suami bekerja, tambah dengan Overtime. Isteri juga bekerja berserta dengan kerja sampingan. Tapi masih lagi tak mencukupi.
  Malah masalah pula bertimbun-timbun. Siapa jaga anak? Siapa hantar anak? Dan macam-macam lagi.
  Semakin hari semakin tenat jadinya. Ini adalah kerana mereka beranggapan dengan berpendapatan tinggi itu, segala masalah akan selesai. Aku tak nafikan bahawa wang yang banyak itu memudahkan. Tapi bukan dengan bekerja memkhinzir buta.
  Sepatutnya kita juga kena berjaga-jaga dalam perbelanjaan. Kalau kita kerja siang dan malam sekali pun. Tapi kita tak pandai untuk berjimat-cermat. Pendapatan kita tetap tak mencukupi.
  Jadi… rancanglah perbelanjaan kita. Berbelanja secara bijak. Beli yang perlu dan bukan beli yang hendak.
  Aku rasa ramai lagi orang yang korang kenal dan yang lebih arif dari aku tentang perbelanjaan ini. Bincanglah dengan mereka…
  Maka kita akan bebas dari masalah kewangan. Tanpa bekerja teruk. Tanpa perlu kita abaikan masa bersama dengan orang tersayang..Ibu, Bapa, anak-anak, suami dan isteri….

Sunday, October 2, 2011

PENGORBANAN SEORANG IBU


Image:Google

  Seorang pemuda tinggal bersama ibunya. Ketika itu masih lagi tidak wujud Rumah untuk Orang Tua
  Ibunya telah tua dan tidak lagi mampu bekerja. Malah pergerakan juga lambat. Makan dan minum pun perlu dijaga.
  Sama seperti ketika pemuda itu masih bayi. Ibunya perlu cuci najis, suap nasi dan beri makan.
  Pemuda itu rasa ibunya merupakan satu beban. Dia tak tahu hendak hantar ibunya ke mana. Lalu dia ingin membuang ibunya ke dalam hutan.
  Dia dukung ibunya masuk ke dalam hutan bertujuan untuk meninggalkan ibunya di dalam hutan.
  Sepanjang perjalanan ibunya mencapai ranting-ranting kayu dan buang sebagai tanda di sepanjang jalan. Apa yang dilakukannya tidak diketahui oleh anaknya.
  Bila pemuda itu rasa dia telah masuk agak dalam ke dalam hutan. Dia pun meletak ibunya dan terus berjalan untuk pulang ke rumah.
  Ketika inilah Ibu pemuda itu berkata “ Anak ku..Ikutlah ranting kayu yang telah emak patah dan tinggal sebagai tanda itu pulang. Nanti kamu tak akan sesat.”
  Sepanjang hidup korang… Ingat tak apa pengorbanan ibu pada korang… Apa pula pengorbanan korang pada Ibu korang…?..