SELAMAT TAHUN BARU 2015

Sunday, July 31, 2011

SELAMAT BERPUASA

Image:Google


  Selamat berpuasa kepada semua rakan yang beragama Islam.
  Bulan ini bulan Ramadhan Umat Islam di seluruh dunia akan menunaikan rukun Islam yang ke 3 ini.(Berpuasa sebulan dalam bulan Ramadhan).
  Untuk mengelak dari keletihan korang semestinya makan makanan yang berkhasiat untuk tubuh badan semasa sahur dan minum air yang banyak.
  SPIRULINA sangat membantu. Ia mempunyai khasiat yang sempurna. Sangat baik untuk orang yang berpuasa.
  Korang boleh baca tentang khasiat SPIRULINA DI SINI atau klik pada perkataan SPIRULINA.
  Buat pengetahuan.. WuMing tak berPuasa. WuMing Orang Thai dan bukan Islam. WuMing juga pernah bagitau dalam “KENALI WUMING
  Terima kasih bagi mereka yang mengucapkan “Selamat Berpuasa” Bagi WuMing.
  Terima Kasih.
  

Thursday, July 28, 2011

HILANGKAN STRESS

KESENIAN HIDUP
Image:Google
  Dalam kehidupan harian kita. Banyak perkara yang kita telah abaikan. Kadang-kadang kerana terlalu serious dengan kehidupan. Kita telah lupa beberapa perkara yang penting dalam kehidupan kita.
  Inilah yang merupakan puncanya tress atau ketegangan dalam kehidupan kita. Di sini aku nak kongsi beberapa cara untuk kita merehatkan akal dan minda kita. Tanpa perlu keluar wang atau tenaga yang banyak.
1.       Bernafas panjang – panjang beberapa kali.
2.       Pergi mengurut untuk melonggarkan otot – otot badan dan untuk kesegaran,
3.       “OOF” telefon bimbit buat seketika untuk merehatkan minda dan mengurangkan ketegangan.
4.       “No Bra” buat seketika (Ini khas buat wanita)..Aku memang sentiasa no bra…he..he..he..
5.       Makan dengan berfikiran waras. Tidak makan mengikut hati dan perasaan. Makan tidak terlalu boros. Kunyah sekurang – kurangnya 45 kali sebelum telan.
6.       Minum air sekurang-kurangnya 6-8 lapan gelas sehari.
7.       Buang air besar memberi erti dalam kesihatan seseorang. Najis orang yang sihat tidak berwarna gelap. Warna kekuningan dan tidak tengelam.
8.       Sikat rambut boleh melegakan sakit kepala. Ketika rasa tertekan, sikat rambut boleh melegakan. Guna sikat yang ada biji-biji di hujung.
9.       Senyum dapat melegakan keruncingan dan dapat mehilangkan rasa tress.Tapi awas… jangan senyum sorang-sorang… nanti orang hantar ke Hospital Bahagia pula…
10.   Gelak dan ketawa boleh menggalakkan pengaliran darah dalam badan. Boleh kurangkan rasa tegang dan runsing. Cari bahan seperti cerita lucu, komik dan sebagainya untuk membantu kita ketawa.
11.   Sebenarnya menangis juga adalah salah satu cara untuk melepaskan perasaan yang terpendam. Jika korang malu untuk menangis. Cari masa yang sesuai dan layan cerita-cerita yang boleh menaikkan rasa ingin menangis.. Dan biarkan air mata keluar sepuas-puasnya. Dan korang akan rasa lega lepas itu. Tak caya?... Try laa tengok..
12.   Tidur.. Adalah satu cara untuk kita berehat yang sangat berkesan. Rehat kan badan dan minda kita. Boleh mengurangkan tekanan dan juga kelesuan.
13.   Tidur sebentar waktu siang. Sekurang-kurangnya 15 minit. Tapi melampau lah kalau tidur sampai 3-4 jam waktu siang.
14.   Berjalan tanpa berkasut di waktu awal pagi. Keluar rumah dan berjalan tanpa memakai kasut di halaman humah yang berumput. Sambil sedut udara segar di waktu pagi. Akan membantu menggalakkan penggabungan deria rasa, tulang,otot dan otak untuk bekerja serentak.
15.   Peluk ubat paling mujarab di dalam rumah… Peluklah orang yang kita sayang di rumah kita. Luahkan perasaan kasih dan sayang. Mereka yang tak ada orang yang disayangi pula..peluk lah ibu atau bapa. Binatang peliharaan pun boleh. Seperti kucing, arnab dan sebagainya… Kalau tak ada juga… Call WuMing… nanti sampai…(untuk perempuan sahaja). Ia akan membantu untuk menyihatkan mental kita.
16.   Berbual dengan kawan-kawan juga boleh menghilangkan tress. Bagi mereka yang tak suka berbual bolen gantikan dengan menulis atau menaip blog pun ok.
17.   Menyanyi boleh menyihatkan badan. Semasa bernyanyi kita akan melapaskan Karbon Dioksida dan menyedut lebih banyak Oksigen.
18.   Menulis Dairy boleh melegakan perasaan kita. Semasa menulis kita dapat melepaskan perasaan yang terpendam. Dapat melihat kebaikan dan keburukan yang kita lakukan. Itu sebab kebanyakan orang tidak berkongsi Dairy mereka dengan orang lain.
19.   Keluar dari rumah. Keluar lah dari rumah. Sedut udara segar. Lapangkan dada. Luaskan pandangan. Pergi ke tempat lapang dan rehat sambil berjalan-jalan atau duduk. Ia dapat melapangkan fikiran kita.
20.   Latihkan minda kita tiap hari. Denga main game atau membaca. Semasa membaca otak kita bekerja melebihi 80%. Baca Blog seperti http://apa-apapunada.blogspot.com/. Juga boleh baca Blog kawan-kawan dia dalam Entri “My Friends” .
21.   Keluar halaman rumah dan lihat bintang-bintang di langit bersama ahli keluarga.
22.   Lihat pada gambar-gambar lama. Ketika masih kecil atau ketika masih muda.
23.   Bersedekah… Beri pada rumah-rumah kebajikan atau rumah-rumah anak yatim.
24.   Lihat atau pandang orang lain dan puji. Cari kebaikan mereka. Puji dengan ikhlas dan tidak melampau-lampau sehingga nampak seperti gedik..
25.   Selalu ucapkan perkataan terima kasih. Biasakan dangan keikhlasan.

Tuesday, July 26, 2011

FERI - PENANG

Monday, July 25, 2011

TIP KETIKA MEMAKAI CONTACT LENS

Image:Google

Kerana inginkan kehidupan yang simple, selesa dan juga tuntutan kepada perubahan fesyen. Kini memakai “Contact Lens” telah menjadi satu kebiasaan.

  Terutama bagi golongan remaja yang ingin kelihatan menarik dan bergaya. Mereka lebih suka memakai Contact Lens berbanding dengan cermin mata.
  Tetapi mereka kurang berpengetahuan tentang bahayanya memakai contact lens ini jika ia tercemar atau tidak mengikut cara yang betul.
  Ia boleh mencederakan mata kita. Malah ia juga boleh merosakkan mata kita. Di bawah ini ada 5 tip untuk mengurangkan risiko memakai contact lens.

  1. Letakkan(dimata) Kanta mata sentuh(contact lens) tiap-tiap kali sebelum make up. Juga keluarkan setiap kali sebelum cuci muka. Kerana jika kita tidak keluarkan dahulu kanta mata sentuh ini sebelum cuci muka. Sisa-sisa alat make up mungkin akan terkena pada kanta mata itu. Maka ia akan terkena mata kita masa kita pakai nanti.
  2. Pakai alat make up yang berunsur air. Untuk mengelak dari sebarang gangguan pada mata.
  3. Jangan guna Maskara yang kalis air. Kerana ia boleh merosakkan kanta mata dan terus mencacatkannya buat selama-lamanya. Juga elak pakai mascara yang mempunyai unsur fiber, tambah ketebalan dan tambah panjang. Kerana ia boleh merosakkan permukaan kanta sentuh. Permukaan kanta mata sentuh yang kasar boleh menimbulkan keradangan pada mata.
  4. Elakkan dari memakai Eye shadow dalam bentuk serbuk(tepung/debu).Pilih untuk memakai jenis liquid atau cream. Juga elak dari pakai bahan make up yang ada campuran serbuk berkelip-kelip. Kerana ia boleh terlepas masuk dalam mata.
  5. Elak dari mamakai alat make up dalam bentuk semburan. Ia sangat bahaya kerana ia sangat mudah terkena pada mata kita.

  Di atas adalah langkah-langkah berjaga-jaga jika kita memakai “Contact Lens” atau “Kanta mata sentuh”.
  Jika kita tak pakai atau menggunakannya tak apa… Juga usah peduli petua di atas jika kita tak kisah mata kita akan rosak kerana pakai assesori tersebut.

Sunday, July 24, 2011

PEDOMAN CINTA UNTUK REMAJA

Image:Google

Cinta dan sayang merupakan punca kepada kesengsaraan.
Satu cinta sama dengan satu duka, Sepuluh kali cinta bererti 10 kali sengsara.
  Sama dengan api. Semakin besar api itu, semakin panaslah bahangnya.
Oleh itu semasa kita berjumpa cinta, haruslah beringat dan bersedia.
Jangan beri segala-galanya. Jangan menaruh harapan yang terlalu tinggi.
Mesti bersedia dengan apa yang mungkin akan berlaku.
  Jika cinta itu berjaya, maka kita akan terus bahagia.
Namun jika cinta itu gagal
Kita masih lagi boleh berdiri teguh. Kerana kita tidak beri sepenuh harapan padanya.
Malah kita pun sudah bersedia.
Dan kita akan menjadi lebih matang dengan kegagalan itu.

Thursday, July 21, 2011

SIAPA YANG BUAT PANGGILAN

Image:Google

  Ini adalah kisah benar yang berlaku di bahagian unit panggilan kecemasan  di Thailand.
  Pada satu malam, lebih kurang pukul 2 pagi. Seorang pegawai yang bertugas telah menerima satu panggilan misteri.
   POLIS 1: Hello… ini unit kecemasan, boleh saya bantu..?
   PEMANGGIL: Huu.hu..hu…(hanya suara perempuan menangis)
   POLIS 1: Hello.. hello… siapa di sana?... Ada apa boleh saya bantu?
   PEMANGGIL: Hu..Hu..Hu…(dan terus letak phone)
  Apabila polis mensyaki sesuatu yang berlaku… Dia pun mengarah pegawai polis (guna walkie talkie)yang bertugas di kawasan yang berdekatan untuk buat pemeriksaan.
  Sebagai pengetahuan, polis boleh kesan nombor kita dan tahu dari kawasan mana kita buat panggilan.
   POLIS 2: Kami telah sampai di tempat kejadian..
   POLIS 1:Ada apa-apa yang pelik tak?
   POLIS 2: Kami telah tengok.. Pintu kunci… Tapi tingkap rumah tingkat atas terbuka.
  Dalam masa yang sama ada panggilan dari nombor yang sama lagi.
   POLIS 1: Hello… siapa di sana…
   PEMANGGIL: Hu..Hu..Hu..(Masih lagi menangis dan letak phone)
  Polis bertugas(Polis 1) terus mengarah polis di lokasi(Polis 2) menyiasat di rumah jiran
   POLIS 2: Encik… siapa yang tinggal di sini?
   JIRAN: Seorang doctor.. Dan dia telah pergi outstation minggu lepas. Dalam perjalanan. Dia terlibat dengan kemalangan.. Dan mati di sana. Sekarang di rumah ini hanya ada isterinya(Juga seorang Doktor pakar) dan dua orang anak kecil. Dah 2-3 hari tak nampak siapa keluar dari rumah.
   POLIS 2: Terima Kasih.
 
  Apabila dengar cerita dari jiran.. Polis 2 dan rakannya pun panggil satu lagi jabatan lain ke tempat kejadian. Untuk mendapat kelengkapan masuk ke dalam rumah itu.Masuk ikut tingkap rumah itu yang terbuka. Iaitu di tingkat atas.
  Apabila mereka masuk. Apa yang mereka dapati adalah mayat 2 orang kanak-kanak. Selepas di buat bedah siasat. Mereka telah meninggal tidak kurang dari 3 hari. Akibat dari disuntik racun.
  Di tepi mayat kanak-kanak itu pula adalah mayat seorang perempuan. Iaitu emak kepada kanak-kanak itu. Dia juga didapati telah meninggal tidak kurang dari 3 hari.
  Persoalannya… Siapakah yang buat panggilan sejam dahulu… Sedangkan telefon ada di tingkat bawah. Rumah pula berkunci rapat…
???????!!!!!!!!!!!!!!!.........................

Huh..Huh…Huuuuuuu………..

Wednesday, July 20, 2011

KERABU NASI - MASAKAN THAI

Image:Google

Hah… kali ini aku nak bagi resipi masakan plak lah Kan??... Baik puan-puan.. Hari Ini Cik WuMing nak bagi resipi yang mudah untuk kita cuba.

  Klasss Gituu…..
  Korang boleh lah try kat mana-mana korang suka…Tepi pantai, belakang rumah atau di dapur rumah Ketua Kampung

Bahan-bahannya adalah;
Nasi yang telah siap dimasak 2 Mangkuk.(Ingat… sesedap mana lauk..tak akan gunanya jika nasi mentah)
Sotong yang telah dipotong 4 keping.
Udang yang telah dibuang kulit dan buang urat hitamnya di belakang 4 ekor.
Kepah 4 ekor
Daging ikan yang telah dipotong 4 keping.
Bawang besar 1/2 biji.
Saderi yang dipotong pokok – 1 pokok.
Tomato jenis kecil 5-6 biji.
Cili 2-3 biji.(potong kecil atau pecahkan.) Ikut sedap rasa… Nak taruh 15 kg pun tak apa. Tapi kena tukar nama ke Kerabu Cili lah pulak.
Air Limau 1 sudu teh.
Kicap 2 sudu teh.
Gula pasir 1 sudu teh.
Kicap 1 sudu teh.

Langkah pertama: Kukus kicap(2 sudu) dan masukkan daging(ikan,sotong,kepah,udang) satu persatu ke dalam mangkuk. Apabila sudah masak. Naikkan dan letak tepi dulu.
Langkah kedua:Sekarang buat perencahnya atau kuahnya. Masukkan Kicap(satu sudu), Air limau,Gula Pasir,Cili dan gaulkan agar sebati dan letak tepi dulu.
Akhir sekali masukkan nasi tadi ke satu bekas besar(agak-agak boleh gaulkan semua bahan tadi). Masukkan semua daging(seafood) itu, bawang besar, Saderi, Tomato, dan air kuah tadi.
  Lepas itu gaulkan kesemua bahan-bahan itu bagi rata. Maka siaplah hidangan korang untuk petang ini…
Last skali.. Hantaq mai Penang…
Selamat mencuba…Terima kasih kerana menonton Rancangannn….

Masak-masak bersama WuMing…..



Tuesday, July 19, 2011

V LOCK

Pernah tak  korang balik rumah malam-malam. Dalam keadaan letih atau nak terkencing sangat-sangat. Kunci pula tak masuk dalam slot dia.
  Hah… tension kan.?  Dengan idea dari Junjie Zhang.. Masalah itu selesai.
  Beliau telah buat satu design kunci rumah yang berbentuk V dan dikenali juga V Lock. Maka dengan ini kita tak ada masalah lagi untuk masukkan kunci kita.
Image:Google
Image:Google

Monday, July 18, 2011

JARI MANIS

Image:Google

  Seorang penjenayah telah menculik isteri seorang jutawan untuk diperas ugut. Apabila dah dapat culik. Penjenayah itu pun buat panggilan kepada Jutawan itu
PENJENAYAH: Hoi… hang nak bagi aku potong bahagian isteri hang dan hantar ke sana baru tau takut? Baru boleh bayar wang ker? Aku nak potong jari dia dulu…
JUTAWAN: Kalau engkau nak potong jari dia… potonglah!!!. Tapi tolong potong jari manis dia dulu, dan pastikan sebelah kiri tau!!!
  Apabila penjenayah terdengar Jutawan itu tidak kisah isterinya di buat demikian. Malah mengalakkan dia memotong jari manis isterinya. Penjenayah itu pun jadi binggung. Dan dia ingin tahu apa sebab. Lalu Penjenayah itu pun bertanya kepada Jutawan itu.
PENJENAYAH: Kenapa perlu mula dengan jari manis?
JUTAWAN: Jika aku dapat isteri aku balik nanti.. Aku tak perlu tahan telinga mendengar isteri aku suruh aku beli cincin yang mahal-mahal untuk dia lagi.
PENJENAYAH:?????!!!!!..................

Sunday, July 17, 2011

PERBEZAAN JENIS KULIT DAN KEDUTAN

Image:Google

  Korang tahu tak?.. Orang yang mempunyai kulit  kering akan menjadi kedut lebih cepat dari orang yang berkulit minyak.
  Ini kerana kelenjar lemak dibawah kulit orang yang berkulit kering tidak berfungsi dengan baik.
  Maka orang yang mempunyai kulit kering haruslah menggambil inisiatif untuk menjaga kulit mereka sendiri.Korang boleh sapu krim atau lotion.
   Memang semasa kita masih muda, ia tak nampak terlalu ketara… Tetapi apabila usia menjangkau 40an.. Rakan sebaya yang mempunyai kulit minyak atau mereka yang selalu menjaga kulit akan kelihatan lebih segar dan muda dari kita.
  Oleh sebab itu, sebelum terlambat.. kita haruslah mula menjaga kulit kita dari hari ini.

Thursday, July 14, 2011

FIKIR-FIKIRKANLAH

Image: Google

Bila tiada Wang naik basikal,
Bila ada wang naik mesin exercise.

Bila tiada wang, ingin kahwin,
Bila ada wang, ingin cerai.

Bila tiada wang, isteri menjadi setiausaha,
Bila ada wang, setiausaha jadi isteri.

Bila miskin, berlagak kaya,
Bila kaya, berlagak miskin.

Kawasan pedalaman, ayam gerak manusia,
Di Bandar manusia gerak ayam.

Dahulu kala, pelakon popular menolak untuk jual tubuh,
Kini pelakon jual tubuh untuk nak jadi popular.

Wednesday, July 13, 2011

RESILIENT


Our Greatest is not in never falling,
But in rising every time we fall.

  Simple saja kan ayat di atas.. Tapi maksudnya sangat dalam. Bagi mereka yang tidak pernah menempuhi kegagalan mungkin tak akan rasa apa-apa.
  Bagi mereka yang pernah jatuh dan bangun dan sedang mula merangkak kembali. Ayat di atas sangat berguna.
  Kita selalu nampak orang pakai kereta besar, rumah besar, isteri besar…..Oooopsss!!!! Sorry …sorry. Bukan isteri besar.
  Kita rasa mereka bertuah.. kan? Tapi adakah kita tahu betapa susahnya mereka bermula dulu. Masa itu kita tak nampak. Apabila kita nampak mereka… Mereka telah Berjaya.
  Jadi… ingatlah bahawa kita perlu terus berusaha. Walau betapa susah. Walau banyak mana rintangan. Kerana,jika kita dapat harungi semua rintangan itu… Maka akan sampailah kejayaan suatu hari nanti.
  Juga ingat.. seperti ayat di atas berkata…
  Kehebatan seseorang itu bukan kerana dia tidak pernah jatuh atau gagal….
Tetapi… Kehebatan seseorang itu adalah kerana dia sanggup bangun dengan penuh semangat setiap kali dia jatuh atau gagal..

Tuesday, July 12, 2011

POLIS DAN PENJENAYAH

Image: Google

Ini adalah Entri yang kedua  untuk hari ini.
Entri yang pertama :CINTA DATANG DALAM HIDUP KITA
  Suatu hari seorang polis telah menangkap seorang penjenayah. Dalam perjalanan untuk menghantar penjenayah itu. Kebetulan polis itu teringin nak hisap rokok.
  Polis itu pun ambil rokok dan  Dia cari lighter untuk cucuh rokok. Lama dia cari tapi tak ada. Dia tertinggal lighter di rumah…
     Polis: Aaaarrgh… tak ada lighter pulak…
Melihat keadaan demikian… Penjenayah itu pun menawarkan dirinya untuk pergi membali Lighter.
     Penjenayah: Tuan… saya pergi beli bagi…
     Polis: Hah!!!... Hang ingat aku bodoh? Nanti hang mesti ambil kesempatan itu untuk lari…Tunggu sini…Aku saja pergi beli….

Fikirlah sendiri…… he..he..he..

CINTA DATANG DALAM HIDUP KITA

Image: Google

Kadang-kadang cinta  datang hanya sekali saja dalam hidup kita,
Dan ia pergi tidak kembali lagi,
Malah kita tidak pun berpeluang  untuk mengetahuinya,
Yang mana satu cinta yang terakhir.

Monday, July 11, 2011

SUAMI DAN ISTERI

Image:Google

  Entri aku yang lepas, aku buat tentang kegagalan sebuah cinta yang bartajuk “KISAH SEBUAH CINTA”. Banyak reaksi dari kawan-kawan.
  Tapi sebenarnya dunia sesebuah keluarga tak semestinya berakhir dengan begitu tragis. Malah ada keluarga yang sangat bahagia. Hidup kekal bersama sepanjang hayat. Hanya kematian yang memisahkan mereka.
  Kali ini aku ada buat satu entri untuk mereka yang sayangkan keluarga dan inginkan kebahagian bersama pasangannya sepanjang hayat.
Cinta pastinya datang bersama kasih-sayang yang penuh romantic….Tetapi itu bukan jaminan bahawa ianya akan berkekalan. Satu-satu pasangan itu mesti berusaha untuk mengekalkannya.
  Hari ini kita terdengar sana-sini pasangan berpisah seperti dalam tajuk INI Ada banyak factor yang menyebabkannya.. Mengikut satu buku yang aku pernah baca, dia ada menyenaraikan 3 langkah untuk mempereratkan hubungan diantara suami dan isteri.
1.    Dating… Banyak pasangan mula menjalinkan perhubungan bermula dengan keluar ber “Dating”. Berdua-duaan. Pergi shopping bersama, melancong bersama, menonton wayang bersama. Tetapi, apabila dah berkahwin. Nak keluar pasar malam bersama pun susah. Jadi… Mulakan aktiviti itu. Kembalikan nostalgia-nostalgia lama. Keluar berdua-duaan. Makan di restoran, dan sebagainya.Lakukan sekurang-kurangnya 1 kali sebulan.
2.    Jangan  biarkan perbualan yang biasa menjadi topic utama antara satu sama lain. Sekali sekala luangkan masa bersama dan tanyakan perasaan masing-masing. Luahkan perasaan masing-masing. Bukan luahkan apa yang tak puas hati… nanti gadoh pula.UFO(piring terbang) penuh pula ruang tamu. Luahkan perasaan kasih-sayang. Seperti I LOVE U , YOU LOVE ME  dan sebagainya…
3.    Lupakan saja Hari Valentine yang datang hanya sekali dalam setahun. Anggaplah hari-hari bersama pasangan korang adalah hari Valentine…Kerana semua orang tidak tahu..Adakah Hari Valentine tahun depan kita masih bersama atau tidak…
  Di sini contoh yang terbaik yang aku tahu adalah YATT, MISSCHA dan juga LINDAHERY. Korang boleh tengok kat Blog mereka…
Wah… lepas aku taip entry ini… rasa macam pakar pula dalam percintaan… Sebenarnya tak pun… Aku pun baca juga dulu.. Saja nak share dengan korang. Kan Blog aku ini banyak yang beri petua dan benda-benda macam ini…

Sunday, July 10, 2011

PERMINTAAN YANG SANGAT SUKAR

Image:Google

Seorang lelaki berjalan-jalan di tepi pantai. Dia nampak sebiji botol lama bersama gabus yang menyumbat mulut botol itu.
  Pemuda itu ambil botol itu dan perhatikannya seketika. Dia buka penutup botol itu… tiba-tiba keluar asap berkepul-kepul dan keluar seekor Jin.
  “Ha..ha..ha….. akhirnya aku bebas. Wahai manusia.. Engkau sudah bebaskan aku. Sebagai balasan, aku akan tunaikan satu hasrat yang engkau minta.”Kata Jin itu
  Selepas pemuda itu fikir sejenak, dia pun berkata. “Jin… aku nak pergi Hawaii… tapi aku takut naik kapal terbang. Aku juga tak boleh naik kapal layar, takut mabuk… Boleh tak kau buat jambatan dari sini sampai ke Hawaii…?”
  Jin itu terus menjawab “ Peerrgghhh… engkau buang tebiaatt ker ?  susah tuu… mana nak buat cerucuk ke dalam laut, nak buat jalan lagi dan ia perlu kuasa yang sangat besar untuk melakukannya….Ia memang sangat susah untuk dilaksanakan… Engkau minta sajalah benda lain”
  Pemuda itu diam sebentar dan menyatakan hasratnya yang lain kepada jin itu “Boleh tak kau buat aku senang memahami wanita, mampu buat mereka ketawa dan menangis, buat bagi mereka marah dan sayang dan buat aku dapat jalani kehidupan dengan mereka tanpa sebarang masalah.”
  Selepas mendengar permintaan pemuda itu, Jin itu terus menjawab… “ Ok lah… Jambatan tadi engkau nak berapa lorong?”
  Korang faham tak cerita ini… Wanita sekalian… jangan marah yer….Hiburan saja…He..He…He… Lelaki dan wanita pun ada yang susah difahami. Juga ada yang senang difahami….  Aku sayang semua wanita…terutamanya Emak dan Wife aku…He..he..he..

Saturday, July 9, 2011

WIRA BOTAK

Image:Google
  Wira tanpa rambut atau dengan lain perkataan “Wira Botak”adalah seorang bekas tentera yang  kepalanya botak licin. Beliau berusaha untuk menutup kepalanya dengan memakai rambut palsu.
  Suatu hari beliau keluar  memburu dengan kawan-kawan lamanya. Yang juga merupakan askar-askar pencen.
  Semasa memburu, angin bertiup dengan kencangnya. Lalu angin telah menerbangkan rambut palsunya. Maka terpampanglah kepalanya yang botak lagi licin itu.
  Apa lagi… bagai nak pecahlah perut kawan-kawan gelakkannya….. (Tak baik tau gelak kat orang)
  Dengan selamba “Wira Botak” itu berkata untuk menutup kemaluannya….… “Heh..Heh.. rambut betul yang lekat di kulit kepala pun tercabut… Inikan pula Rambut Palsu”……..Sambil tersenyum hambar…..

Thursday, July 7, 2011

KISAH SEBUAH CINTA



  Di awal perkenalan antara Azroy dan Embun amat manis… Bagaikan gula bermadu…

Image:Google
Azroy: Embun…… Abang makan tak lalu laa kalau tak berjumpa  dengan Dik Embun….
Embun: Saya pun sama… seminit tak berjumpa bagaikan setahun lamanya…Abang Roy…

  Ketika cinta berputik segalanya indah… Maka kedua-dua pun bersetuju, cinta mereka diikat… Bertunanglah mereka..

Azroy: Ayang...Embun… Abang adalah orang yang tidak banyak karenah…
Embun: Ayang… Abang Roy.. saya juga tak pandai merajuk…

  Masa lalu begitu indah… tenang dan bahagia… Kedua-dua pun melangsungkan perkahwinan.

Image:Google
Azroy: Dinda…Embun…Abang pulang awal tiap-tiap hari…
Ambun: Kanda…Abang Roy..Saya juga sudah siap masak untuk abang…
Azroy: Dinda Embun…Abang serah semua wang gaji abang pada dinda..
Embun: Saya juga akan berjimat cermat…

  Saksi hubungan percintaan mereka. Maka lahirlah seorang anak lelaki yang comel. Ketika anak berusia 10 tahun, namun cinta pasangan yang dulunya bahagia… kini sudah hambar. Segala kemanisan cinta sudah bertukar menjadi pahit.

Image:Google
Azroy: Tembun… aku dah balik… Mana nasi…Lapar
Embun: Boroi…saya pun sibuk baru balik dari Mesyuarat Syarikat Jualan Langsung.
Azroy: Tembun… Esok aku balik lewat… pergi clubbing dengan kawan-kawan.
Embun: Saya juga balik lewat ada prospect nak jumpa.
Azroy: Hoi.. Tembun nah duit… Aku bagi banyak ini saja…
Embun: Sekarang perbelanjaan rumah juga dah meningkat… Saya juga tak cukup..

  Setelah segalanya berubah… tiada lagi gelak ketawa. Tiada lagi kebaikan untuk dikongsi bersama… Akhirnya perpisahan adalah penamat..
  Kerana masalah dua orang dewasa. Berpisah dengan alasan  tidak lagi bersefahaman… Mangsa yang tidak bersalah adalah si anak kecil…….
Image:Google



Tuesday, July 5, 2011

MY FRIENDS

Seperti yang aku telah janjikan. Bahawa aku akan buat satu entri untuk menghargai Kawan-kawan aku. Mereka telah lama berkunjung ke Blog aku… sama jugalah aku pun akan terjah Blog mereka setiap kali kau online.
  Aku memang suka ingat apa yang orang buat kat aku. Dan aku akan kenang mereka selalu.
  Aku tahu Blog aku ini tak lah seberapa sangat. Tapi mereka ini tetap tak jemu untuk berkunjung ke sini. Malah sanggup buat back link ke Blog aku. Taruh nama Blog aku dalam Blog list mereka… Cayaa laahhh
  Tetapi sebelum itu, aku mohon maaf dulu lah… jika aku ambil bahagian mana-mana dari Blog mereka tanpa memberitahu selebih dahulu. Korang boleh bagitahu aku jika korang nak aku padamkan gambar-gambar atau apa-apa tentang Blog korang.
  Mereka memang terbaik. Ok sekarang aku buat satu-satu.



LINDAHERY – Cantik woo blog dia.. Aku pun jealous.. Jealous saja laaa.. Tak sampai laa nak  dengki. Kawan aku tuu.. Walaupun aku kenal kat sini saja. Tapi aku support dia. Dia juga sama.



ALIN – Sempoi juga blog dia. Sejak awal dulu pun dia dah listkan Blog aku dalam Blog list dia. Walaupun sekarang dia agak sibuk(tapi dia sempat layan Youtube taw?). Tapi dia juga ada masuk dan komen kat Blog aku.




SUHA – Ada kaa patut, dia kata Putera tak boleh kiss katak… Boleh apa?...Memandangkan dalam Blog dia ramai katak-katak yang comel…He..He..He..




YATT – Kalau korang nak tahu lokasi makanan yang sempoi-sempoi…Layan sini. Aku terliur kadang-kadang tengok gambar-gambar yang di post kat entri dia… Tapi aku jenis tak suka jalan-jalan cari makan.. Mana dekat dan sedap.. aku ok saja…



CIK AZIZAH – Hah… ini ahli kempen kesihatan ni… Malah WuMing juga tersenarai…Banyak tips berguna juga kat sini..Biasa laa seorang Misi(Nurse)…Aku suka kat Nurse.. Mereka sentiasa nampak bersih dan ceria saja… Best Woo….




MISSCHA – Rajin buat Entri ni… Kadang-kadang ada dua entri dalam satu hari…Aku akan masuk Blog dia tiap-tiap hari… Malah semua yang ada dalam list ini. Aku juga masuk…Kalau ada apa terbaru aku komen… Tak ada… aku baca yang lama…



SHE'S GEE – Adik comel ini juga diantara  mereka yang sudi  masukkan nama Blog aku dalam Blog list dia. Blog dia warna Pink..cute…rajin edit blog dan buat entri…Kadang-kadang aku panggil dia Ustazah saja….




.M Y Z. – Wahh… blog dia warna Ungu… cantik… Dia juga rajin buat entri –entri yang bermakna… Caya laahhh..Juga rajin komen..



KERY KHAIRY – Last but not least… itu dia… satu-satunya kumbang dicelah-celah bunga yang mekar… Best gak Blog dia.. Ada entri yang sangat baik untuk dihayati.




Miss Frog - Miss Frog juga the best.. tapi akhir-akhir ini blog dia tak boleh buka lah pula... tak tau pasai apa...

         Rye Skema - Juga adalah sorang yang support aku.


Bagi mereka yang aku terlepas dan tak dapat aku masukkan disini aku minta maaf. Korang boleh beritahu aku. Dan aku akan masukkan.
 Buat pengetahuan korang Entri ini akan aku masukkan ke dalam Nav Bar (MY FRIENDS)… Jadi semua orang boleh tengok sampai bila-bila. Dan akan diupdatekan dari semasa ke semasa.

*Lepas ini aku nak buat entri tentang kawan-kawan yang rajin Komen pula...Tungguuuuu....!!!