SELAMAT TAHUN BARU 2015

Wednesday, September 29, 2010

INSOMNIA

Rehat yang mencukupi adalah amat penting untuk kesihatan kita. Kerana semasa tidur semua sistem dalam badan kita pun turut berehat sekali. Degupan jantung menjadi perlahan dan pernafasan kita pun menjadi perlahan dan dalam tempoh yang sama semasa kita tidur.
  Jika badan kita rehat tidak mencukupi,  kita akan rasa pening – pening , sakit kepala, lambat berfikir, lambat untuk membuat keputusan dan sebagainya.
  Sekarang mari kita lihat bagaimana cara untuk mengelak dari tidur tak lena.
1.       Tidur tepat pada masa atau tidur pada masa yang sama tiap tiap malam.
2.       Hidangan terakhir atau makanan malam haruslah tidak terlalu banyak dan sekurang – kurangnya 3 – 4 jam sebelum tidur. Supaya semua makanan yang kita makan itu telah dihadamkan sepenuhnya
3.       Kurangkan minum minuman yang mempunyai kefein seperti kopi, setengah minuman dalam tin dan sebagainya.

PEMAKAIAN YANG BERSESUAIAN

Pemakaian yang bersesuaian adalah sangat penting bagi seseorang individu. Tak kira lelaki atau wanita. Untuk wanita yang berkerjaya, penampilan adalah sangat penting bagi mereka. Kerana ia akan membantu untuk menambahkan keyakinan diri.
  Memakai semua aksesori pada masa yang sama adalah perlu dielakkan. Jika anda memakai subang yang besar, leher anda tidak perlu memakai sebarang aksesori ataupun pakai rantai yang kecil sahaja. Sebaliknya, jika anda pakai rantai leher yang besar, subang anda tak perlu terlalu besar atau langsung tak pakai.
  Tali pinggang adalah satu lagi aksesori yang agak penting bagi wanita untuk kelihatan menarik. Ia dapat membantu untuk  wanita kelihatan lebih cantik dan nampak ramping.
  Bagi wanita yang mempunyai pinggang yang agak besar, dinasihatkan supaya mereka memakai pakaian yang warnanya hampir sama atas dan bawah. Warna seluar perlulah lebih gelap dan baju pula perlu berbunga atau bercorak kecil. Maka mereka akan kelihatan lebih tinggi dan ramping.

Tuesday, September 28, 2010

RISIKO LEMAH JANTUNG

  Adakah anda merupakan orang yang berisiko tinggi untuk mengidap penyakit 'Lemah Jantung'? Lemah jantung adalah penyakit yang boleh membawa maut di antara 1 dalam 3 yang tertinggi di dunia.
  Lemah jantung adalah disebabkan oleh saluran darah yang membawa darah ke jantung tersumbat.Orang yang berisiko tinggi untuk mengidap penyakit ini adalah lelaki yang berusia 45 tahun dan ke atas, wanita yang berusia 55 tahun dan ke atas. Selain dari itu golongan yang menghisap rokok, dari keturunan yang pernah mengidap penyakit ini, mereka yang mengalami tekanan darah tinggi dan juga mereka yang obesiti dan kurang bersenam.
  Untuk mengelak dari tergolong dalam mereka yang berisiko ini, anda haruslah menjaga pemakanan anda, tidak merokok, rajin bersenam dan selalu berjumpa doktor untuk buat pemeriksaan kesihatan anda.

Friday, September 24, 2010

BEKAS ISTERI

  Suatu petang, dua orang sahabat karib sedang berbual di depan rumah.

Wanita 1 : Saya susah hati laa kak....

Wanita 2 : Apa kes  pulak?

Wanita 1 : Tiap - tiap malam suami saya mengigau dan sebut nama bekas - bekas isterinya.

Wanita 2 : Biasa laa... Kan awal - awal lagi awak pun dah tau suami awak tu pernah cerai dua - tiga kali.

Wanita 1 : Bukan masalah itu...

Wanita 2 : Habis tu... Apa masalah awak?

Wanita 1 : Sebab nama bekas isteri yang disebut tu, John, Robert dan Andrew.

Wanita 2 : ???????????????????/

Thursday, September 23, 2010

MINTA DIRI YER!!

MASALAH MUKA BERMINYAK

  Campurkan susu pekat manis dengan air bersih dan rebus campuran tadi sehingga mendidih. Kemudian biarkan ia menjadi sejuk dan sapu ke muka anda (Jika anda ambil campuran tadi yang sedang mendidih. Bukan minyak saja hilang, silap - silap kulit muka anda pun hilang). Biarkan salama 20 minit dan cuci dengan air suam yang bersih. Dalam tempoh tiga hingga empat hari muka anda akan kurang berminyak.

HILANGKAN JERAGAT

  Ambil buah pinang yang telah masak. Kupaskan kulitnya dan ambil isi pinang itu. Sapukan isi pinang yang telah dipotong tadi pada bahagian muka kita yang bermasalah. Dengan mengamalkan selalu petua ini, jeragat akan berkurangan dan lama kelamaan akan hilang.

KELASI MUDA

  Selepas kapal berlabuh dan siap semua kerja, jam di tangan kelasi muda telah menunjukkan pukul satu pagi. Dia sangat mengantuk dan letih. Selepas sampai di darat dia terus mencari hotel berdekatan dengan pelabuhan untuk merehatkan badan.
  Apabila masuk ke bahagian ruang menyambut tetamu di sebuah hotel, penyambut tetamu Hotel itu terus menegur kelasi muda.

Penyambut Tetamu : Selamat pagi encik.

Kelasi Muda : Selamat pagi, saya sangat mengantuk dan nak daftar masuk cepat.

Penyambut Tetamu : Maaf encik, semua bilik telah penuh. Tapi kalau encik sanggup berkongsi ada satu bilik untuk dua orang. Seorang pak cik telah mengginap di Hotel ini beberapa hari. Dia pernah beritahu kami dia sanggup berkongsi bilik untuk menggurangkan kosnya.

Kelasi Muda : Tak jadi masalah. Saya dah tak terdaya nak mencari Hotel lain lagi. Letih dan sangat menggantuk.

Penyambut tetamu : Tapi pak cik itu berdengkur sangat kuat. Malah tetamu di bilik bersebelahan pun boleh dengar.

Kelasi Muda : Tak jadi masalah. Saya tak kisah.

Keeseokan pagi kelasi muda bangun pagi dengan ceria. Penyambut tetamu Hotel lihat sedemikian rupa, Ia sangat menghairankan, lalu bertanya kepada kelasi muda itu.

Pernyambut Tetamu : Encik kelihatan ceria dan bersemangat. Tidur lena ker semalam?

Kelasi Muda : Ya, tak pernah senyenyak semalam.

Penyambut Tetamu : Tak dengar pak cik itu berdengkur ker?

Kelasi Muda : Semalam semasa saya masuk bilik itu,kelihatan pak cik tidur dan berdengkur dengan kuat. Lalu saya cium di pipinya dan bisik perlahan - lahan di telinga pak cik itu. "Sayang... tidurlah puas - puas kekanda pergi telah berlayar selama enam bulan baru saja berlabuh. Dengan itu saja pak cik itu terus bangun dan duduk atas kerusi dan perhatikan saya . Malah semasa saya bangun tadi pun, dia masih duduk di atas kerusi itu sambil mata menenung tajam pada saya tanpa berkedip".

MINUM AIR MASAK UNTUK KESIHATAN

  Walaupun kita memang tahu bahawa minum air masak itu adalah baik untuk kesihatan. Tapi ramai diantara kita yang masih tidak berapa suka untuk minum air masak. Mungkin kerana air masak kosong itu tidak ada rasa enak seperti jus buah - buahan atau air tin.
  Tetapi khasiat air masak kosong adalah sangat tinggi. Di sini saya ada beberapa tip bagaimana kita dapat memupuk tabiat minum air.

  • Terus minum selepas bangun tidur - Apabila kita bangun dari tidur pada waktu pagi, terus saja minum air masak walaupun bermula dengan secawan kecil. Ia akan membantu rasa ingin minum air sepanjang hari. Malah ia juga sangat baik untuk sistem penghadaman.
  • Perah sedikit air limau - Dengan perah sedikit air limau ke dalam air masak ia akan dapat membantu untuk menambahkan rasa ingin minum air. Kerana bau limau ini akan memberi rasa segar pada minda kita.
  • Perhatikan najis kita - Kita akan tahu bahawa badan kita kekurangan air jika najis kita berwarna gelap.
  • Minum air ketika runsing dan marah - Bila kita berasa runsing atau marah kita terus ambil segelas air masak dan minum. Ia akan membantu melegakan atau mengurangkan perasaan runsing dan marah.

ELAK MATI PUCUK

Petua ini adalah bersesuaian untuk lelaki yang mempunyai zakar yang  lembik apabila tegang hingga isteri tidak puas semasa bersama. Makan kulit kayu manis kira - kira seinci panjangnya atau sebiji bunga cengkih sebelum sarapan pagi. Ini bertujuan untuk menguatkan zakar.

Tuesday, September 21, 2010

SAKIT GIGI

 




  •   Ambil sebatang serai dan titik bahagian hujungnya. Salai seketika di atas api dan sewaktu suam, gigit serai itu menggunakan gigi yang sedang sakit.
  • Tumbukkan daun serai hingga hancur. Masukkan ke dalam air panas dan tambah sedikit garam. Air serai ini hendaklah digunakan untuk berkumur atau ambil sedikit sekapur sirih dan kunyahkan pada gigi yang sakit hingga lumat.

HALAU LALAT

  Apabila kita menjemur makanan, terutama ikan kering. Kita akan mengalami masalah dimana makanan tersebut akan dihinggapi lalat.
  Tapi, jika anda ambil cabai kering dan selitkan atau letakkan di celah - celah ikan kering. Lalat tak akan datang hinggap pada ikan kering itu. Ini kerana kepanasan dari cabai kering itu akan menyebabkan lalat takut dan tak akan datang lagi.

CUCI CERMIN

  Ada berbagai cara kita mencuci cermin. Ada yang guna sabun pencuci cermin, ada yang menggunakan kain basah.
  Saya ada satu cara yang jimat dan sangat berkesan untuk kita mencuci cermin dengan bersih.
  Ambil satu bekas dan isilan dengan air bersih. Campurkan sedikit cuka ke dalam air itu. Ambil kain lama yang bersih dan rendam seketika ke dalam air itu. Perah kain itu dan lap pada cermin anda. Selepas itu ambil surat khabar lama dan lap pada cermin sekali lagi. Pastikan surat khabar itu direnyukkan terlebih dahulu. Supaya tidak ada bucu - bucu yang tajam kerana ia mungkin boleh menyebabkan cermin anda tergaris.
  Dengan ini anda akan mendapati cermin anda bersih dan bersinar.

TERKENA AIR PANAS

  Apabila kulit terkena air panas, cepat - cepat ambil putih telur dan sapu pada bahagian yang terkena air panas. Biarkan sehingga kering dan sejuk lepas itu cuci dengan air sejuk yang bersih. Jangan sesekali gosok atau garu pada bahagian tersebut.
  Maka kulit anda akan menjadi cepat sembuh tanpa ada kesan melecur.

Monday, September 20, 2010

INTAI

  Cyndy adalah budak baru dalam kelas. Hari pertama Cyndy ke sekolah ada seorang budak lelaki suruh Cyndy berdiri di atas meja dengan memberi upah RM5. Cyndy setuju dan apabila balik rumah dia cerita semua kepada maknya.
  Mak Cyndy beritahu lain kali jangan buat begitu. Kerana budak itu ingin memperdaya Cyndy dan nak intai  seluar dalam Cyndy.
  Keesokan hari budak lelaki itu suruh Cyndy naik atas meja lagi dengan naikkan ganjaran menjadi RM10. Cyndy bersetuju dan seperti biasa dia akan cerita segalanya pada mak.
  Mak Cyndy marah dan melarang Cyndy jangan ikut cakap budak lelaki itu lagi kerana budak itu cuba nak intai seluar dalam Cyndy.
  Keesokan hari budak lelaki itu cuba pujuk Cyndy. Tapi Cyndy tak mau. Budak lelaki itu pun naikkan ganjaran sampai RM50. Cyndy pun bersetuju.
  Apabila balik rumah Cyndy terus cerita pada maknya lagi. Mak Cyndy sangat marah dan bagitau jangan buat lagi. Budak lelaki itu mamang nak tengok seluar dalam Cyndy. Lalu Cyndy pun manjawab" Mak usah bimbang, budak itu tak akan dapat tengok seluar dalam saya. Sebab saya tak pakai seluar dalam hari ini."

KURANGKAN RASA MASIN DALAM GULAI

Selalunya kita akan rasa risau apabila kita mendapati gulai yang dimasak terlalu masin. Kita tak tahu apa yang harus dibuat. Disini saya ada satu petua untuk mengatasi masalah tersebut.
 Kita hanya ambil hampas kelapa yang telah digunakan lalu masukkan hampas ke dalam kain dan diikat kuat kuat. Kemudian masukkan hampas yang berikat ini ke dalam periuk yang berisi gulai kita itu tadi. Biarkan ia berendam dalam gulai kita beberapa minit dan angkat.

TELUR REBUS YANG SEDAP

Telur rebus, saya rasa hampir semua orang tahu. Tapi bagaimana cara kita rebus telur supaya sedap dan enak di makan. Di sini saya ada caranya.
  Semasa redus telur, masukkan telur terus bersama air sejuk. Angkat telur sebelum air mendidih dan pastikan anda masak dengan api yang perlahan.
  Apabila angkat telur, terus saja masukkan ke dalam air sejuk. Dengan ini, anda bukan saja bapat telur rebus yang sedap dan enak dimakan, malah ia mudah dihadam oleh perut kita. Selamat mencuba.

KESAN TELUR AYAM YANG BURUK.

  Simpan telur terlalu lama?.. Tercampur pula dengan telur yang baru saja dibeli. Nak dipecahkan semua? Mungkin anda tidak akan tahan dengan baunya nanti, malah membazir  pula.
  Usah risau, anda hanya masukkan air bersih ke dalam satu bekas. Lepas itu masukkan telur itu tadi ke dalam air. Anda hanya perhatikan saja. Telur yang busuk akan terapung dan telur yang masih elok akan tenggelam.
  Jadi suka hati anda lah samada anda nak pilih telur yang tenggelam atau yang terapung.

GEMUKKAN ANAK

Jika anak anda terlalu kurus. Cuba petua ini. Dengan merawat anak kesayangan anda itu dengan mengambil air beras yang sedang mendidih. Dan beri ia minum samasa masih suam suam sejuk. Beri anak anda minum selama seminggu.

HILANGKAN SAKIT PERUT

  •  Hilangkan sakit perut - Masukkan minyak tanah(api) dalam mangkuk. Kemudian kisar dua tiga ulas bawang merah dan masukkan ke dalam minyak itu lalu disapukan pada perut anda.
  • Kembung dan senak perut - Tumbuk pinang muda supaya menjadi halus. Campurkan dengan hati lembu, arang dari puntung kayu dan pokok cucur atap lalu sapukan pada perut anda.

Curi..

Di dalam satu pasaraya kelihatan seorang wanita sedang membeli belah. Selepas ke kaunter bayaran dia terus berjalan keluar dari Pasaraya tersebut. Pandang dari jauh kelihatan seakan akan benda yang tergantung di bawah skirt wanita tersebut.
  Setiap pergerakan wanita tersebut di perhatikan oleh oleh seorang pengawal. Apabila wanita itu berjalan keluar, pengawal itu terus berlari dan menjerit... Berhenti!... Berhenti!...
  Kamu di dapati mencuri.Saya ada nampak benda di bawah 'skirt ' awak. Wanita itu pun menjawab...Ohh kamu jangan menghina saya..Walaupun saya masih belum buat pembedahan... tapi saya tak mencuri.
Alaamaakkk... Jantan rupanya

KEPENTINGAN DAN BAHAYA GARAM

KEPENTINGAN DAN BAHAYA GARAM


Garam atau nama saintifiknya Natrium Klorida adalah galian yang sangat berguna kepada manusia. Tetapi ia juga membahayakan jika digunakan dengan kadar yang berlebihan. Selain nenjadi bahan perasa, garam juga berguna kepada tubuh badan kita. Kerana garam ada unsur Natrium yang diperlukan untuk mengantikan makanan lama dengan zat makanan baru. Kelancaran penukaran zat makanan bergantung kepada kadar Natrium dalam darah tubuh manusia yang beredar ke seluruh tubuh dengan menumpang pada sel darah merah. Bila kekurangan Natriun, sel darah merah akan mengecut.
  Tetapi jika garam berlebihan, maka sel darah akan mengembang sehingga boleh melukakan pembuluh darah. Jadi kandungan natrium dalam darah haruslah seimbang. Tubuh manusia hanya memerlukan sekitar 2g atau setengah sudu teh sahaja sehari.
  Apabila terlebih mengambil garam, ia boleh menyebabkan tekanan darah tinggi, mempercepatkan pereputan tulang pada wanita, menimbulkan gangguan pada sel tubuh, bahkan dapat mematikan fungsi sel. Garam boleh dikurangkan dengan pengambilan lebih makanan laut dan sayur-sayuran kerana ia mengandungi garam semula jadi.