SELAMAT TAHUN BARU 2015

Friday, December 31, 2010

Selamat Datang 2011

  Hai semua pembaca, saya berharap semua orang akan ingat semua kenangan manis yang anda lalui pada sepanjang tahun 2010 dan jadikan kenangan pahit sebagai pengajaran dalam kehidupan anda.
  Hanya tak sampai 2 jam saja lagi rakyat malaysia akan menyambut tahun baru (2011). Setelah semalam kita baru saja mendapat berita baik tentang kemenangan bola sepak piala Suzuki.
  Saya berharap semua orang di seluruh dunia akan menyambut tahun baru dengan gembira dan selamat.

Moga - moga anda semua akan bahagia, sihat dan semakin kaya - raya..


SELAMAT TAHUN BARU.............................

Monday, December 27, 2010

Lancarkan Pengaliran Susu Ibu

  Ambil daun betik yang dicuci bersih dan kulup setiap hari.

Wednesday, December 22, 2010

Kurangkan rasa loya ibu mengandung

  Ambil segenggam daun kari segar campur dengan sedikit air bersih  dan kisar menjadi jus. Perahkan sedikit limau nipis dan masukkan sesudu teh gula dan minum sedikit setiap pagi. Maka rasa loya akan berkurangan.

http://apa-apapunada.blogspot.com/

Sunday, December 19, 2010

WAJAH YANG BERSERI

  Selalunya ibu – ibu akan hilang keserian pada wajah selepas bersalin. Usah bimbang terdapat banyak cara untuk mengembalikan keserian wajah ibu mengandung.
  Selain dari mengubati dari dalaman seperti makan  makanan berkhasiat dan makanan tambahan. Ibu – ibu juga boleh merawat dari luar
  Ambil secawan beras dan bersihkan. Kisar beras tersebut tetapi tidak perlu terlalu halus. Campur beras yang telah dikisar tadi dengan seketul kunyit hidup yang juga telah dikisarkan. Sebelum kunyit itu dikisar jangan lupa bersihkan dahulu dan buang kulitnya. Setelah beras dan kunyit dicampur, masukkan air suam untuk dijadikan bedak sejuk(jangan terlalu cair). Cuci muka anda bersih – bersih dan sapukan campuran tadi perlahan – lahan di muka dan leher anda. Amalkan sekurang – kurangnya tiga malam berturut turut.

Wednesday, December 15, 2010

Gatal Dalam Faraj

  Simptom ini selalunya berlaku pada wanita baru lepas bersalin. Ambil 7 helai daun sirih dicampurkan dengan sedikit air asam jawa dan direbus dengan 2 gelas air bersih. Setelah air mendidih tapis air tadi dan biarkan air itu menjadi suam. Ambil air rebusan tadi yang telah menjadi suam dan cuci pada pada keseluruhan alat sulit. Lakukan sehingga ia sembuh.

Monday, December 6, 2010

Banyakkan Susu Ibu 02

  Susu ibu juga boleh diperbanyakkan dengan minum jus lobak putih. Caranya adalah dengan ambil lobak putih yang kulitnya telah dikikis dan kisar. Campurkan dengan air suam dan minum sekurang – kurangnya dua kali sehari. Selain dari itu ibu – ibu juga digalakkan untuk minum air buah – buahan dan susu segar. 

Banyakkan Susu Ibu 01

Susu ibu adalah susu yang dihasilkan secara semulajadi apabila seseorang wanita itu melahirkan bayi. Tetapi adakala susu ibu yang dikeluarkan tidak mencukupI keperluan bayi . Khususnya apabila wanita itu melahirkan bayi kembar.
  Cara untuk memperbanyakkan susu ibu adalah dengan sapukan sedikit minyak kelapa pada daun sirih dan salai daun sirih tadi sehingga layu. Selelah agak kepanasan yang mampu ditahan oleh ibu maka tampalkan daun sirih itu tadi poada bahagian buah dada. Ulang langkah - langkah itu tiap tiap hari.

Wednesday, December 1, 2010

HILANGKAN PERUT BUNCIT

Atasi masalah perut buncit lepas bersalin
  Telah menjadi lumrah. Wanita akan mengalami masalah gemuk atau perut buncit selepas bersalin. Tetapi bergantung juga kepada individu. Ada wanita yang tak pernah mengalami masalah tersebut.
  Jika perut anda masih buncit selepas bersalin. Usah bimbang,di sini saya ada beberapa petua ingin dikongsi  bersama.
1.       Tanak kalapa sehingga menjadi minyak. Biarkan minyak itu sejuk dan masukkan kedalam bekas. Ambil minyak itu sapu dan usap perlahan – lahan. Biarkan sekurang – kurangnya 10 minit. Lakukan tiap –tiap hari.
2.       Ambil segelas air panas campurkan dengan garam dan sedikit asam jawa. Embunkan semalaman. Minum air campuran itu pada keesokan pagi sebelum cuci muka. Lakukan sehingga perut anda tidak buncit lagi.
http://apa-apapunada.blogspot.com/