SELAMAT TAHUN BARU 2015

Thursday, June 30, 2011

NOTIS

Memandangkan aku tak akan dapat ONLINE selama 4 hari (2hb July 2011 – 5hb July 2011). Kerana ada urusan yang perlu diselesaikan.(Balik Kampung laaa..mana lagi) Maka dengan kesempatan ini aku postkan 3 entri sekali dalam satu hari. (4 termasuk yang ini).


  Sebenarnya aku Boleh bawa Laptop... Tapi korang tahu laa kan... Susah woo bawa benda ni.. Nak tinggal..takut hilang... Nak bawa...Huh...malas laa..Tertinggal kat kedai makan lagi tension... Jadi... Aku tinggal saja kat ofis...He..he..he..
  Korang boleh baca perlahan-lahan. Komen lah apa yang patut… Yang belum follow lagi tu follow laahhh.. Jangan tunggu lagi… Rugi taw……..Yang dah tuu…WuMing sangat hargai…Korang memang terbaeekkk….
Teristimewa pada yang selalu Komen dan Listkan Blog WuMing dalam Blog mereka… Wuming akan buat satu entri untuk mereka nanti. Mereka yang telah listkan nama Blog WuMing dalam Blog mereka seperti:



Dibawah adalah tajuk entri aku untuk hari ini.

BERKORBAN DEMI DARAH

  Kisah ini agak menyayatkan hati. Bagi mereka yang punyai hati yang tidak teguh. Dinasihatkan jangan baca cerita ini.
  Ini adalah kisah benar yang berlaku di Malaysia… Mungkin juga ada kes-kes begini berlaku di tempat lain..
  Aku teringat kisah ini semasa aku boring-boring kat rumah semalam… MC… tak ada apa buat…..Jadi aku nak kongsi cerita ini pada korang…
  Waktu ketika itu menunjukkan pukul 7 setengah petang. Di satu sudut sebuah rumah,Ibu dan anak sedang bercakap. Mereka berbincangkan sesuatu…Mari kita baca apa yang mereka bincangkan..
IBU: Tak usahlah pergi nak… biar saja mak yang pergi..

ANAK: Ohhh…tidak(nada macam drama swasta).. Biar saya saja yang pergi…

IBU: Emak dah tua..kalau mak terkorban pun tak apa… Kamu masih lagi muda…

ANAK: Tidak bu… saya tak sanggup melihat apa-apa  berlaku pada mak..

  Akhirnya Sang anak yang taat lagi setia pada ibunya pun pergi… Dia pergi dengan semangat wirawati.. Ibunya hanya melihat dari jauh… Tanpa berkata apa-apa.. Hanya linangan air mata saja… Ibu mana sanggup lihat anaknya pergi mencari atau pergi buat perkara yang membahayakan diri… Tapi apakan daya.. Dia terpaksa akur dengan kehendak anaknya… kerana dia tahu dia pun akan hidup hanya beberapa hari saja lagi….
  Tiba-tiba……..

PANNGG!!!!!!!!

V

V

V

V

V

V

V

V

V
WuMing: Ish… Nyamuk ni…

*Nyamuk akan hidup hanya seminggu atau dua minggu sahaja, dan hanya nyamuk Betina hisap darah untuk hidup

MENARI UNTUK KESIHATAN

Senaman aerobic adalah satu cara untuk kita senaman sebenarnya. Ia juga mempunyai fungsi yang sama dengan kita berjogging, bersukan dan sebagainya.
  Korang tahu tak ?..Bersukan dengan cara-cara ini selain dari menyihatkan jantung kita, ia juga dapat menyihatkan kulit kita.
  Ini adalah kerana semasa kita bersenam itu, ia secara tidak langsung lemak atau kalori dalam badan kita akan terbakar(tapi tak perlu panggil Bomba). Ia juga melancarkan system peredaran darah dalam badan kita.
  Apabila darah ini berjalan dengan lancar dan melalui saluran darah pada kulit kita. Dengan secara tak langsung ia telah menyihat dan mencantikkan kulit kita.
  Jadi… walau semalas mana pun kita bersenam. Kita tetap perlu lakukan.. Untuk diri sendiri.. bukan untuk ketua kampung pun… Kecuali lah yang berkahwin dengan ketua kampung.

BERI CINTA PADA YANG SUDI

Jika suatu hari nanti kita berjumpa dengan seseorang yang menghargai cinta kita..
Berilah cinta itu kepadanya..
Maka kita akan ketahui bahawa cinta itu adalah berharga
Dan betapa pentingnya cinta itu pada kita…

Wednesday, June 29, 2011

MASA & USIA


Pada usia muda kita sangat bertenaga. Punyai terlalu banyak masa. Tapi sayangnya tiada wang.



Semasa sudah dewasa. Kita telah berkerjaya. Masih lagi kuat dan sihat. Telah mendapat pendapatan yang tetap. Namun kita pula tidak ada masa.



Hari tua. Segala keperluan hidup, kita ada. Wang ringgit, masa dan kebebasan. Tetapi ia sudah terlalu lewat. Kita dah tak larat.Sudah tidak bertenaga lagi.

Fikir-fikirkan lah…..

Tuesday, June 28, 2011

KESETIAAN DALAM PERCINTAAN

Jika kita di lahirkan untuk menyintai seseorang,
Orang itu pasti akan memberi cinta yang sejati untuk kita.
Tetapi
Jika kita dilahirkan untuk menyintai lebih dari seseorang,
Percayailah bahawa kita juga tidak akan mendapat cinta yang sejati,
Walaupun hanya satu..

Monday, June 27, 2011

MELECUR

  Pernah tak korang terkena air panas atau terkena ekzos motor?. Aku rasa ramai yang pernah kena… Kan?
  Dalam keadaan macam itu. Mana nak cari ubat… Mana sempat nak ke klinik.
  Tapi korang tau tak ada barang di rumah yang boleh merawat kulit melecur buat sementara waktu. Malah tak perlu wang yang banyak dan tak susah nak cari.
  Putih Telur… ya… Putih telur , telur ayam yang kita makan tuu…. Ambil putih telur dan sapu pada bahagian yang terkena air panas atau bahagian yang melecur. Biarkan ia kering.
  Selepas kering dan kesakitan telah berkurangan, maka cucilah dengan air bersih sejuk. Hasilnya amat menakjubkan….
  Tapi ingat… cegah adalah lebih baik dari mengubati….. J

Sunday, June 26, 2011

UNTUK LELAKI IDAMAN MALAYA


 Entry ini lelaki-lelaki idaman Malaya semua mesti teruja ni…
1.    Lelaki tidak digalakkan minum air sejuk atau air berais(lebih baik jika boleh hentikan terus). Kerana ais yang sejuk ini boleh mengakibatkan zakar korang sejuk serta menjadi lembik. Ia juga mengakibatkan zakar  berasa ngilu ketika berjimak. Makanan  atau buah – buahan yang bersifat sejuk juga tidak baik jika dimakan berlebihan. Ia akan nenyebabkan air mani  keluar terlalu awal.
2.    Jangan makan nasi dan berselang  - seli dengan minum air. Kesannya samalah dengan minum air ais. Korang haruslah makan nasi sehingga habis baru lah minum air, kecuali jika  tercekik(Tak guna juga kalau alat sulit power tapi kita dah kojol…he..he..he..). Apabila telah habis makan nasi  rehatlah  sekurang – kurangnya 2 minit baru minum air.
3.    Terus makan ketika lapar dan berhenti sebelum kenyang. Minum ketika terasa dahaga dan jangan minum terlalu banyak. Memadai untuk menghilangkan rasa dahaga.
4.    Jangan amalkan mandi pada waktu malam.
5.    Jangan sesekali melakukan persetubuhan di dalam air.
Bagi wanita idaman Malaya pula… Boleh lah share tips ini dengan yang tersayang…J

Thursday, June 23, 2011

TOP COMMENTOR

Entri aku yang kedua untuk hari ini...He..he..he.. biasa la banyak masa...



Wah...!!!! Aku dapat award dari MissCha

Sambil pegang kertas dan buat-buat hiba  dan nak menangis... Sambil cakap bahasa English.. walaupun lintang pukang...

"Ooww,... you know.... Well....I don't know what to say"..(Dah tau tak tahu nak cakap.. turun laaa.. terhegeh-hegeh buat apa lagi  kat pentass)..

Thanks for Bla..bla..bla...(Music bunyi)..

Not forget thank for Bla..bla...(Music Lagi Bunyi)

You know... (akhirnya turun selepas kena baling dengan kasut...)

**** Yang ini serious-  MissCha..... Apa-apa pun WuMing betul menghargai MissCha.. Terima kasih.. Kepada kawan-kawan yang lain... Jom kita support MissCha

PEMBURU CINTA

Sebenarnya aku ini rocker tahap metal… Hardcore dari zaman sekolah lagi… Aku memang tak suka lagu jiwa-jiwa. Malah cerita yang berkonsepkan cinta pun aku tak layan.. Bayangkan cerita TITANIC yang top seluruh dunia itu pun aku tak tengok sampai kehari ini…
  Bukan aku benci tapi aku malas nak layan….
  Aku memang tak tahu bermadah, berpuisi atau bersajak…
Tapi bila aku boring…mai jugak lah idea sewel-sewel aku ini… Jom kita baca apa yang aku fikir dan apa hasilnya…


 
  Bercinta terburu-buru
Adalah sama seperti seorang panglima tentera yang berperang tanpa Strategi,
Tanpa perancangan yang rapi..

Ramai telah terkorban di medan cinta..
Kerana hanya berbekalkan kasih dan sayang..
Tanpa akal dan fikiran di dalam Cinta..

Akhirnya mereka kecundang….

Madah Bertomyam dari:WuMing

Wednesday, June 22, 2011

FITNAH



  Hah…!!!! Sakit hati woo kalau orang buat fitnah kat kita… Kan…Kan…Kan??.. Aku tak pasti laa samada semua orang pernah kena fitnah atau tidak. Tapi aku pernah laa kena. Tapi tak lah teruk..
  Apa yang aku faham dengan fitnah ialah. Sesuatu perkara yang kita tak lakukan atau perkara yang tak benar tapi orang lain kata kita lakukan perkara itu. Dengan niat untuk menjatuhkan kita, atau menganiaya kita.
  Aku masuk dalam golongan bukan laaa baik sangat. Aku tak boleh laa senyum kalau tahu orang fitnah kat aku. Aku akan cuba bela diri aku sedaya upaya. Kalau aku tahu laaa… Masalahnya aku tak tahu… Mereka cakap dibelakang saja.
  Apabila perkara itu sampai di telinga aku ia pun dah bertahun lamanya.. Aku pun diam saja laa.. Malas laa nak ungkit…. Kejam tau orang yang suka fitnah orang ni.. Seumur hidup aku.. aku tak pernah la buat fitnah kat orang… kot… rasa-rasanya lah.. Kih..kih..kih…
  Baru-baru ini kawan aku difitnah… Mula-mula masa dia cerita, aku buat tak tahu saja… Selepas dia habis cerita baru aku marah… Banyak perasaan yang timbul masa itu…Marah, sakit hati, geram dan tak boleh percaya semua pun ada… Sampai hari ini aku pun tak boleh terima… Biasa laa kawan kena fitnah… Aku kan kawan mithali…..
  Jom kita baca apa dan macammana kawan aku itu cerita kat aku…

Kawan Aku: Bruk….aku sedih laaa…

WuMing: Hang sedih pasai apa plak Bruk??.. Tikus kat rumah meninggal?

Kawan Aku: Bukan..bukan…

  Aku pun diam saja… aku bukan tak kenal dengan kawan aku ini… akal dia aku dah boleh baca…. Tak ada satu pun yang serious….

WuMing: Hang cerita laaa… dok buat celakarama buat apa?... Hang ingat orang bayar gaji aku mai dengar hang merapu…

Kawan Aku: Aku di fitnah…

  Aku pun pandang dia.. tapi tangan masih lagi kat keyboard. Taip entri untuk blog aku ini…Aku buat-buat sedih dan concentrate dengar dia… padahal aku nak siap cepat-cepat entri aku yang bertajuk “Kurang Tidur Punca Diabetes”

Kawan Aku:Bruk…. Hang dengaq tak aku cerita ni…

WuMing: Cerita laa…aku dengaq…Hang kena fitnah apa?

Kawan Aku: Kawan aku fitnah aku… Dia kata aku “HANDSOME”
 Aku terus pandang dia, berhenti menaip dan berkata…

WuMing: Hah!!! Memang fitnah…!! memang fitnah!!… Kawan hang tu buta… kejam dan segala yang berkaitan dengannya……

*Bruk – Kalau kat KL orang kata Bro..


 .

Tuesday, June 21, 2011

Kurang Tidur Punca Diabetes

Sebenarnya banyak penyakit berpunca dari tidak cukup tidur. Juga ada banyak factor yang menyebabkan kita menghidap penyakit Kencing Manis. Tetapi entri aku kali ini hanya bincang tentang Diabetes yang disebabkan oleh kurang tidur.
Badan yang mendapat rehat yang mencukupi(tidur) akan menggunakan Insulin pada kadar yang rendah.
  Sebaliknya badan yang rehat tidak mencukupi (kurang tidur) akan menggunakan Insulin pada kadar yang banyak.
Apakah Insulin?
Insulin adalah sejenis Hormon dalam badan yang dikeluarkan oleh kalenjar Pankreas. Insulin ini adalah berguna untuk mengawal tahap glukos dalam badan. Ia bertugas untuk mencernakan glukos dan bertindak membenarkan glukos dalam darah menembusi sel.
  Maka dengan kurangnya Insulin akan menyebabkan kesukaran tubuh badan kita untuk mengawal kadar gula dalam darah. Maka dengan inilah terjadinya penyakit Kencing manis atau Diabetes.
Apakah Diabetes?
Diabetes adalah keadaan dimana badan mengalami kekurangan Insulin atau insulin yang dikeluarkan kurang berkesan. Apabila keadaan ini terjadi ia akan menyebabkan Glukos dalam darah meningkat diluar kawalan dan akhirnya dikeluarkan melalui Urin atau air kencing. Jadi orang pun panggil laa “Kencing Manis”.
Tajuk Dari: The Seattle Times, July 22,2001

Monday, June 20, 2011

Kalori


  Kalori adalah unit yang digunakan untuk menggukur TENAGA(dalam badan manusia dan makanan). Sebenarnya perkataan “CALORIE” ini berasal dari perkataan latin iaitu Calor(Haba)
  Kita selalu dapat lihat perkataan Kalori ada tertulis pada kotak-kotak makanan. Kerana kalori ini terdapat pada hampir setiap makanan yang kita makan. Tapi kandungan kalori pada setiap makanan itu adalah berbeza.
  Jika kita makan makanan yang seimbang dengan penggunaan kalori(tenaga) kita seharian. Maka kita akan mempunyai berat badan yang seimbang dengan  ketinggian kita. Tetapi sebaliknya jika kita sumbat kalori banyak-banyak tapi penggunaannya adalah kurang… Maka “OBESITI” lah jawabnya..
  Macam WuMing mempunyai ketinggian 177cm dan berat badan hanya 68Kg. Ini dikira ok. Korang boleh buat calculation sendiri… kih..kih..kih…(BMI Formula)

  Ok.. sekarang jom kita tengok. Aktiviti harian kita dan berapakah kalori tenaga yang kita gunakan.
·         Tidur – 60Kcal
·         Duduk tengok TV – 90Kcal
·         Berjalan-jalan di taman atau di mana-mana korang suka – 120Kcal
·         Buat kerja rumah(Menyapu sampah,lap lantai dsb – 150-200 Kcal(bagi mereka yang malas tolong mak kat rumah, bukan sahaja berdosa malah akan jadi gemuk…Huh…..)
·         Main Badminton – 350 – Kcal
·         Jogging – 500Kcal
Sekarang jom kita tengok makanan dan kandungan kalorinya.
·         Sekeping roti – 70kcal
-Sekadar duduk tengok TV sejam pun dah habis semua dah.
·         Kopi susu/Teh susu – 100 – 150 Kcal (sebenarnya dalam kopi dan teh ini hampir tiada langsung kalorinya. Tapi semuanya semata-mata datang dari gula dan susu .
-Tidur dan duduk tengok TV. Masing-masing sejam pun dah habis lah.
·         Semangkuk Koey Teow sup -  350Kcal
-Korang perlu jalan di taman dan buat kerja rumah masing-masing sejam.
·         Nasi Goreng dan telur mata – 550 Kcal
-Hah.. korang kena berlari-lari anak atau berjogging selama sejam.
Ini ada beberapa contoh yang aku dapat beri pada korang. Jadi bagi mereka yan ingin kelihatan slim atau mempunyai berat badan yang ideal… Perlulah berjaga-jaga. Jika makan makanan yang berlebihan kalori tapi duduk depan Laptop update Blog saja memanjang.. Kena jaga lah.. Terpulang lah pada individu…Ada yang tak kisah pun…Aku hanya beri yang info disini..

Friday, June 17, 2011

Hati Dan Perasaan Orang Lain - Bah. 2


Pink Colour Lagi.. Jangan Main-Main

  Hah… macam Pirate Of The Caribbean pula… siap ada part 1,2,3… Kih..kih..kih.. Syok woo cerita tuu… Johnny Depp adalah pelakon kegemaran aku.
  Alamak terkeluar tajuk sekejap. Memandangkan ada komen yang ingin aku perjelaskan secara panjang lebar. Maka terkeluarlah Entri ini.
  Aku tahu ramai yang ingin lakukan seperti apa yang tertulis dalam entri ini.. Namun apa kan daya. Dugaan yang menimpa terlalu hebat.
  Kita ingin berbaik dengan semua orang…. Orang kata kita mengada-ngada. Kita ingin tolong semua orang, orang pula kata kita mengampu. Jika kita selalu maafkan orang.. orang pula mengambil kesempatan.
  Memang.. memang susah kita menjalani kehidupan kita jika kita terlalu tunduk dan mengaku kalah. Kita akan di buli. Kita akan di persenda. Lebih-lebih lagi kalau lelaki. Mereka akan dikata pengecut, dayus, chicken,ayam,itik dan sebagainya laahhh
  Tapi… kita kena faham. Sebenarnya orang yang selalu dengki, marah, hina atau cari kesalahan orang lain itu sebenarnya mereka bukan sebahagia mana pun… Mereka juga berpura-pura.Mereka pun tahu orang lain tak suka mereka.
  Apa kata kawan-kawan aku….
1.    Farhana – Kita diperlekehkan sebaliknya kita pula berjaga-jaga nak keluarkan kata-kata..
2.    Cik Azizah – Kita jaga hati orang lain, tapi orang lain tak jaga hati kita puun.
3.    LindaHery - Kita makan hati (berulam jantung) kerana orang lain tak kisah sangat dan buat kita semakin pudar atau tawar hati nak buat baik
Memang..memang ada orang macam itu. Tapi korang tahu tak, orang macam itu bukan ada ramai kawan pun. Kalau ada pun bukan ikhlas dengan dia.. Dah perangai dia macam itu. Kita tak perlu hirau dengan dia. Tak perlu gadoh… Elak sebanyak yang mungkin dari berurusan dengan orang macam itu.
  Berlainan pula dengan komen mereka ini…Inilah yang dikatakan keseimbangan.. Ada orang sokong, ada pula orang yang agak sangsi.
1.    tucintiut – Memang Kita akan hilang kewarasan ketika marah.
2.    She'sGee – Juga setuju dengan entri sebelum ini.
3.    Sarah Mohamad – Kerana masing-masing dengan ego, akhirnya terus bermusuhan.
4.    m.y.z – Semuanya bergantung kepada situasi dan keadaan masing-masing.
5. MissCha - Juga setuju
Terima kasih kerana beri pendapat. Bagi aku. Aku sokong dengan kedua-dua kumpulan ini. Mereka beri pandangan yang berbeza namun semuanya dengan alasan tersendiri.
  Aku juga sama dengan kedua-dua kumpulan ini. Kerana aku dah jumpa ramai orang. Aku dah jumpa berbagai jenis ragam manusia.
  Tapi aku akan elak dari bertembung dengan mereka yang degil(tak tahu menghormati orang lain) itu. Dah tak boleh ubah mereka lebih baik aku elak saja. Nak gadoh?... Tak mau laa.. tak ada keuntungan langsung.. Orang lain akan pandang kita sama dengan orang itu juga.
  Tapi ada juga orang yang aku tak berapa suka dahulu.. Kini jadi best friend…
  Apa-apa pun ini adalah pendapat aku.. Aku pun bukan sempurna.. Hanya taip apa yang aku faham lah.. Berdasarkan pengalaman hidup aku.

Turut memberi pendapat adalah:
1.    Fyna
2.    Mawar Berduri
3.    Bro Ahmad


Thursday, June 16, 2011

Hati Dan Perasaan Orang Lain



Hati Dan Perasaan Orang Lain
Pernahkah Anda Menjaga Hati Dan Perasaan Orang Lain?
Ketika ada masalah dan berada didalam ketegangan,
Pernah tak anda hirau tentang  perasaan orang lain?
Pernah tak fikir tentang hati mereka dan juga diri sendiri?
Atau hanya biarkan saja kerana mereka tidak terlalu berharga untuk kita fikirkan?

Ambil berat tentang hati dan perasaan orang lain bukanlah satu kelemahan tetapi satu kebaikan..

Bukan kekerasan tetapi keteguhan.
Bukan satu kekalahan malah satu kemenangan  yang besar.

Engkau pujuklah aku dahulu, engkau tegurlah aku dahulu,
Masing-masing penuh dengan perasaan ego..
Akhirnya masing-masing bertukar jadi seperti batu.

Ketika pedulikan orang lain, kita telah mula menunjukkan kelembutan dan kebaikan,
Ketika pedulikan orang lain, kita telah mula berubah,
Ketika pedulikan orang lain, kita telah mula untuk memaaf,
Ketika pedulikan orang lain, kita telah mula senang untuk berkawan,
Ketika pedulikan orang lain, akhirnya orang lain akan menjaga dan ambil berat tentang hati dan perasaan kita.
Perasaan ini juga umpama seperti pokok yang hidup. Jangan dibiarkan dia tumbuh sendiri. Mesti jaga. Seperti pokok juga, dimana ia perlu selalu disiram dengan air. Udara yang mencukupi, juga tidak ketinggalan cahaya matahari.
Renungilah….



Tuesday, June 14, 2011

Kita Minum Dulu...


  Minum air ini masa mana pun bagus untuk kesihatan. Aku pernah buat entri tentang kebaikan minum air ini.Klik Sini
  Tetapi minum air pada masa yang sesuai akan memaksimakan keberkesanannya. Jom kita tengok…
·         2 gelas selapas bangun pagi – Akan mambantu menghidupkan semua organ dalam badan kita.
·         1 gelas 30 minit sebelum makan – Akan mambantu system penghadaman agar berjalan dengan lebih lancar dan sempurna.
·         1 gelas sebelum mandi – Akan membantu mengurangkan tekanan darah tinggi atau boleh menyelaraskan tekanan darah kita agar berada pada tahap yang sesuai.
·         1 gelas sebelum tidur – Dapat membantu menggelakkan dari terkena stroke dan serangan jantung.

Monday, June 13, 2011

Derma Darah


  

Hah… aku tension hari ini… Pagi-pagi lagi aku p makan kenyang-kenyang.. Nak ke Hospital derma darah.. Memang aku dan kawan-kawan akan pergi derma setiap 3 bulan…
  Tapi malangnya aku tak boleh derma hari ini. Ini kerana kelikatan darah aku tidak mencapai tahap yang dikehendaki.
  Kelikatan darah yang layak adalah di antara Hb13.5g hingga Hb18g. Tapi aku punya hari ini hanya Hb12.9g sahaja. Nurse yang bertugas itu berkata “Adik… adik tak boleh derma hari ini… Kelikatan darah tak cukup.. Kalau perempuan macam ni boleh lah…”
  Hah…!!! point kawan aku nak perli aku ni.. Dia kata aku makan Hormon untuk  jadi perempuan… Lawak-lawak… Tapi aku semakin tension…
  Nurse bagi satu beg supliment food kat aku.. Hah.. Tak payah makan nasi laaa.. Makan ubat tu pun dah kenyang dah…
  Tapi tak apa… Mungkin 2 minggu lagi aku dah ok…  Sabar saja laaa……
Ini beberapa kebaikan yang aku dapat dari menderma darah
1.    Akan dapat layanan istimewa rawatan di Hospital kerajaan – Ada tercatat di akhir muka surat buku catatan derma darah)
2.    Kita akan dapat suntikanVaksin Hepatitis B percuma.
3.    Dapat tahu tahap kesihatan kita – Sekurang-kurangnya 3 bulan sekali.
4.    Badan dapat memproses darah baru.
5.    Dapat membantu orang yang memerlukan darah.
6.    Dan mungkin ada banyak lagi, tapi aku tak tau… kih..kih..kih…
Saja nak share dengan korang… Memandangkan aku tak ada apa entri nak post hari ini… he..he..he.. 

Sunday, June 12, 2011

Masakan Ibu


  Dulu masa aku baru keluar dari rumah, aku tak ambik pusing dengan perkataan ini. Malah aku tak faham pun.
  Masa itu kalau aku baca paper dan wartawan temuramah artis. Apa makanan kegemaran awak? Dan kalau artis itu jawab “Masakan Ibu” Aku mesti merungut… Ya laa masakan ibu… Apa?.. Masak apa… asam pedas kaa?… tumis kaa dan banyak lagilah persoalan yang akan aku tanya.
  Kini setelah berkurun lama… eh..eh..tak la sampai berkurun… Tapi lama juga laa…. Aku berhijrah dari kampung aku… Baru aku sedar…Baru aku faham… Apa itu masakan ibu… Mungkin ada orang kata aku lembab… lantak lah… aku tak marah… memang pun…
  Kini aku dah faham.. Rupanya apa saja masakan yang mak aku masak, aku akan melantak saja… Berbanding dengan makanan di kedai makan… Aku cukup tension… Aku selalu bayar mahal… Sebab aku agak memilih.. Kerana aku takut masakan itu tak sedap.. maka aku akan ambik lauk berbagai jenis…
  Dengan ambik lauk berbagai jenis… maka aku boleh tak makan mana yang tak sedap dan makan yang mana sedap… Tapi kalau aku ambik lauk sikit.. Tak sedap lauk itu… maka tak lalu lah aku makan nasi itu lagi…Sebagai insuranlah konon-kononnya…
  Tapi kalau di rumah…kadang-kadang  mak aku masak lauk dua jenis saja… Tak pernah komplen pun.. belasah habis…
Ini lah yang dikatakan masakan ibu… Memang tiada bandingannya….
 Mak… saya sayang mak…

Thursday, June 9, 2011

Kemewahan Dan Kesetiaan

Ada seorang lelaki yang memulakan kerjayanya hanya sebagai seorang pekerja kelas bawahan. Kerana usaha gigihnya…. Bukan untuk bekerja, tapi mencari wanita kaya sebagai isteri. Dia pun berjaya.
  Setelah lama bersama, dengan bantuan dari isterinya yang berasal dari keluarga orang kelas atasan. Lelaki itu telah bergelar seorang Ahli Keparat yang berjaya.
  Setelah 30 tahun bersama isterinya yang banyak membantu, dia telah bercinta dengan seorang perempuan kaya yang lain pula. Yang jauh lebih muda darinya. Isterinya tak dapat menerima hakikat ini.Biasa laa mana ada wanita yang berfikiran waras boleh menerima. Maka runtuhlah rumah tangga ini.. Rumah kemana, tangga ke mana…
  Biasalah orang kaya… masing-masing dengan ego masing-masing. Berlakulah saman menyaman pula selepas itu.
  Lelaki muda yang lain… berkongsi wang dengan bakal isteri untuk mendirikan rumahtanggga. Setelah melebihi 30 tahun melalui pelbagai rintangan, onak dan duri. Mereka telah berjaya dalam kehidupan.
  Punyai rumah mewah serta kereta besar. Lelaki muda tadi kini berusia 50an. Berjumpa cinta baru. Dengan gadis seusia dengan anak bongsunya. Maka berkahwinlah mereka.
  Isterinya hanya surirumah biasa.. Terpaksa akur dengan keputusan suaminya. Kerana dia sedar dia sudah tua, anak sudah besar. Walau dia sedar kasih-sayang suaminya telah banyak diberi kepada perempuannya yang baru.
  Inilah dua cerita yang dapat aku sebut sebagai contoh. Tetapi kita semua tahu… banyak lagi kes-kes seperti ini berlaku di sekeliling kita.
  Nampak tak?.. Banyak orang telah berubah kerana kemewahan.(Banyak tak bererti semua) Terutamanya lelaki. Bagi aku lah.. Ini pendapat peribadi tau.. Tak mewakili siapa-siapa.. Dua-duanya penting.. Tapi kalau nak bagi pilih.. aku pilih Kesetiaaan.
  Dalam dunia ini terdapat terlalu ramai lelaki yang jauh lebih kaya, segak bergaya dan baik dari aku. Tetapi isteri aku hanya memilih aku seorang sebagai teman hidup.
  Bukankah aku ini lebih teruk dari beruk jika aku berlaku curang pada dia.Sekadar keluar makan dan tegur gadis lain tu biasa laa.. Itu pun habis disitu. Tak simpan dalam hati.
  Sebagai seorang anak, aku juga tak setuju jika ayah aku curang pada mak aku. Tapi nasib aku baik. Ayah aku tak pernah buat perangai tak senonoh seperti itu.
  Masing-masing punya pendapat laa kan.. aku memang tak setuju dengan lelaki yang tak setia atau punyai isteri dua. Mungkin orang lain setuju. Itu hak masing-masing laa.. Ada juga perempuan yang tak kisah jika suami mereka punyai wanita lain, asalkan beri kemewahan yang cukup pada mereka.

Mail Box

Ini tak ada info apa-apa menarik… Saja nak share dengan korang saja…. Baru ini aku buat clean smua password aku. Melalui ‘INTERNET TOOL’
  Tak apa laaa… semua berjalan lancar… Tapi yang lawaknya aku tak ingat password aku yang banyak tu.. Terlalu banyak password nak ingat… Semua tak sama pulak tuu… Confuse dah aku..
  Maka hampir 5 hari aku tak jengok e-mail(account yahoo) aku..
Pagi tadi aku dah bawa buku nota yang tulis semua password aku. Dan berjayalah aku masuk account yahoo aku…
  Peerrrghhh…Email aku semua dah jadi 2300 lebih… selepas padam spam dan yang tak berkenaan… tinggal lah banyak ni…

  Aku rasa tahun ini baca yang ini pun tak habis….(aku tahu orang lain ada lebih banyak dari ini... Saja jer aku nak share dengan korang)....

Tuesday, June 7, 2011

Makanan Untuk Kesihatan Kulit


Miss Tifffany (Thailand) - Pertandingan Lelaki Cantik

Makanan yang baik untuk kulit dan boleh menjadikan kulit sentiasa kelihatan muda(anti-penuaan). Amacam best tak title ini. Semua orang pun suka nak nampak muda kan?... Mungkin yang masih muda rasa entri ini tak penting… Tak best… tak macam-macam lagilah…
  Tetapi bila dah ada anak dua, usia mencecah 30an… Hah.. mula lah nak mencari-cari…Apa-apa pun korang baca dulu.. Share dengan kak ker.. dengan mak ker … atau siapa-siapa yang korang rasa memerlukannya.
  Korang tau tak kerana permintaan yang tinggi, maka banyak penyelidikan yang dilakukan untuk tujuan ini. Ada yang mengeluarkan mesin-mesin dan tak kurang juga yang mengeluarkan produk-produk kecantikan yang lain. Yang pasti…semuanya mahal-mahal belaka…
  Mari kita lihat bagaimana cara pemakanan itu membantu melambatkan proses penuaan pada kulit.  Kumpulan makanan yang pertama ialah soya. Soya ini kaya dengan bahan yang dinamakan Isoflavone Aglycone yang akan meningkatkan fleksibiliti kulit. Isoflavone Aglycone ini juga akan menggurangkan kedutan-kedutan pada kulit kita.
  Sayur-sayuran hijau khususnya bayam,Asparagus dan terung juga baik. Sayuran ini mempunyai bahan antioksidan dan vitamin yang membantu kulit untuk mengurangkan proses penuaaan dan menggurangkan kedutan.
  Memasak dengan menggunakan minyak zaiton pun sama. Dapat menggurangkan proses penuaan pada kulit kita.
  Cara pemakanan di atas bukan mahal pun. Semua orang pun mampu. Jauh lebih baik dari pergi buat rawatan di pusat-pusat kecantikan.
  Makanan yang menyebabkan bertambahnya proses penuaan ialah makanan kumpulan susu dan produk yang berasaskan susu(krim termasuk Marjerin). Dimana ia mengandungi  Asid lemak tak tepu(PUFAs) sebagai komponen.
  Selain dari itu makanan yang mengandungi kandungan gula tinggi dan daging merah juga tidak baik untuk kesihatan kulit. Selain dari mempercepatkan proses penuaan, ia juga akan menghasilkan kedutan yang banyak pada kulit.(Aku pernah post entri tentang ini).
  Punca utama dipercayai bahawa bahan-bahan ini akan terkumpul dalam badan dan akhirnya membawa kepada radangan pada badan kita. Selain dari ini banyak lagi keburukan lain datang  dari faktor ini seperti Perut kembung,Migrain, Alergi dan ruam.
SPIRULINA SANGAT BAIK UNTUK MEREKA YANG TAK SUKA MAKAN SAYUR.


Petua ini baik untuk semua orang tak kira lelaki atau wanita

Monday, June 6, 2011

Bukan Tugas Aku



  Sebenarnya entri ini bukan nak kutuk atau menggumpat sapa-sapa… Cuma aku ambik dari pengalaman aku untuk kita renungi bersama. Watak dan tempatnya pun bukanlah sebenar. Tetapi isi kandungan ceritanya adalah benar.
  Baru-baru ini aku keluar makan dengan rakan sekerja. Kami buat collection duit tiap-tiap bulan. Bila dah ada sejumlah yang mencukupi, maka kami akan keluar beramai-ramai makan di tempat yang dipersetujui semua.
  Selepas makan kami pun keluar tunggu kawan-kawan yang lain. Sambil tunggu, kami beli laa jambu, betik atau buah-buahan(yang telah dipotong) yang jual di tepi jalan.
  Selepas makan ada seorang kawan aku tu, dia terus saja buang plastic itu di situ, dan bukan dalam bakul sampah atau tempat buang sampah.
  Aku tegur kawan itu… “Nazri(bukan nama sebenar), Hang mana boleh buang sampah tang tu..(di situ).Tempat buang sampah ada… atau nanti balik buang kat ofis laaa”.  “Aarrgh.. itu bukan tugas aku. Kerajaan ada bayar gaji orang sapu sampah, nanti dia sapu laa” Jawab Nazri.. Aku pun diam…
  Ada siapa-siapa setuju dangan pendapat Nazri tak? Aku tak setuju…
  Bayangkan suatu hari anak si Nazri itu diragut. Kebetulan orang yang kerja sapu jalan itu ada di situ. Dia boleh bantu, tapi dia buat bodoh saja…. Nazri juga Nampak tapi dia berada jauh dari tempat kejadian. Apabila dia pergi tanya orang sapu sampah itu dan orang sapu sampah itu jawab.. “ Bukan tugas aku… Kerajaan dah bayar gaji Polis.. Tangkap laaa”
  Apa perasaan Si Nazri tuu… korang agak?
  Itu lah… kebanyakan orang tidak akan berfikir bila tidak terkena pada diri sendiri. Sepatutnya Nazri kena jalankan tugas dia juga. Iaitu sama-sama jaga kebersihan. Ini tempat kita. Apabila orang luar datang ke tempat kita.. Tak lah malu sangat… Betul tak?